Friday, May 15, 2009

gempaqqqq..!!!




Hikayat Merong Mahawangsa, sebuah filem epik garapan KRU Studios mengenai sejarah Hikayat Merong Mahawangsa. Filem ini adalah susulan tentang Empayar Rom dan Empayar China mengikut buku sejarah hikayat itu.

Stephen Rahman yang mempunyai darah campuran Rom, sebagai hero filem ini, memegang watak Merong Mahawangsa. Filem ini lebih menampilkan aktor yang terdiri daripada teater, bagi mengurangkan muka terlampau komersial dalam filem epik ini. Jika dilihat sahaja dari segi kostum dan props yang diimport dari Amerika Syarikat dan China, jelas tergambar kehebatan filem yang bakal ditayangkan di pawagam nanti. Yusry telah pun memilih beberapa pelakon dari United Kingdom, Sweden dan China untuk berkhidmat dalam filem ini selepas ujibakat dilakukan.

Filem itu juga bakal mendapat khidmat pengarah seni mempertahankan diri yang pernah menyumbang keringatnya dalam produksi Jackie Chan.


Apa yang menarik, filem ini juga akan menggunakan teknik Computer Generated Imagery (CGI) untuk menghidupkan Empayar China dan Empayar Rom kerana bagi Yusry Abd. Halim, agak rumit juga untuk membuatnya seperti fakta dan bukan mitos. Filem yang menggunakan latar masa kurun ke-2 ini, bakal menggegarkan Industri Perfileman Malaysia.



Thursday, May 14, 2009

my bezfrenz da nk naik pelamin!!!!


fuh,pejam celik,pejam celik....rupa2 nyer aku 23 tahun..wah,wah,wah....da tua n mantap!!!kui3...
bulan 6 ni WANI nk kawin..tp aku x tau dpt p ke x.anyway, dat's nt problem!!!even aku ngah praktikal (KRU STUDIOS), aku sanggup balik jap tuk bagi die senyum ats pelamin. hahahaaa..

kang time aku kawin die x g lak..nanges aku!!!hahhahaa...time aku x de umah dulu, die yg bagi tumpang umh die jap!hahahhha..kelakar gle!!

tut..tuttt.tuttt...,she will be wife 4 someone...

so,aku doakan ko bahagia ngan bakal husband ko nanti ya!!!tunggu aku menyusuri jejak langkah ko...ke camne meow????hehehhehehhe...

Tuesday, May 12, 2009

landasan hidup aku....


start praktikal daaa.....penat gak ah!nasib ar praktikal sorang2,tapi hepy gak ader dak2 len from AD n UiA...

pre-post production, sume aku kena masuk dlm otak..noe bout film n time nk shoting...huhuhuhuhu..skang aku stay at jelatek. cun ape!hahahha...

ingat time nk dapatkan tempat n umah sewa mmg sakit gak ar..cian ngan meow aku,sampai demam!aci ape... alhamdulillah,skang sume da ok.

ok,masuk citer sal praktikal balik..aku pagi2 masuk juz menulis jer...pastu baru gerak wat koje.hehehhe...aku niat nk blajar sesuatu baru kat cni!

chayok.chayok.


review of Talentime



Garapan jalan cerita yang disusuli alunan muzik menjadikan jalan cerita Talentime arahan Yasmin Ahmad sebagai sebuah cerita yang menarik dan tidak bosan. Susunan muzik dipersembahkan dengan selang-seli babak memori silam sekaligus dapat menyentuh emosi audien dan membawa masuk diri audien seolah-olah turut berada di dalam situasi watak yang ada dalam filem tersebut. Talentime adalah sebuah filem muzikal keluarga yang mengangkat tema cinta antara kaum, keluarga melayu moden dan hubungan masyarakat antara kaum.

