Wednesday, December 29, 2010

DaGu dUa iTu HaRta? mAsaLah.. MaSaLah...


Dagu jadi dua? Amik kat mana tu? Korang ingat itu "harta" paling mahal ke? Ado0oii... Jom i kasi petua hilangkan "harta" tak berharga itu... (^_~)

Apabila tidur, sila gunakan bantal yang nipis. Kalau tak pakai bantal terus lagi bagus. Itu salah satu hobi saya time tidur. Tak suka bantal!

Sebelum tidur baca selawat nabi tiga kali sambil urut dagu anda ke belakang...

Bangun tidur juga lakukan perkara yang sama. Insya-allah hilang "harta" pelik itu. (*_*)

Selamat mencuba ya...~

Friday, December 24, 2010

NaK JaDi GerGaSi JuGak TuK LenYeK OrAng~


i loike dis muvie lorrr....!!!! Camne agaknya if aku jadi gergasi erk? aku akan pijak-pijak manusia yang suka wat dajal~ Hahahahhaaaa....;p


Protagonist dalam filem ini dipegang oleh Jack Black sebagai watak Lemuel Gulliver. Perjalanan yang dibuat oleh Gulliver adalah disebabkan CINTA yang wujud terhadap Darcy (Amanda Peet), seorang editor di tempat kerjanya. Kurang keyakinan untuk memikat dan meluahkan perasaannya kepada wanita yang diminatinya itu mendatangkan masalah buat Gulliver apabila dia terpaksa berbohong semata-mata ingin menunjukkan kelebihan yang ada pada dirinya. Gulliver terpaksa belayar ke Segitiga Bermuda seorang diri untuk membuat skrip seperti yang dimahukan oleh Darcy.

Oleh itu, if anda mula menyukai someone, sila jelas. Jangan main sembunyi-sembunyi ok!! Sila beranikan diri. Sekurang-kurangnya kita sempat luah apa yang terbuku di hati. Mane tau, ade rezeki. Dia juga punya perasaan yang sama....~ (^_~)


Salah satu babak sewaktu Gulliver ditangkap oleh manusia kerdil...

Pelayaran? Sesuatu yang menarik even Gulliver seorang diri di atas bot. Ummm.. Kalau aku dapat belayar seorang diri cam watak hero ni agak bagus jugak. Dapat melepaskan perasaan kusut dan cari ketenangan diri. Apa yang penting ada makanan banyak. Tapi takut jugak if ada ombak besar cam gitu... Mesti hilang ingatan sekejap. Hahahahhaaaa...

Lawatan Gulliver yang pertama adalah di Lilliput , terdiri daripada manusia yang sangat kecil dan seterusnya ke Brobdingnag iaitu suatu tempat yang ada makhluk gergasi. Waahh.. kalau aku, mesti ar nak masuk dunia manusia kecil. Sebab aku nak lenyek je if ada manusia yang suka cari pasal dan pelik. haaa.... mesti leh buli lebih!!!


Puteri Liliput yang mahu dipikat oleh kawan baik Gulliver...
Cantik sangat ke...??

Namun walaupun manusia di Liliput sangat kecil, tetapi mereka sangat rajin dan bekerjasama apabila bekerja. Seronoknya bangun pagi dah ada orang buatkan sarapan dan siap urut badan. Kadangkala jalan cerita ini seperti kartun Doraemon. Imaginasi yang buatkan audien berangan untuk turut merasa seperti watak Gulliver. Hahahahaaa...;p






Dari segi pengolahan plot, filem ini sangat menghiburkan. Tak ada langsung part bosan. Asyik gelak. Maybe sebab aktor ini bijak menjiwai watak menerusi genre komedi. Dengan selingan nyanyian dan tarian yang sangat kelakar. Err... tarian lucu la erk? (T_T)




Babak sewaktu Gulliver ngajar kawan baiknya cara untuk memikat perempuan... haaa....yang mana tak pandai nak tackle awek, boleh ar ikut cara dia... hahahaha

Umm... Banyak babak untuk selami hati perempuan jer filem nih! Susah kot untuk pikat perempuan yang punya darjat tinggi. Punya harta. Punya rupa. Namun hakikatnya, mana-mana lelaki tetap layak untuk memikat sesiapa sahaja, janji yakin dan punya tanggungjawab! Errr... harta penting tapi semua itu boleh dicapai apabila bergabung dengan pasangan masing-masing. Maybe si perempuan berharta memerlukan kasih sayang dan pelindung. So, saling melengkapi orang kata... Orang kata, bukan aku kata... Sila cuba ok... (^_~)

Bagi aku, filem ni sangat menarik apabila pengarah menyelitkan unsur humor yang mana menerusi babak sewaktu dia menyelamatkan raja daripada terus menjadi mangsa kebakaran dengan hanya menggunakan pancutan air kencing!! Poyo gila.... huhuhuuu...


