Saturday, September 25, 2010

Manja si kecil buat aku manja~




Garang dan Manja??
yups!!!!aku garang tapi aku suka dimanjai...Manjakan aku dengan peringatan agar aku jangan lupa mengaji setiap hari. Manjakan aku dengan ajaran agar aku tidak lagha. Manjakan aku dengan kejut subuh. Manjakan aku dengan belaian kata-kata agar aku tidak degil dan cepat marah lagi...

Semalam aku pergi rumah terbuka kakak kesayangan dia...
Sewaktu aku melihat anak kecil perempuan itu, timbul perasaan di hati aku juga inginkan si kecil itu 1 day. Aku inginkan si kecil... sumpah aku inginkan si kecil cepat-cepat!!! Sepanjang perjalanan balik, aku mula merengek cam orang hilang akal~

aku:Sy mau si kecil cam anak dia...(mata aku merenung tajam)
dia:Yaa... nanti kita dapat si kecil yang lagi comel daripada dia ya. (tersenyum)
aku:Betul??Sy mauu..
dia:Janjiii... Mau kawen ngan awak cepat-cepat, bagi baby cepat-cepat...
aku:Waaaa...suka...(terasa dimanjai)
dia:Awak si manja saya... saya akan selalu akan manjakan awak...
aku:(diam, tapi mata aku hanya melihat dia yang sedang memandu)
dia:Sy sayang awak... suka manjakan awak...
aku: Sy juga suka dimanjakan awak... sy sayangkan awak... tak mau orang lain. (hatiku mula berbunga)
dia:Sy tahu... sy tahu awak sayang sy... (mata kelip-kelip) Kita jaga hubungan kita yaa... Insyaallah kita akan bahagia kalo kita jaga hubungan ni. Allah akan mudahkan segala urusan kita, dan kita akan kawen cepat 1 day... tunggu sy tau...
aku:Sy akan tunggu awak... sy janji akan tunggu awak...

Even orang lain nampak aku dia selalu bergaduh, hakikatnya kami sangat bahagia apabila kami fokus~ Fokus apabila fikir masa depan... hehehehee..
Aku tak mahu gaduh lagi... Aku tak mau hilang kau...Aku BAHAGIA ada kau di sisi aku... dan wahai si bunian yang ku cintai, aku akan bahagiakan kau 1 day!!!

Bagi aku...
Kasih sayang yang kau berikan lebih bernilai daripada wang ringgit. Aku buta jika aku pandang kau dari segi yang lain. Waaahh...kiranya aku ini cukup bertuah apabila menjadi buah hati kau untuk saat ini. Sedikit pun kau tak pernah abaikan aku...
Time kasih 'Bunian'~


Wednesday, September 22, 2010

gelabah Piranha (2010)




mandi DARAH... sakit MATA... bersih OTAK... = PENAT!!!!




Apa yang kau wat aku gelabah wahai 'si filem'... cara manusia dilapah dan dilukai~
sangat tersirat! ikan tu kuar, terang2 x real~ yang real apabila manusia DILUKAI n TERLUKA disebabkan ikan... nasib baik ikan...bukan manusia sesama manusia~

Degilnya remaja itu disebabkan terlalu melayan keser0nokan..Kerana manusia yang DEGIL, sume org susah~ last2 sume jadi mangsa...
Itulah diri aku~



k0non-konon bahagia lorr....



---------------------------------------

Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata
Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi
Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya
Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?
Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

lirik ni sgt kena~
sgt tajam n sgt DUSTA~

Monday, September 20, 2010

hilang tapi ada~




tika itu...

aku buang dia,
tapi dia ada dalam jiwa aku...
aku benci dia,
tapi aku sayang dia...
aku pukul dia,
tapi aku yang sakit...
aku tangisi dia,
tapi sebab silap aku sendiri...

hakikatnya, aku terlalu menyayangi dia...

kala itu...

tingginya darjat DEGIL itu...
teguhnya ikatan BODOH itu...
bisanya suntikan emosi yang aku sendiri bajakan~

hanya setengah ari aku hilang dia,
aku rasa aku manusia tanpa hati dan tanpa mata...
aku rasa aku mati...

sekarang...
aku genggam jiwa dia...
aku baluti kemanjaan dia...
aku simpul kasih dia...

sewajibnya...
aku sujud pada yang Esa kerana aku mempunyai insan itu...
rahmat daripada DIA...
menciptakan insan lelaki bergelar RAHMAT...
aku hargai ikatan suci yang terbina pada suatu ketika itu...
10 Disember 2009...
Related Posts with Thumbnails