Istimewa ke November itu? Istimewa ke hari-hari itu? Istimewa ke kasih sayang sepanjang hubungan itu...? Aku cukup keras hati tapi lembut apabila memikirkan TEORI BEHAVIOR yang mengular dalam hubungan yang terjalin dalam sesuatu hubungan itu~ Apa itu Teori Behavior?
Tengok sini baca sendiri.....Bagi aku, teori ini selalu digunakan dalam hidup kita seharian. Selalu ada. Aku bangun pagi pun selalu guna teori ini. Mana taknya, jam yang selalu berbunyi kul 6.45 pagi pada hari-hari biasa buat aku sedar even aku terlupa nak kunci jam. Tapi kalau tak cukup tidur, maybe terbabas juga ya...(^_^)Namun, ini bukanlah isunya. Cerita kedai kopi hari ini adalah berkenaan tingkah laku si kumbang yang diulang-ulang membuatkan si bunga semakin layu~ Bukan sebab kena hisap madu ar, tapi bunga yang dirosakkan. Cian bunga ituuu... Aku simpati wahai si bunga~
Apabila si bunga merajuk, si kumbang akan memujuk. Ini tak pelik. Namun kalau yang patut jadi pelindung isi hati pula merajuk, adakah ini normal? Yups, normal kalau kena pada masanya dan maybe ini leh rapatkan sesuatu hubungan... Aku tak penat jadi "si pemujuk". Langsung tidak...
Kasih sayang kalau dicurah tiap-tiap hari, tak rugi pun. Seperti bunga juga. Tak pakai duit langsung. Cukup ar dengan cahaya dan air. Tapi kalau kau dah mula meluat nak tanam bunga, sila beredar. Bagi dia peluang terus disiram dengan air embun yang lebih bersih dan cahaya semula jadi. Mungkin juga ada yang lebih prihatin, yang mana tuan baru akan bagi baja.
Hari-hari kau patahkan duri-durinya tapi hari-hari juga kau calarkan kelopak bunga miliknya. Hari-hari kau sentuh bunga itu, tapi tanpa emosi. Adakah bunga tahu menilai emosi? "Alaa, itu hanya bunga. Bukan manusia." Maybe perkataan ini yang akan selalu keluar di otak kau wahai si kumbang!!
Adakah itu terbaik yang mampu kau lakukan untuk seseorang yang kau sayang? Hey, silalah sedar. Tolong hargai bunga yang kembang mewangi itu sebelum kelopak bunganya mengucup. Apabila kelopak mula mengucup dan bertukar warna, itulah tandanya kau akan kehilangan dia... Kau mahu wahai si kumbang? Mungkin ada bunga yang lebih segar dan cantik untuk dipandang. Tapi ingat wahai si kumbang, bunga-bunga yang ada di depan kau itu belum tentu wangi dan tanpa racun!!!!