Wednesday, May 16, 2012

- CUKUP -

Da CUKUP 4 bulan! da  CUKUP 26 tahun juga umur si ABI! yups, CUKUP tua! Hari2 perut kena gosok, konon belai baby la eaaa..? Hari-hari dapat tengok seorang manusia yang bercakap sorang-sorang depan perut! Sian... hahhaaa..


Tiada yang lebih bahagia dalam meniti landasan kehidupan sebagai seorang isteri apabila kaki mula menerjah ke dunia baru. Dunia peringkat yang CUKUP tanggungjawab. Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki anak awal even aku masih berlari-lari kerja hal duniawi... Nak itu dan nak ini! Itu masih dan masih..tidak pernah pudar~

Masih banyak yang aku "buta", binaan masjid semakin lengkap dengan "hadiah" daripada Allah kali ni. Harta duit mungkin tak pernah
CUKUP, tapi harta anak adalah sesuatu yang luar biasa, sesuatu yang buat aku rasa CUKUP hidup di dunia bagi aku seorang perempuan. Itu kegembiraan, itu juga tanggungjawab! Malah paling syok, dapat melihat si dia berubah lebih bagus daripada aku jangkakan! 


IKLAN SAT..! MUKA BABY COMEL..!






Err, tapi jika ditolak tambah saat lahirkan baby, mau tak ketar lutut aku! Redha~ (-__-)

Andai dunia berchenta asyik "tergigit" sana-sini, siapa sangka dunia rumah tangga 4 kali berbeza nikmat kebahagiaan mengalir! Serius! Majuk mungkin! Tapi berkelahi sampai tak nak bertegur-sapa, terpekik2 dan menangis-nangis sudah semakin jauh terbang hilangkan diri! Sebab DIA maha mengetahui percaturan hidup dunia pinjaman ini.. DIA mampu bolak-balik hati seorang manusia! Seronok! =')



CUKUP sudah tuk seorang lelaki bersabar dengan seorang perempuan yang degil..! Yaaaa, lelaki patut dari awal kumpul duit ikat si gadis! Andai ada niat di hati, insyaAllah Allah mudahkan kalian bertemu "si kunci" kepada mangga pintu hati kalian! Yakinlah... =')

Okey, rumah tangga bukan takat hiasan perabot jer perlu, tapi hiasan kasih sayang suami-isteri juga perlu! So, aku share sedikit banyak ilmu untuk ilmu di dada... Selamat mencuci mata dan hati! 
CUKUP takat ini ya! hehe 


Petua Untuk Sayangkan Isteri Secara Berterusan

1.Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri sama ada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2.Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3.Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4.Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

5.Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.



BYE!

Tuesday, March 27, 2012

MuncUnG iTu MarAh!

Dunia dah berubah, badan pun dah berubah. Sejak berbadan dua, balik daripada cari rezeki, BARING dan berchenta sambil mulut mengomel-ngomel. Kadang main "CAKAR-CAKAR AYAM". Dah sakit, tarik MUNCUNG. Padahal aku yang mulakan, sonok BULI. Bukan kasar, tapi ini jalan yang buat aku dan kau BAHAGIA! :')



Yuhuu...! Sekeping gambar bersama baby! Lallaaa.. :)



Dia: "Tahu tak nape abg tak pernah marah adeq..?"
Aku: "Tak tahu......"
Dia: "Abg boleh tak marah adeq even adeq salah."
Aku: "Nape camtu..?" Soal aku dengan perasaan ingin tahu membuak-buak. 
Dia: "Sebab bile abg nak marah, abg akan flash back camne abg nak kat adeq first date dulu." 


Okey, aku tak tipu yang aku terharu dan aku tahu kau akan terus jadi idola dalam kisah CHENTA, kamus hidup aku. Thanks sebab masih mampu tebalkan hati tuk berdepan dengan karenah aku yang DEGIL...! :')


Dunia berchenta memang seronok tetapi tak seindah berdepan dunia berumah tangga. Nak majuk tarik muncung. Nak baju pun tarik muncung! BEST! hahha..

Yes, kadang ada tergigit lidah. Selalu bukan sebab dia dan aku, tetapi orang KETIGA. Maksud orang ketiga bukanlah KEKASIH GELAP, tapi orang yang akan muncul sebagai PEROSAK. Fuuhh, dasyat istilah aku..! 