Tak boleh nak detail sangat aku nak cerita. Untuk ketahui lebih lanjut, u all perlu cepat-cepat pergi sinema k!!!




Thursday, December 16, 2010

EgOnya LeLaKi...!!


Bukan nak salahkan lelaki tetapi ini fakta. So, camne si ego nak dapatkan si cantik? Sedar-sedar lah wahai si ego. Mungkin dengan menundukkan ego, anda akan dapat apa yang anda inginkan!!


Konon takut jatuh maruah sebagai lelaki. Podaaahh..!! Bajet cam hero. Tak boleh nak tolak ansur kaaa bro..?? Nyampah ngan sikap lelaki yang rasa dia hebat + baik + bagus!!

Syukur sebab dapat buah tangan yang langsung tak ego~
Kehkehkeheee...;p

Act, bukan semua lelaki yang tanam sikap ni dalam diri tapi majoriti lah!!!! Dalam bercinta mungkin ego itu terpaksa "dipijak-pijak" kasi lumat. Camne pula dalam persahabatan? Hello, kalau dah lama berkawan dan fikir orang disekeliling, plez ya. Sila jaga hati masing-masing. Kata KAWAN!!

Cuba ingat balik waktu susah si kawan itu berkorban ya. Nak tolong ingatkan, nanti cakap ungkit. So, b4 "pujangga" indah dilontarkan kepada si ego, sila fikir dua kali untuk baja sikap ego yang cam kambing itu.

Sekian~

RonDa-rOndA tEmPat Hang TuaH!!!




Taraaa...!! Da sampai tempat "Hang Tuah" punya sejarah haaa... (^_~)
Puas hati sebab dapat bergambar dan makan, tapi tak puas hati sebab sewa hotel yang mahal dan langsung tak sempat untuk menikmati malam di MELAKA!!! (nada marah)



Well, sempat lagi bergambar + bermanja. Sonok even belum puas pusing Melaka. Bukan takat suka tempat tapi suka dengan barang-barang perhiasan yang unik di situ!! Ummm.. sesuai untuk dijadi sebagai koleksi melancong!!Hehehe...




Simbol kepada rezeki di Melaka... Kecil tetapi unik dan menarik. Siap lampu dan ada yang pasang radio siap. Hahahahaa.... Comel jer bila tengok! U all juga boleh rasa nikmat itu laa...!! Aku tengok jer la mampu, sebab duit habis kat soppink ag. errk..?? Soppink la sangat..~ (#_#)






Tujuan utama aku pergi Melaka adalah nak makan ikan bakar, tapi dapat makan kenduri umah kawan pun jadi ar!! Siap dapat buah tangan kenduri, haaa... kehekhekeehh..;p

Kenduri sape? Nih kenduri pengantin dua pasangan rock yang slumber! Korang mesti tak pernah tengok busana indah yang diorang pakai pada hari persandingan seperti ini... Tengoklah.. Bulatkan mata anda yang sepet itu!! Jeng.. jeng.. jeng..!!!





Perrggh.....!! Memang berani mati ar diorang pakai jeans di hari bahagia. Sangat cun, babeh!! Nasib baik cara duduk masih sopan dan ayu. Sangat ar bahagia korang ni. Aku doakan moga korang berdua bahagia ke anak cucu... (^_~)


Sunday, December 12, 2010

Air HuJaN di PiPi WaNiTa~


Wanita suka menang dengan air mata. Pernah dengar pepatah ini? Ini kenyataan wahai manusia!! Aku juga suke menangis. Even masalah tak besar, tapi "hujan di tanah pipi" akan tetap turun dengan lebat. Nasib tak ada guruh dan petir jer!!hahaahaa....;p

Dengan tangisan segala kesakitan akan hilang. Biarlah hujan itu membasahi kulit pipi yang sudah lama kemarau... Sekurang-kurangnya tanaman di dalam lubuk hati masih subur dengan zikir dan ayat suci al-Quran yang dialunkan sewaktu kesakitan datang menyerang...