Talentime banyak memperkatakan tentang Melayu moden dan kewujudan asimilasi dalam sebuah hubungan kekeluargaan. Lihat sahaja babak sewaktu keluarga Melur di meja makan, nasi di dalam mangkuk, dan penggunaan chop stick sahaja sudah jelas mengambarkan situasi Melayu ‘baru’ seperti yang ingin disampaikan oleh pengarah. Dari persepektif ini, Yasmin Ahmad cuba menonjolkan salah satu konflik masyarakat Malaysia yang melibatkan pelbagai kaum. Namun begitu, pengarah juga berjaya menyelitkan perasaan yang hadir antara kaum yang berbeza, iaitu Melayu, India dan Cina. Talentime cuba melontarkan isu perkauman yang wujud dalam diri segelintir masyarakat pada hari ini. Antara babaknya ialah sewaktu ayah Mahesh mati disebabkan rusuhan perkauman yang melibatkan dua kaum yang berbeza. Isu yang diketengahkan sangat luar biasa daripada filem-filem yang ada. Tidak ramai pembikin filem berminat dan juga berani berbicara hal-hal begini dalam filem. Talentime ialah sebuah lovestory yang menyentuh emosi audien dan menggunakan latar belakang budaya dan masyarakat hari ini. Visual yang cuba digambarkan oleh Yasmin Ahmad menjadi perakam sosio-budaya dan masalah perkauman dan ini secara tidak langsung menghidupkan masalah yang masih wujud dalam konteks masyarakat hari ini.

Talentime secara tidak langsung menyusuri dilema Melayu dalam susunan realiti kehidupan dengan pelbagai budaya, bertumpu pada kehidupan dua keluarga iaitu satu keluarga campuran Melayu-Inggeris, manakala satu lagi secara sebuah keluarga India yang konservatif. Secara relevan, filem ini menekankan pemaran gaya hidup masa kini yang mengalami proses asimilasi. Jika dilihat dari sudut Talentime, babak kekeluargaan campuran Melayu-Inggeris, iaitu watak ayah Melur (lakonan Harith) dan ibunya Melayu, jelas menyatakan tentang kehidupan keluarga yang terbina daripada bangsa, kaum dan adat yang berbeza. Fokus sahaja pada watak utama Talentime, pasangan bercinta ini mempunyai latar belakang yang berbeza. Dua pandangan keluarga yang berbeza divisualkan secara signifikan, satu menerima dan satu lagi sangat marah sehingga timbulnya babak emosi ibu Mahesh yang mengamuk apabila mengetahui percintaan antara Mahesh dan Melur. Babak keluarga Melur digambarkan lebih bersikap terbuka, namun berbeza dengan keluarga Mahesh yang menentang hubungan cinta mereka. Penggunaan bahasa isyarat dan tangisan oleh watak Mahesh sangat natural dengan iringi muzik yang sangat sentimental. Ini sekali gus menjadikan audien turut meyelami emosi dua watak ini.

Plot dan naratif filem ini adalah tumpuan kepada percintaan yang unik antara Melur (lakonan Pamela Chong) dan Mahesh, dimana hubungan percintaan mereka terhalang hanya disebabkan perbezaan bangsa, kulit dan rusuhan kaum. Hasil garapan Yasmin Ahmad ini tidak menggariskan cinta yang disebabkan kecantikan watak heroin dan kesempurnaan si hero, tetapi lebih menekankan dari sudut hati dan perasaan yang dibawa oleh dua watak ini. Gambaran watak Mahesh yang bisu menjadikan cinta mereka unik tanpa ungkapan dialog, tetapi menonjolkan bahasa isyarat iaitu dari bahasa hati. Babak ini menyentuh emosi audien dengan situasi yang dialami oleh dua watak utama. Dari sudut yan lain, filem ini cuba memaparkan cinta dari dua kaum yang berbeza dimana segala hukum perbezaan darah daging, warna kulit, berbezaan bangsa, hukum agama, sifat dan paras rupa. Selain itu, pengarah juga cuba mempersembahkan jurang perbezaan dua pasangan antara Melur yang punya suara lunak merdu bernyanyi, bersajak dan bergurindam dengan Mahesh seorang lelaki kacak, tetapi bisu dan pekak. Perbezaan ini sekali gus menyumbangkan sebuah jalan cerita cinta yang berbeza daripada filem-filem yang lain, serta menjadikan impak yang sangat halus dari sentuhan emosi