Namun sejujurnya, manusia KETIGA ini adalah ujian dari Allah untuk aku terus gagahkan TIANG MASJID yang dibina. Tuk korang-korang yang bakal dirikan MASJID, jangan pernah jauh dengan Allah. Jangan cari Allah ble susah, tapi cuba berlaku adil tuk terus berubah dan ikhlas mendekati Allah. Dunia ini sekadar latihan tuk manusia mencari jambatan di akhirat kelak! Ini untuk aku juga! K, bye. :)

Wednesday, March 7, 2012

BajU sEnDat sebab Burger SeNdaT!


S.E.N.D.A.T melampau disebabkan makan melampau! Tunding jari kepada seseorang yang suka belikan aku makanan. Boleh cam gitu..? 



MACAM NI KE..?? ERRRR... 

Uwaaa.. pas kawen, body da timbul-timbul. Paling timbul tang perut! Ini ada alasan bila suami nak control makan, baby yang mahu... bukan aku! nak mintak baju, kasut pun dia layan! Masa untuk buli! Yeaaahh..!


NANGKA...!NAGKA...!!NAK NANGKA BESAR DAN MANIS..! Jerit budak dari dalam..!




Yuhuu... First menu yang perut aku nak hentam adalah Nangka! Dapat  si nangka ni kat Rawang! Pastu esoknya pulak mulut berair-air nak makan KETAM! Terpaksa cari.........


Tak kira lah ketam penyet, singgang, kari dan sebagainya... janji KETAM! So, En Mod-mod bawa ke restoran mee ketam di Shah Alam. Okey, rasa dia kira cun lah! Sebab aku kaki ketam! Cuma agak kecik hati sebab x de size XXL camne yang aku idamkan... Tapi aku bahan je, janji leh rase isi ketam! Wuwuwuww.. Yang mana nak rasa juga, boleh serbu restoran tu ya..! Bukan ketam je, udang galah pun ade bai! Tengok menu kat sini eh!  meeketam.blogspot.com


MEE KETAM



INI UDANG DIA HAAAA..! 

 SELAMAT MENJAMU SELERA yer saudara/saudari sekalian! Hehehe

Sambungan untuk menu idaman perut aku ni lagi. Seterusnya Anggur Hitam jadi pujaan. Sies, sangat mahu! Anggur Hitam, come to me, please! Kikikiii... 

Taraaaaa.....!!!


HITAM SANGAT EH..? TAPI AKU SUKA! KIKIKII... =P

Anggur da licin kejap je. Mula nak idam mende yang aku tak suka lak. Actually aku memang tak suka roti kaya! tapi, tiba-tiba otak terfikir nak makan roti kaya tin.! KAYA T.I.N ok, tak nak yang dalam bekas plastik tu! Malam tu jugak en Mod-mod dapatkan tuk aku! hahaha... Ini kira pengalaman paling best jadi ibu sebab selalu dapat ape yang terlontar di bibir aku neh! 



Ini dia kaya tin tuuu...!!! =p


INI BANYAK,  AKU DAPAT SATU JAAA...

Ranggosh la aku roti kaya tengah malam-malam buta sambil minum milo! Baru boleh tidur! =)

Camne baju aku tak sendat? Jelas sangat makanan-makanan yang aku mahu jadikan baju aku semakin "mengecil"! HUh! (baju juga yg salah)

Nanti nak tunjuk menu paling best yang aku dah mintak semalam! BURGER BAKAR. Nak tengok menu, tengok page die kat FB ya! Klik sini --- >BuRGER BAKAR



INI SALAH SATU MENU.. MACAM-MACAM ag ada! 

Weehhh, sies gempak! Penuh mulut aku sumbat burger ni. Dapat free sosej dua kat tepi tuu... Hehehe.. Daging lembu die, fuuhh...! Teramat ar LAZAT! sape tak rasa rugi. Tapi cam biasa ar, menda yang enak susah nak dapat. En Mod-mod tunggu beratur sampai 2 jam. Arghh... lambat tak pe, janji sedap n puas hati! Yuhuuu...!! 

Haa... ini ar faktor utama baju-baju aku semakin mengecil! hahahhaa... BURGER BAKAR yang sangat sendat ngan daging lembu yang diorang buat sendiri.. Daqging ayam pun da macam ZINGER BURGER KFC. Seketul ayam die haaa.. ! Menu len, u all p tengok sendiri eh! Banyak sangat wat aku ghairah! hahhaaaa

Sesiapa nak rasa tu, leh serbu kedai baru dia kat Ampang! Yang aku p ni, kat Wangsa Maju Seksyen 2! Selamat "MERANGGOSH" ya kawan2...! 


Bye! 