Indahnya tangisan si wanita dan bertuahnya anda wahai kaum Hawa kerana Allah menganugerahkan keunikan itu. Malah mungkin juga anda adalah salah seorang pelakon terhebat kerana dapat mengalirkan air mata dengan mudah!!
hahahahahhahaa... (^_*)

Namun, jika anda seorang lelaki dan melihat perempuan itu sedang menangis, layanlah si dia dengan penuh kelembutan dan kemanjaan kerana mungkin si perempuan itu memerlukan kekuatan daripada kata-kata pujukan anda.!!

Ada banyak kelebihan "AIR HUJAN" itu.. Anda boleh baca info di sini yaa.. (Kelebihan Air Mata Wanita)



Monday, December 6, 2010

Rambut Emas Rapunzel..!!


Baru hari ini aku leh sambung tulis blog sal animasi Rapunzel: A Tangled Tale... Aku kasi lima bintang untuk filem yang diterbitkan oleh Walt Disney ini. Sangat tertarik dengan unsur teater muzikal dan unsur komedi yang ada dalam setiap babak!! Watak Rapunzel yang degil dan comel membuatkan aku asyik ketawa dan turut masuk ke dalam jalan cerita. Walaupun filem animasi, namun pengolahan plot dan unsur komedi yang dicipta bagi setiap watak menjadikan filem ini sesuai untuk ditonton oleh pelbagai peringkat umur.


Comel tak??? Guna kuali untuk mempertahankan diri... sangat menarik, bukan? Ini salah satu babak yang kelakar daripada watak Rapunzel sewaktu ketakutan...


Kenapa dia dicari? Hero or sebaliknya haa....


Wujudnya ironi karakter dalam watak Flynn Rider, yang mana di awal babak dia membawa watak seorang lelaki negatif. Dia mencuri "barang berharga" di istana sehingga akhirnya terjerumus dengan pemilik "barang berharga" itu sebenar, Rapunzel.



Babak ini paling menarik if korang tengok 3D. Sangat cantik... !!


Aku suka dengan impian Rapunzel. Degil mahu melihat sesuatu yang sukar dan mungkin akan membawa masalah kepadanya. Dia tetap degil kerana merasakan "TANGLUNG" yang dilepaskan oleh pihak istana itu akan memberikan kepuasan walaupun akhirnya akan dimarahi oleh ibunya.

Tak kisahlah, janji dia dapat apa yang diinginkan pada hari lahir dan akhirnya memberikan kebahagiaan serta kepuasan untuk seumur hidup!!! Aku juga mahu sesuatu yang sukar digapai tetapi boleh dimiliki secara perlahan-lahan!!! Contohnya untuk memiliki soulmate yang ikhlas + ensem dan rambut yang cantik seperti Rapunzel... 1 day nadia, 1 day....hehehehe..^^



Friday, December 3, 2010

BuDu CerAhKaN KuliT MukA & aNtipEnuAN~

Alamak...!! Budu sudah jadi salah satu produk kecantikan?? Seronok ler anak klate. Hahahaaa..

Ini bukan lawak, tapi satu kenyataan. Ramai manusia suke mengejek apabila seseorang itu makan budu, malah ada yang sanggup berbohong kata tak makan budu. Hello, belum cuba belum tahu ok! Jangan la asyik menghina jika anda belum mencuba. Aku sensitif sangat sebab aku obses makan budu!! hahahaaaa....

Kalau betul-betul tak makan, aku tak kisah ar. Tapi kalau mulut korang banyak bunyi, aku memang rasa nak lutut!! Masalahnya ramai orang yang terus tarik muka dan berkata,

~"Eeee.. sedap ke?"
~"Apa ni? Tak busuk ke?"
~" Boleh ko makan.."

Hey, korang tau tak soalan itu amatlah kurang asam!! Hormatilah manusia yang jenis makan budu. Tambah-tambah kalau teman anda sendiri. Ok...!!

Bagi korang yang tak pernah mencuba tapi teringin merasa, anda boleh cari skang!!Bagus kot!!
Bagi manusia yang hipokrit itu pula, anda boleh baca info di sini ok:----> (BACA)

Bahan bacaan itu lebih jelas dan sah. Kang cakap aku tipu lak! Sila baca errkk... (^^)


GEbu KuLit & GeBu Hati~


Comey nyer kamu wahai si putih gebu!!
Saya juga punya hati untuk memiliki anak-anak segebu kamu!!!
Bukan takat kulit aje, tapi juga punya hati yang gebu~

Umm... Tapi itu dulu. Saat minda mabuk cinta.
Saat jantung berdegup kencang.
Saat aku gilakan manusia.

OOooppss...!!x mau lagi!
Hati ingin ada sayap.
Hati ingin ada lubang pernafasan.
Hati ingin dibelai manja dengan ayat suci Al-Quran.