Penceritaan dalam filem ini bergerak dengan perlahan, bersesuaian dengan mood filem yang cuba diketengahkan. Setiap karektor diperkenalkan dengan baik dan jelas tanpa rasa keliru. Jika dilihat pada watak ibu Mahesh, dia digambarkan seolah-olah sangat takut kehilangan Mahesh. Ini kerana gadis pilihan Mahesh adalah berbeza dari segi bangsa dan agama. Watak dendam ibu Mahesh ini adalah berdasarkan tragedi adik lelakinya yang juga Pak Cik kepada Mahesh, mati terbunuh di malam hari perkahwinannya. Pak Ciknya ingin berkahwin dengan seorang perempuan India Muslim tetapi ditentang oleh Ibu Mahesh. Jika diteliti, tragedi itu mirip kepada tragedi di Kampung Medan, Jalan Kelang lama yang hampir menimbulkan ketegangan kaum di antara melayu dengan India di negara ini. Isu ini seolah-olah menjadi salah satu kritikan terhadap sikap masyarakat di Malaysia yang masih berpecah-belah dilihat dalam konteks kosmologi Islam. Konflik ini berjaya disampaikan dengan mudah dalam filem Talentime dan menjadi sindirin kepada kaum yang berbeza pandangan. Secara jelasnya, mesej yang terkandung dalam Talentime adalah perbezaan pandangan serta amalan budaya itu sindiri. Pemaparan visual seolah-olah menyelitkan unsur-unsur perkauman yang wujud di negara Malaysia, yang menjadi salah satu isu sensitif. Setiap masalah dan konflik digambarkan secara jelas melalui sindirin dan garapan cerita yang kritis.

Sindiran pada watak Mei Ling juga adalah gambaran terhadap sesetengah Cina mualaf yang mengaplikasikan hukum Islam secara jelas. Apa yang cuba diketengahkan oleh Yasmin Ahmad adalah amalan dan hati budi saudara Islam baru, tetapi sangat patuh dengan ajaran agamanya yang baru diselaminya. Ironinya, tingkah laku Melur sebagai orang Melayu yang sangat rapat dengan teman lelakinya, Mahesh ditegur oleh Mei Ling. Moraliti yang digambarkan cukup ketara dalam realiti kehidupan masyarakat pada hari ini, yang kebanyakan Islam pada nama, tetapi tidak pada tingkah laku. Asal-usul dan adat cuba dipaparkan dengan jelas bagi menggambarkan realiti kehidupan orang Melayu hari ini. Mei Ling seolah-olah menjadi simbol kepada situasi Islam dalam penjagaan tingkah laku dan budaya Melayu. Babak Melur ditegur kerana pulang lambat, membawa maksud dengan tanggungjawab yang perlu dia hormati, iaitu sebagai seorang anak perempuan, dan sebagai manusia Islam yang perlu mematuhi dengan ajaran agama Islam yang sebenar.

Seterusya, jika dilihat dari segi sinematografi, pengarah lebih mengaplikasikan kaedah kamera statik iaitu hanya menggunakan pelakon sebagai gerakan. Situasi ini dapat dilihat secara jelas dalam babak permulaan cerita di mana penggunaan montaj dewan dibuka lampu disusuli dengan pemaparan setting keseluruhan cerita yang menggunakan latar belakang sekolah. Ternyata penggunaan sinematografi Yasmin Ahmad adalah tidak terlalu kompleks malah lebih ringan dan sederhana. Kebanyakan shot yang diambil adalah sangat biasa, tetapi bermain dengan ekspresi wajah watak yang dibawa. Visual sewaktu babak Mahesh dan Melur tertidur di ruang tamu sangat menarik dari segi pengcahayaan, sehinggakan memberi kesan dramatik dan begitu theatrical. Elemen emosi dan aksi dua watak ini bergerak dalam mood yang sangat baik dan natural. Sentuhan ini, memberi sedikit sebanyak dalam perkongsian antara emosi audien yang turut menyelami perasaan yang dialami oleh watak pasangan bercinta. Hanya dengan teknik suntingan tanpa adegan seks, pengarah berjaya menyampaikan mesej filem dan emosi watak dengan baik.



Pengaplikasian teknik close-up, juga mempengaruhi setiap visual yang dipaparkan. Babak sewaktu Melur dan Mahesh membonceng motosikal dilihat sebagai kebahagiaan yang cuba dipaparkan bagi emosi pasangan bercinta. Pengcahayaan difokouskan pada watak Melur yang sangat sengan dengan situasi yang dialaminya sewaktu berada di samping Mahesh. Kesan ini jelas memberi impak yang sangat mendalam kepada watak. Dalam siutuasi yang lain, Talentime membawa watak seorang anak yang patuh dan kasih pada ibunya. Lakonan Shafie sebagai watak Hafiz, menjadikan jalan cerita lebih ke arah sentuhan emosi yang sangat mendalam. Lihat sahaja pada emosi yang dipaparkan melalui babak Hafiz sewaktu di hospital, dipenuhi dengan rasa tanggungjawab dan patuh pada arahan ibunya. Walaupun wataknya terpaksa mengalah dalam emosi cinta, tetapi dia membawa karakter yang baik menerusi watak sebagai seorang anak. Wataknya bukanlah protagonist, tetapi penonjolan dalam visual sebagai seorang anak diangkat secara jelas oleh pengarah. Apa yang jelas, Yasmin Ahmad seolah-olah mengangkat lakonan Shafie itu sebagai anak Melayu yang berjaya dan mempunyai bakat, malah bersaing dalam cara yang betul menerusi pertandingan yang disertainya.