Friday, December 30, 2011

pEngAkHiRan tAhUn & ChEnTa LumAyAn~


Mulaaa...! Mulalah jari menari...! Teramatlah busy sejak masuk dunia baru ni... hari ni baru sempat klik blog! hewhewhew... Dunia baru sebagai manusia yang punya dua tanggungjawab. Yesss... mahu share...! :)



IKAT....!!

See...! Aku dah diikat daripada terus membuaskan diri. Masuk dunia baru ada banyak pantang larang. Hilanglah segala lepak dan karenah yang pernah bergayut dalam hidup aku. Hilang kenakalan. Hilang kebebasan. Uuhhh.. dasyat tapi seronok..!

Hello...! Aku still mampu lepak, buas, karok malam-malam, tapi bersama penjaga hati! Lagi seronok...! Jika dulu nak shopping best bersama kawan pompuan, tapi bukan sekarang! Lagi best bersama penjaga hati sebab duit aku tak kuar langsung! hikhikhikhikk.... 

Yaa, dia juga. Bawa aku ke mana saje! Inilah proses memahami. Aku kena faham dunia dia minat bola n futsal. Dia juga cuba selongkar dunia kaki SHOPPING...! Lelaki, ini penting ya!! Err.. paling   best minat buku. Ini aku terpaksa suntik dalam diri sebab die kaki buku~ Skang da suke. Tq abang! ;) 





Samalah... Kau pun diikat wahai teruna idaman! adiiill...! 





Syyhhh...

Ooppss...! Ini my BFF..! Bakal bertukar jadi tunangan tahun depan. Sangat tak sabar. Tengok, dia pose mengalahkan aku! Dia kawen nanti mesti ag dasyat! Heh..! =p



Awat abang sayang muka cam kena penyet nehh..! Cam ayam penyet da~

Gambaran senyuman paling selesa setelah sah bergelar seorang isteri. Kalau boleh mahu saje tarik bibir sehingga hujung telinga. Nak show aku hepy! Nanti korang pun sila cuba ya..! 

Jeng...jeng... jenggg...!! 

-
-
-
------



Haahh... dia ada jugak!

Ini adeq aku yang nurse..! Sangat penyibuk! Tapi tampal jugak muka dia kat sini untuk menggambarkan aku sayang kau, BUDAK!

Saje nak bodek...! 




Taraaa.....!! Orang jauh...!

Pastu kawan dari Melaka. Ala cute mute gitu...! Okey, disebabkan dia dah kasi hadiah pakej perlancongan ke Krabi, aku sangat terharu! Yeaaayyy...! tq skutie! :)




Sang laki kasiiikk...! Long gubah! 



Dari aku digubah oleh jiran paling seksi tangannya! Sebab semua chanteq! Eeyyaaww...~
  
Okey, inilah tempat bermadu kasih Si Putera dan Si Puteri..! Kelip-kelip gituww~ hahha.. Diluluskan Cik abang sayang...! Puas hati...!




Neh, gambarnya! Kayangan Cik Deeyaaaaaaaa....~ (nama berubah sejak tergoda drama "|TENTANG DHIA") Tak minat pun cite tu, kita tengok yang episod last jerk! Ekekeke... (selingan)


Terjeling la pulak! Maap... sape suh tengok lame2! 



Busana putih ni mase akad nikah jer... Aku suka sebab ala-ala puteri gitu! Puteri Katak! Heh...!



Mana boleh tinggal ungu aku!! Warna palingku Chenta kot!!! Lalalalaaa... ^^ Actually ini busana sewaktu sanding dan ini juga tema utama! :)



The best wat i have in da world!! Haaaa... inilah penghias dan bunga di taman hati...!! Sahabat sewaktu UiTM yang sudi hadir. Thanks a lot "bunga-bunga"...! 

Sangat bertuah punya korang. Tak terluah dengan kata-kata dan tulisan. Aku happy weeii...!! Sebab korang ada depan mata aku sewaktu majlis akad nikah!! Moga Allah murahkan rezeki korang dan bahagiakan dunia korang dua kali ganda juga... :)

Kemudian..... orang paling penting!



Mom...!


Ibu... ibu... engkaulah ratu hatiku..!! Terharu sebab ma dah buat yang terbaik untuk majlisku! Uwaaaa... :')

Haaahh, orang yang selalu ada... Mestilah Husband aku! Nak share satu keping gambar yang kira agak jadi kenangan sewaktu di kayangan aku! Ekekkeee... =p

Ini diaaa...!! 