Jari menari-nari...
Mata berkedip-kedip...
Hati berdebar-debar...
Last-last, anak mata terpaku akan sesuatu yang membuatkan emosi terganggu...

Apakah ini tandanya sesuatu PENGHUJUNG?
Apakah ini satu petunjuk bahawa 'dia' bukan milik aku?
Apakah bibir perlu melontar sepatah kata untuk menjelaskan keadaan?
Apakah hati perlu dicuci untuk memusnahkan kuman cinta?

Aku redha kerana aku tahu ini mungkin satu permulaan...
Aku juga pasrah andai kau bukan buah tanganku lagi...



BeRuBah LeBih BaiK!




HATI BATU APABILA HATI YANG CAIR ITU SUDAH LAMA DI SIMPAN DALAM PETI AIS~


TELINGA PEKAK APABILA SELALU MENDENGAR BISIKAN CINTA DAN JANJI MANIS MULUT BERBISA SI LEBAH~


MATA BUTA APABILA SELALU MENGALIRKAN AIR MATA YANG MASIN DISEBABKAN EMOSI YANG BERGELORA~


JADI, BERUBAH ITU SANGAT LUMAYAN YAAAA..!!



Wednesday, December 1, 2010

BuLaT iTu Indah, BoLa Juga PaSti InDaH~

Bulatnya dia... Indah + Comel bukan? Tapi saya tak mahu bentuk badan yang bulat dan muka yang b00oolaaattt..!!
Hehehhe...
(#_#)

Sekarang saya aktif bergosip pasal bola. Korek isu bola, nama pemain bola dan mula jatuh cinta dengan lelaki yang minat bola!!

Sesuatu yang menarik kan? Penuh info dan sekali gus memberikan kita pengetahuan am yang mungkin kita akan minat secara perlahan-lahan.

Namun sebagai seorang wanita, bidang ini sangat mencabar. Perlu gali asal-usul keturunannya secara teliti. Ah, tapi aku yakin. Aku mampu menggali "HARTA" unik ini!!

Anda juga boleh turut menyelami dunia saya!!
Silaa.. silaa.. klik sini jika anda berminat: WISEL~

SELAMAT MEMBULATKAN MATA DAN PERAH OTAK~ (^_~)





Monday, November 29, 2010

TaMbAh ToLaK~


Nak guna tambah or tolak? Kedua-duanya kena lalui mende yang sukar. Kira, jangan tak kira!!
Kira sampai dapat jawapan yang sukar itu, ok!!

Ini bukan tambah tolak dalam kiraan angka bernombor tetapi tambah tolak dalam sesuatu hubungan~

Apabila sampai kemuncak, mungkin aku akan dapat jawapan itu. So, slow2 kayuh. Jangan sampai tayar pancit dah ar.

Kalau tayar pancit, kang aku lak terbalik dan luka itu akan kembali timbul!!
Maka wujudlah parut cinta yang berdarah merah~

Sekian~



Friday, November 26, 2010

KuRniA MeMUja~




Cantik tak pakaian kartun kat atas ini? Jangan nak kumen lebih-lebih ok!!
Saya hanya tanya satu soalan... hahahaa

Manusia suka akan keindahan, tapi janganlah sampai memuja keindahan itu. Cukuplah anda seorang yang tahu kelebihan si dia...


Manusia suka melayan 'mengumel' itu dan ini, tapi tak payahlah lebih-lebih. Kang salah cakap, terkena batang hidung sendiri~


Manusia suka 'angkat bakul' sendiri, tapi hati-hati. Nanti orang meluat nak dengar cerita bohong anda itu. Yelah, kadangkala 'tambah nasi' jer lebih...


Manusia suka berbangga dengan apa yang apa yang di depan mata. Hallo, sila berwaspada sebab Allah boleh tarik kurniaan-Nya bila-bila masa ok!

So, cukuplah anda dan si dia yang tahu kelebihan masing-masing. Tak payah nak show lebih-lebih. Nanti, apabila tak dapat apa yang di 'ngomel' mulalah malu sendiri...

Pesanan untuk manusia sesama manusia~


LeBiU...!!