Lakonan yang berkesan daripada penghayatan watak Mahesh sewaktu menangis dipukul ibunya, memberi kesan emosi yang cukup mendalam dengan hanya menggunakan bahasa isyarat. Lakonan yang sangat natural, ditonjolkan dalam watak Mahesh, sewaktu dia menangis. Aspek lakonan Talentime juga banyak dibantu dengan teknik syot medium close up, pada babak keluarga Melur bersama-sama bergerau senda dan babak Mahesh bersama Melur. Babak ini disusuli dengan teknik suntingan yang berkesan melalui elemen realiti kehidupan masyarakat dan keseluruhan cerita. Watak Mahesh dipaparkan dengan penggunaan bahasa isyarat, tetapi sangat menonjol dalam suntikan emosinya. Setiap raut wajahnya digambarkan dengan jelas mengenai perasaan yang dialaminya. Sentuhan daripada lakonannya, sangat efektif dalam penghayatan wataknya. Babak yang dilakonkan sewaktu memohon maaf pada ibunya, sangat real. Lihat pula lakonan Jaclyn Victor, yang hanya bergerak sebagai pembantu, tetapi sangat natural walaupun pada permulaan penglibatannya dalam lakonan. Mood natural itu sendiri tidak lari dengan perwatakan Jaclyn dan Mahesh. Pengarah mempersembahkan kelainan melalui babak-babaknya filemnya dengan membawa sedikit unsur muzikal. Talentime menjadi lebih menarik dengan pengaruh muzik yang membawa memori silam audien diselang-selikan dengan babak yang menyentuh emosi. Lakonan filem ini juga diselitkan unsur jenaka yang bersahaja daripada watak Cikgu Adibah (lakonan Adibah Nor) dan Harith Iskandar. Ini menjadikan Talentime sebagai sebuah filem hiburan dalam suntikan emosi sedih disebabkan mimik muka pelakon dan penghayatan watak tersebut.

Yasmin Ahmad juga menggunakan watak Ka Hoe sebagai simbol persahabatan dalam Talentime. Disusuli dengan muzik yang digunakan oleh Ka Hoe, lebih membawa kepada pemaparan soal hatinya sendiri. Fokus pada perasaan cinta, watak Ka Hoe juga menjadi simbol kepada masalah konflik yang timbul dalam dunia realiti. Melalui konflik yang dihadapi oleh tiga watak yang berbeza dari segi bangsa dan agama dalam soal persaan hati terhadap satu wanita, filem Talentime berjaya menyentuh konflik dalaman masyarakat Malaysia pada hari ini. Konflik yang wujud dalam diri Ka Hoe memberi ruang kepada pemaparan masalah kaum yang berbeza dalam generasi terkini. Sikapnya yang cemburu, sekaligus membawa kepada tingkah laku yang negatif dalam diri Ka hoe. Namun begitu, lakaran persahabatan yang divisualkan sangat jelas sekaligus berjaya dalam pemaparan dari segi aspek lakonan pelakon baru. Gabungan lakonan baru dan lama dalam filem ini, sedikit sebanyak membawa kepada sebuah garapan yang menarik oleh pengarah.

Persoalan melalui adat, bangsa, dan agama yang cuba diketengahkan melalui filem Talentime, dapat disampaikan dengan jelas dengan aspek lakonan yang baik. Talentime bukan sekadar sebuah fielm hiburan, malah mengangkat situasi Melayu dalam agama Islam serta budaya lain dengan budaya dan kepercayaannya. Melalui konteks filem sendiri, filem adalah cermin kepada apa yang berlaku dalam realiti kehidupan. Ini adalah salah satu kaedah yang baik bagi menyedarkan masyarakat hari ininyang masih mempunyai konflik antara satu sama lain. Secara amnya, melalui garapan pengarah ini, kita dapat melihat mengetahui realiti kehidupan masyarakat pada hari ini dengan jelas.
Related Posts with Thumbnails