Kekanda teerrr...!! Phewiitt...!! :)

Lagi satu gambar sebagai pengakhiran dunia chenta dan juga pengisian last sebagai seri blog aku untuk tahun 2011! eeeyuuww....~  


Timbul sedikit perasaan "koya". Koya Arabian~ 

Okebai...! 


Monday, December 5, 2011

M.A.L.U. semalu pohOn SemaLu




Aku tertarik dengan pokok semalu... Aku belek dengan mata tanpa sentuh menggunakan jari. Bimbang durinya menusuk jariku sendiri. Makin di tenung makin terselah persamaan pokok semalu dan WANITA


Punya duri sebagai satu simbol mempertahankan diri seadainya di usik. Cepat mengucup pabila di sentuh. Malu agaknya.Aku bandingkan lagi dengan diriku. "Sungguh sempurna kau wahai pokok"! Bagaimana aku yang punya akal tetapi tidak "semalu"mu. 


Sedangkan aku sendiri tak pernah malu memperagakan diri. Konon dirimu HOt ya WANITA. Aarghh.. buta barangkali. Bukan buta mata, tapi buta hati. Keras dan bebal. Bagaimana cara tuk lembutkan kau wahai  HATI? Harus berhijrah! 


Aku tunduk. Hati aku berbisik. Terdetik seketika. Nampak lagi kelebihan kau. Akar kau kuat mencengkam bumi. Tanda semalu kuat ikat diri dengan bumi. Owh, seharusnya aku kuat "jalarkan" hubunganku dengan Allah. Lain kata, apa-apa masalah terus muhasabah diriku dan rujuk pada hukum Allah. 


Yaa.. aku bukan ustazah tuk berkata-kata. Namun aku masih bergelar khalifah Allah tuk menyampaikan dan berkongsi tentang ilmu apa yang aku dapat....! 









Thursday, November 24, 2011

ANaK BuAh-bUaHaN

B.U.D.A.K... agak kasar bunyinya. Tapi ini memang lakaran tentang budak... budak cute! Aku tak pernah bayangkan akan dapat anak cepat! Bukan anak kandung, anak buah! Tapi ini anugerah. Yes, sangat excited apabila Allah pinjamkan dia untuk aku walau seketika. Pasrah sahaja, bumi hanya sebuah tempat untuk kita mengutip seribu kemanisan dan kentalkan hati dengan ujian seperti hujan batu...! 


Waktu kecil, aku sendiri lalui zaman hebat "bermanja" dengan aunty and uncle. Seronok! Tapi tak begitu bermanja sebab mak cik aku garang. Bermula dari situ, aku tanam dalam diri, 1 DAY if punya ANAK BUAH-BUAHAN, aku mahu layan sebaik mungkin! Seperti adeq-adeq sendiri. 


Ini dia...! Si kecil yang mampu buat hatiku berlari-lari kejar pelangi... =) 

-
-
-




Comel jer senyum..! 


Seandainya punya "anugerah" daripada Allah, aku juga impikan anak perempuan! Doa moga si kecil juga sehebat "anak buah-buahan" ini..! Comel + bijork~ 


Ramai. Bukan sorang aku ada. Sejak ikat hubungan dengan "Buah Tangan", aku terus ada "anak buah-buahan" 7 orang. Macam-macam perangai ada. Okey, ini salah-satu cara untuk uji kesabaran kita sebagai "warga tua". Bukan apa, sejak melalui kehidupan sebagai seorang "aunty", emosi selalu dan selalu main tarik-tarik benang! 


Nak tunjuk emosi hepy ngan "anak buah-buahan" ini. Ini sewaktu join kenduri kendara kawan! Sanggup dia amik gambar aku ke hulu-hilir. Sian AINA FARIESYA..! Sayang dia sangat!


INI BLOG AINA: KLIK SINI



Sayaaaanngg...! Sape kata tak sayang! eyaaww...~ (n__n)

Kadangkala "anak buah-buahan" juga buat aku menangis! Pernah! Ini sebab si hero. Bukan heroin yang manja-manja. Hey, menangis tau! Dah dia gigit ketiak aku! Fuuhh.. sabar! Itu namanya bermanja cara lelaki. Tapi redha. Itu pun kira ujian. Kesakitan itulah KASIH SAYANG yang abadi.   Aku kan dah tua, kena ngalah! 


Ahh... kata nak tua (MATANG). So aku belajar slow-slow cara nak mengalah! Itu mesti.... Nanti habis segala emosi keluar if tak sabar. Sekarang dah pandai bermanja dengan anak buah.. Sweet owh, sebab "anak buah-buahan" juga sweet cam epal! =)



Camne pun, aunty sayang kamu Aina! Sampai hujung nyawa!