IpOh MaLi~


Ur BeAuty iS sO dAzzLiNg...!!

i Suka Dis Pic..!!makhLuk Mane Ntah SnaP~
KreDiT tuK KamU Si JaMbU BaTu~
hEy, CanTeq X IpOh iTu? oR MoDeLnYEr CuN?
KuAng kuAnG kUaNg... ;p



Thursday, November 25, 2010

Harry PottEr or "Garu Mata"


Adakah filem ini benar-benar yang terakhir? Keputusan Warner Bros untuk membahagikan kisah terakhir filem ini daripada buku terakhir HP menjadi dua bahagian mungkin menguntungkan produksi mereka. Namun, bagi audien yang melayan jalan cerita ini untuk bahagian satu, mungkin agak kecewa kerana filem ini menjadi sangat bosan dan lambat!

Bahagian kedua mungkin aka jatuh pada tahun 2011. Owh, no! aku dah tak sanggup menjadi salah audien dalam cinema itu pada masa akan datang. Sory~

CERITA AKU MALAM ITU:

Waaa...nyesal tengok movie ni! Sangat bosan la. Agak la, sampai aku asyik garu mata sebab nak tahan daripada terus terlelap~ Tapi last-last, aku terpejam jugak. Entah sampai mana. hahahha..

Maybe sebab aku tak follow novel Harry Potter, so makin ar buat aku bosan. Mulut bising asyik nak balik je. Umm... ikut hati, nak jer kuar dari cinema! TIME KASIH KEPADA BUAH TANGAN YANG MENEMANI AKU MELAYAN FILEM INI DARIPADA AWAL SAMPAI ABIS SEMPENA BESDAY AKU YG KE-24!! (^_*)

KoNvO sEnAng +cEpAt = KErJa?


"KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG AKAN BERKONVOKESYEN (SECOND BATCH CT 222) TAHNIAH DIUCAPKAN... BUKAN DIKIRA DARI BERAPA BANYAK BUNGA YANG DITERIMA DAN BERAPA BANYAK KEPING FOTO-FOTO YANG AKAN DITANGKAP NANTI... TETAPI KEMANA ANDA SELEPAS INI? MENJADI PERSOALAN YANG KRITIKAL... SELAMAT MAJU JAYA SAHABAT-SAHABATKU... USAHA TAQWA MULIA."



Actually, hari ini adalah tarikh rakan seperjuangan saya di UiTM konvo. Sayang tak dapat pergi. Wahai sahabat, doaku sentiasa mengiringi kalian di sana!! Even jauh di mata, tapi korang tetap dekat di hati. Luv u all!!

Aku tertarik dengan status ini apabila memikirkan rezeki dalam pekerjaan sekarang. Rumitnya nak dapat kerja GOV. BUkan rumit ape, rumit dari segi nak kena isi borang yang panjang. Lambat cam siput~ Sangatlah malas. Huhuhuuuu....;p

Namun, aku tetap bersyukur dengan kerja aku sekarang. Emm, related ngan bidang, malah sangat berbaloi sebab dekat dengan rumah n dekat ngan "buah tangan"~ Lalallalaaa...^^

Sujudku pada yang Esa kerana rezekiku di sini dari tamat grad sehingga sekarang~ Alhamdulillah, Ya Allah~ (^_~)




Wednesday, November 24, 2010

Bermimpi dalam "Life as We Know it"~



Weeii, cite bez nih!! Betuuull... aku tak tipu korang. Hahahaaa.. Tengok poster pun da boleh agak. Watak baby dalam cite ni sangat menarik minat audien yang menonton. Mana tak nyer, comel jer apabila tengok telatah dia~ Tapi mata aku tertumpu pada betis lelaki tuu...kehkehkeeehh..;p

Layan Jalan Cite jap:

Katherine Heigl dan Josh Duhamel memainkan peranan uatama dalam menggerakkan jalan cerita ini. Dengan perwatakan lucu dua watak ini, sekali gus membuatkan audien tak kering gusi melayan masuk dalam jalan cerita yang berkisar tentang peranan mereka sebagai pelindung kepada baby cumel itu. Babak awal filem ini membuka mata audien untuk memahami dua watak yang 'tidak sebulu'~


Tengoklah gambar ini, sangat tidak sebulu~

Apa yang menarik, walaupun bersikap 'kutub utara dan kutub selatan', mereka akhirnya dapat menjaga baby dan sekali gus memahami hati budi masing-masing sehingga mereka sendiri tak sedar pintu hati telah terbuka untuk menerima cinta yang sebelum ini tersembunyi di sebalik sikap ego masing-masing.


Seronoknya kamu wahai "Romeo n Juliet"~


Lihatlah mereka! Hati mereka sebenarnya menyembunyikan sesuatu 'ikatan' yang belum jelas. Tidak nampak dengan mata kasar, tapi perlu diselami sehingga timbulnya 'cinta'.

Itulah, jangan ar main gaduh-gaduh... kan da bertemu jodoh dengan musuh! Kutuk, jeling, benci, dan mengata, last-last jatuh cinta. Seronok bukan? Ini sesuatu yang normal berlaku kepada kebanyakan orang. Aku juga pernah. Suatu ketika dahulu... Eerr... tapi dah hanyut~




Ganas cam mane pun, apabila ada baby... kuyu~

Sangat penyayang watak lelaki. Ganas dan kaki perempuan, tapi hakikatnya sangat romantik dan akhirnya lembut hati kepada seorang perempuan yang degil. Owh, adakah watak perempuan ini seperti AKU? (perasan)


Degil tapi penyayang... ^^

Watak perempuan ini sangat menarik. Tak tahu langsung nak jaga baby, tapi suka main baby. Aku juga begitu. Hahahaaaa... Kadangkala seronok bermain dalam angan-angan sendiri. Sebab realiti yang ada masih jauh di hadapan. Tiada siapa yang dapat menjadi si penilik nasib untuk kita. Jadi, aku perlu mencorak dan mencari idea yang indah untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza daripada manusia lain.

Part paling bez, apabila baby berak. Dua-dua kalut! Even selalu bergaduh, tapi sebab adanya baby itu, mereka semakin mengenali hati budi. Mungkin benar, anak itu pengerat sesuatu hubungan. Waaaahhh... buat aku rasa semakin tak sabar nak kawen!! hoh0oooo...

Mimpi: Kalau boleh camni, aku juga ingin berada di situasi yang sama. Jaga baby sama-sama. Baby pulak, baby segera. Tak perlulah sakit beranak. kehkehkeeeehhh....;p
Tapi realitinya, anak sendiri lagi seronok!! (^_~)





Monday, November 15, 2010

LuKisAn SuKa DuKa~



Suka layan slide video ni. Mungkin satu hari nanti aku juga akan lalui seperti kisah kau wahai cute cartoon~ Tapi aku mahu berada di watak lelaki yang akan pergi jauh tanpa mengganggu hidup orang yang sudah muak dengan karenah aku... Mungkin 1 day... ^^

Kiranya ku tahu kesabaran itu menjanjikan 'darah' yang akan mengalir...
Darah yang lebih pekat warnanya daripada darah yang pernah aku lihat dan alami disebabkan luka di kaki aku...

Kiranya ku tahu kau akan selalu tabur janji dan tampal luka itu dengan harapan...
Luka yang lebih dalam dan penuh nanah yang jijik untuk dilihat dengan mata kasar...

Kiranya ku tahu lukisan memori itu akan berakhir saat aku baru pegang pensil...
Lukisan yang lebih natural dan cantik daripada lukisan yang digunakan dengan jari-jemari...

Kiranya ku tahu gelak tawa SEMALAM ADALAH YANG TERAKHIR...
Lakaran dan cerita semalam yang diselang-selikan dengan air hujan yang masih belum kering di lubuk hatiku sehingga hari ini~

Ya Allah, hadiahkan aku dengan kekuatan mental dan jiwa agar aku bisa berdiri dan melangkah dengan kaki sendiri untuk hari mendatang~


Saturday, November 13, 2010

'Kek' itu HaDiAh BesdAy?




w0ooitt..!!! Aku dapat 'kek' hadiah hari jadi special tahun ini. Suka sangat. Bukan kek kat atas tuh. 'Kek' ini lagi sedap dan mahal. Seumur hidup aku x pernah makan 'kek' yang sangat unik ini. Sumpah x pernah. Tak pernah dibuat orang.


'Kek' itu dibuat oleh kesayangan aku. Tapi aku hanya dapat separuh. Aku x muak pun, tapi kenapa bagi separuh jer? Aku suka la even simple. Bagi aku, 'kek' yang kau buat lebey sedap dan mahal nilainya.

Bahan dia senang jer: Hanya guna ucapan yang ikhlas tiap-tiap hari sebelum tarikh hari lahir si empunya diri tiba. Alaa, skang ni canggih. Guna facebook pun bole. Senang. Tak perlu nak fikir ayat yang berbeza dan berbunga-bunga, copy n paste daripada internet pun bole. Video besday berlambak-lambak. Contohnya dalam sebulan, korang wish daripada 1hb, bulan berapa, tahun ape sehingga la tarikh sebenar hari lahir orang kesayangan anda. (besday dia 22hb Januari, so start daripada 1hb Januari - 22hb Januari) tarrraaa....!!!' 'KEK' da siap.. senang dan cepat.