Sebab sayang disayang, aku ada pesanan dari hati ke hati buat si comel.

Walau sehebat mana kau berdiri, ingatlah kau masih bergelar seorang perempuan. Usah GARINGKAN usiamu dengan hal duniawi. KIKIS sehabis mampu  ilmu positif di dunia agar selari dengan ilmu di akhirat agar dikau tidak terlangkah dan terjatuh ke RAMUAN yang mampu rosakkan RASA CINTA keluargamu...! I lebiu sayang...! :)





Naaahhh... skang share korang "anak buah-buahan" yang notty! Itu yang sengih sampai ke telinga tu haa...! Dia yang selalu buat aku nangis~

- Gigit ketiak

- Ludah
- Rebut "cekedis" aku! 




Kek atuk dan Aina punya, tapi dia yang lebih! Heh..! 


Tapiiii..... dia juga hiburan! If lama tak jumpa sangap pulak nak dibuli oleh dia! Hahhaa..  Ini KASIH SAYANG pelbagai rasa cam buah-buahan juga. Ada manis dan masam. Itulah "anak buah-buahan" kesayangan! Okey, bye! 










Friday, November 18, 2011

BiRu iTu -L.E.B.A.M-


Hate Blue n Blues!

Orang kata manusia yang minat biru ROMANTIK! I cukup benci colour neh. Tapi dapat "buah tangan" minat biru juga! So, TERPAKSA suka. Tak adalah suka sangat tapi buat-buat suka. Kesian pun ada.

Ini cerita biru. Biru sebab LEBAM. Lebam setelah ditimpa hadiah-hadiah hari lahir! Yuhuu..! Now, tengah joget neh! Tomorrow is my birthday. My 25th birthday. Masih MUDA okey. I'm a big birthday person. I selalu guna ayat ni bile tiba bulan NOVEMBER:

"Aunty tak nak apa2 daripada Uncle, cukuplah dapat tengok U ada depan mata I bila hari lahir saya. Mean ada di sisi, bukan jauh!"

KONON! fttt... (=__=)

Janji manis jer! Selalunya tangan ni laju-laju tunjuk itu dan ini time pergi window shopping. Sampai TERTUNJUK menda bawah yg cute nii...

_
_
_
_



The Pooh Bag! I got from OFFLINE BLOGSHOP 

Bukan I mahu, tapi dah suh amik, I nak lah! It's great! I leh masukkan segala mende yang I suka termasuk MANUSIA yang I suka. Dah jadi cam poket doraemon pun ya! 


Niat nk window shopping, tapi tiba-tiba mata terpaku! Masa ni, apa yang "buah tangan" cakap chanteq or tak... memang I tetap mahu bawa mende yang I nampak tu pulang bersama-sama dan esok terus pakai! Itulah pangai buruk I! Hahhaha

Hmmm... bila ada orang halang, nanti I sebutlah: "Sedeylah... bulan ni da ar bulan sayaa..." (nada nak majuk) So, disebabkan bibir tanam tebu ni, I dapat sesuatu daripada "buah tangan" dari atas kepala hingga ke hujung kaki! I baik sebab I jenis tak minta hadiah. (back up diri) Ekekkee..

Tapi November adalah bulan I punyer! So, seandainya mata saya terpaku melihat sesuatu yang ada di depan saya, itu milik saya!

Apa lagi! setiap kali masuk kedai, saya akan buat muka suka! If tak dapat juga, I akan TANAM TEBU TEPI BIBIR lagi. Naaahh... dapat ini pula!
_
__
______
___________




Love it...! I got from  Cotton On

Blue colour! Tak suka colour neh. Tapi cam dah terjatuh chenta la pulak. So, pasni korang pun dijemput sama tanam tebu banyak-banyak erk. Biar tebu tu manis cam gula!

Hadiah last I dapat sehelai baju. Still Blue! Hati pun dah biru sebab lebam dipukul perasaan sayang terhadap manusia "pemberi"~ Terima kasih kerana sudi bertahan ngan pangai buruk I, ya..! 



Blue colour again...! I got from FOREVER 21

See! 
Semua biru! Beg tu jer la brown. Betul la I cakap, Biru itu Lebam sebab orang yang nak bayar pun dah lebam-lebam kena pow! Ada satu ag tak dapat nak share iaitu shawl. Biru polkadot! Puas hati adeq dapat tarik pakaian biru-biru dan sungguh pandai abang yang dah hati biru bayarkan! (puji daun keladi)..

Bye...!


Related Posts with Thumbnails