Agak unik bukan? Bagi aku laaa... sebab itu tandanya korang ingat orang kesayangan tiap-tiap hari sebelum tiba tarikh sebenar. Si buah hati mesti hepy sebab bangun pagi jer, dapat ucapan. Nak mula keje je, mata tertumpukan ucapan. Sangat bertuahlah badan orang itu... ^^

Mungkin aku bertuah sebab jadi orang yang pernah makan 'kek' itu. Walaupun hanya untuk beberapa hari, aku masih menghargai sehingga akhir hayat~

Time kasih sebab menghargai aku dengan 'kek' special itu wahai manusia...!!(^_^)

Friday, November 12, 2010

IkAt HaTi Guna BenAnG jeR?




Kalau dah sukakan sesuatu, korang ikatlah kemas-kemas dengan benang kain. Guna gam gajah pun boleh, tampal cepat-cepat sebelum hilang. Kalau dah hilang??? Mau nyer termenung sorang-sorang, makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena. Habis, kalau situasi 'memberi kasih' dan 'menerima kasih' pula macam mana? Inilah yang selalu menari-nari dalam otak aku...

Kalau 'berkasih' mesti ada risikonya. Mungkin perlu berkorban dari banyak segi. Terpulang kepada diri ikhlas atau tidak untuk lalui semua ini:

~Perlu buang masa.
Kebanyakan orang: Alaaa... dia selalu nak aku 24 jam. Bosanlah...

~Perlu bazir duit.
Kebanyakan orang: Issyhh.. dia nak benda itu pulak. Habis lah aku...

~Perlu layan si dia bercakap.
Kebanyakan orang: Ada apa ag dia ni nih. Asyik col aku jer...

~Perlu pandai memujuk.
Kebanyakan orang: Malas ar nak pujuk. Tak pandai...

~Perlu MEMBIMBING!!!!
Kebanyakan orang: Biarlah, janji dia selesa dan hepy...

Jika anda masih mengeluh ketika melalui perkara di atas, ini bermakna anda masih belum 'akil baligh' untuk menaruh hati pada 'si bunga'. Hey, anda masih mentah umpama jagung muda yang tak ada bulu lagi! Tak matang dan tak layak.

Sekian~


Wednesday, November 10, 2010

'SinGle' leBey BaIk~

'Single' apa ni? 'Single' katil la, bukan 'single' status. Nampak tak 'katil single' di atas? Cantik bukan? Saya lapar untuk merebahkan badan saya ke atas 'katil single' itu. Saya mahu 'katil single' itu laaa...!! Seronok untuk merasa 'katil single' itu, tapi tak seronok untuk merasa 'status single'...!! So, sesiapa yang masih berada 'status single', sila cepat-cepat ubah status anda untuk dapatkan 'katil single' cam saya..Hohoohooo...^^

'Katil single' itu sangat unik. Saya takut sunyi, sepi, bisu dan satu maksud dengan perkataan itu datang dekat dalam hidup saya. Saya mahu share 'katil single' itu dengan orang yang saya sayang. Tapi bukan sekarang. Mestilah 1 day...

Saya suka 'katil single' sebab dia kecil. Apabila kecil, mestilah sempit. Kalau dah berdua tidur di atas 'katil single' kesayangan saya itu, mestilah saya akan rasa disayangi. Sebab segala-galanya kena kongsi. Bantal, selimut dan ruang yang sempit. Waaahh.... saya teruja untuk mendapatkan kasih sayang lebih dengan kesayangan saya 1 day!!!

Saya langusng tak inginkan katil yang mewah. Apabila katil besar, ruang yang ada mestilah besar. So, kesayangan saya mesti jauh daripada saya. Dia ada bantal dia. Saya juga guna bantal saya. Dia ada selimut dia, saya juga ada selimut saya. Ahh, saya tak mahu itu berlaku. Saya mahu kongsi dengan kesayangan saya segala-galanya. Dari hati, perasaan, emosi dan juga 'katil single' itu untuk selama-lamanya!!!

Indahnya mimpi saya jika saya dapat 'katil single' itu. Walaupun ruang sempit apabila tidur, tapi kesayangan saya akan ada dekat dengan saya. Cukuplah 'katil single' yang akan mendekatkan dua jiwa dan merapatkan kasih sayang dengan kesayangan saya setiap saat... (^_~)

Ini angan-angan saya daripada kecil. Anda pula bagaimana yaaa... lalalallaaaa....^^



Saturday, November 6, 2010

i lEbiU "wishes"




Lebiu ini bukan untuk manusia, tapi untuk hati. Hati yang ikhlas kerana sentiasa ingat dan hargai kasih sayang seseorang walaupun hanya dengan "wishes". Aku akan tunggu dan pastikan sejauh mana janji "wishes" itu dibuat~

Sekadar pemujuk hati atau ini adalah ingatan dan tanda dia masih menghargai kasih sayang yang ada pada diriku. Kalau artikel Cik Suzie kata LELAKI MINTA MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SIHAT: (BLOG INI), bagi aku pula "wishes" itu boleh buat jantung + hati perempuan sihat!! hhuhuhuuu....

Tak kira lah, "wishes" untuk ape...wish gud nite ke...wish morning ke...wish exam ke...wish makan pun!!! Semua segala anak-beranak wish ok!!!Tapi aku hanya tunggu "wishes" from someone. Kata dia, "tiap-tiap hari saya akan wish besday awak..."

Yeker ni wahai manusia ituu... Manusia ini menunggu ni...hoh0ooo...(^_^)

Wahai Si Lelaki, sila berjaga-jaga dengan janji anda kerana Si Perempuan itu sangat alert dengan kata-kata anda walaupun kata-kata itu hanyalah gurauan. Jangan lembutkan lidah jika otak anda sangat lemah untuk mengingati setiap lontaran kata yang keluar daripada bibir.

Maybe ini boleh dianggap sebagai hutang. Hutang PTPTN pun belum mampu nak bayar, camne nak bayar hutang janji ni haaa....lalallalalllaaa....^^

Thursday, November 4, 2010

BunGa LaYu SeBab KumBang Itu?




Istimewa ke November itu? Istimewa ke hari-hari itu? Istimewa ke kasih sayang sepanjang hubungan itu...? Aku cukup keras hati tapi lembut apabila memikirkan TEORI BEHAVIOR yang mengular dalam hubungan yang terjalin dalam sesuatu hubungan itu~ Apa itu Teori Behavior?Tengok sini baca sendiri.....

Bagi aku, teori ini selalu digunakan dalam hidup kita seharian. Selalu ada. Aku bangun pagi pun selalu guna teori ini. Mana taknya, jam yang selalu berbunyi kul 6.45 pagi pada hari-hari biasa buat aku sedar even aku terlupa nak kunci jam. Tapi kalau tak cukup tidur, maybe terbabas juga ya...(^_^)Namun, ini bukanlah isunya. Cerita kedai kopi hari ini adalah berkenaan tingkah laku si kumbang yang diulang-ulang membuatkan si bunga semakin layu~ Bukan sebab kena hisap madu ar, tapi bunga yang dirosakkan. Cian bunga ituuu... Aku simpati wahai si bunga~

Apabila si bunga merajuk, si kumbang akan memujuk. Ini tak pelik. Namun kalau yang patut jadi pelindung isi hati pula merajuk, adakah ini normal? Yups, normal kalau kena pada masanya dan maybe ini leh rapatkan sesuatu hubungan... Aku tak penat jadi "si pemujuk". Langsung tidak...

Kasih sayang kalau dicurah tiap-tiap hari, tak rugi pun. Seperti bunga juga. Tak pakai duit langsung. Cukup ar dengan cahaya dan air. Tapi kalau kau dah mula meluat nak tanam bunga, sila beredar. Bagi dia peluang terus disiram dengan air embun yang lebih bersih dan cahaya semula jadi. Mungkin juga ada yang lebih prihatin, yang mana tuan baru akan bagi baja.

Hari-hari kau patahkan duri-durinya tapi hari-hari juga kau calarkan kelopak bunga miliknya. Hari-hari kau sentuh bunga itu, tapi tanpa emosi. Adakah bunga tahu menilai emosi? "Alaa, itu hanya bunga. Bukan manusia." Maybe perkataan ini yang akan selalu keluar di otak kau wahai si kumbang!!

Adakah itu terbaik yang mampu kau lakukan untuk seseorang yang kau sayang? Hey, silalah sedar. Tolong hargai bunga yang kembang mewangi itu sebelum kelopak bunganya mengucup. Apabila kelopak mula mengucup dan bertukar warna, itulah tandanya kau akan kehilangan dia... Kau mahu wahai si kumbang? Mungkin ada bunga yang lebih segar dan cantik untuk dipandang. Tapi ingat wahai si kumbang, bunga-bunga yang ada di depan kau itu belum tentu wangi dan tanpa racun!!!!
Related Posts with Thumbnails