Wednesday, December 29, 2010

DaGu dUa iTu HaRta? mAsaLah.. MaSaLah...


Dagu jadi dua? Amik kat mana tu? Korang ingat itu "harta" paling mahal ke? Ado0oii... Jom i kasi petua hilangkan "harta" tak berharga itu... (^_~)

Apabila tidur, sila gunakan bantal yang nipis. Kalau tak pakai bantal terus lagi bagus. Itu salah satu hobi saya time tidur. Tak suka bantal!

Sebelum tidur baca selawat nabi tiga kali sambil urut dagu anda ke belakang...

Bangun tidur juga lakukan perkara yang sama. Insya-allah hilang "harta" pelik itu. (*_*)

Selamat mencuba ya...~

Friday, December 24, 2010

NaK JaDi GerGaSi JuGak TuK LenYeK OrAng~


i loike dis muvie lorrr....!!!! Camne agaknya if aku jadi gergasi erk? aku akan pijak-pijak manusia yang suka wat dajal~ Hahahahhaaaa....;p


Protagonist dalam filem ini dipegang oleh Jack Black sebagai watak Lemuel Gulliver. Perjalanan yang dibuat oleh Gulliver adalah disebabkan CINTA yang wujud terhadap Darcy (Amanda Peet), seorang editor di tempat kerjanya. Kurang keyakinan untuk memikat dan meluahkan perasaannya kepada wanita yang diminatinya itu mendatangkan masalah buat Gulliver apabila dia terpaksa berbohong semata-mata ingin menunjukkan kelebihan yang ada pada dirinya. Gulliver terpaksa belayar ke Segitiga Bermuda seorang diri untuk membuat skrip seperti yang dimahukan oleh Darcy.

Oleh itu, if anda mula menyukai someone, sila jelas. Jangan main sembunyi-sembunyi ok!! Sila beranikan diri. Sekurang-kurangnya kita sempat luah apa yang terbuku di hati. Mane tau, ade rezeki. Dia juga punya perasaan yang sama....~ (^_~)


Salah satu babak sewaktu Gulliver ditangkap oleh manusia kerdil...

Pelayaran? Sesuatu yang menarik even Gulliver seorang diri di atas bot. Ummm.. Kalau aku dapat belayar seorang diri cam watak hero ni agak bagus jugak. Dapat melepaskan perasaan kusut dan cari ketenangan diri. Apa yang penting ada makanan banyak. Tapi takut jugak if ada ombak besar cam gitu... Mesti hilang ingatan sekejap. Hahahahhaaaa...

Lawatan Gulliver yang pertama adalah di Lilliput , terdiri daripada manusia yang sangat kecil dan seterusnya ke Brobdingnag iaitu suatu tempat yang ada makhluk gergasi. Waahh.. kalau aku, mesti ar nak masuk dunia manusia kecil. Sebab aku nak lenyek je if ada manusia yang suka cari pasal dan pelik. haaa.... mesti leh buli lebih!!!


Puteri Liliput yang mahu dipikat oleh kawan baik Gulliver...
Cantik sangat ke...??

Namun walaupun manusia di Liliput sangat kecil, tetapi mereka sangat rajin dan bekerjasama apabila bekerja. Seronoknya bangun pagi dah ada orang buatkan sarapan dan siap urut badan. Kadangkala jalan cerita ini seperti kartun Doraemon. Imaginasi yang buatkan audien berangan untuk turut merasa seperti watak Gulliver. Hahahahaaa...;p






Dari segi pengolahan plot, filem ini sangat menghiburkan. Tak ada langsung part bosan. Asyik gelak. Maybe sebab aktor ini bijak menjiwai watak menerusi genre komedi. Dengan selingan nyanyian dan tarian yang sangat kelakar. Err... tarian lucu la erk? (T_T)




Babak sewaktu Gulliver ngajar kawan baiknya cara untuk memikat perempuan... haaa....yang mana tak pandai nak tackle awek, boleh ar ikut cara dia... hahahaha

Umm... Banyak babak untuk selami hati perempuan jer filem nih! Susah kot untuk pikat perempuan yang punya darjat tinggi. Punya harta. Punya rupa. Namun hakikatnya, mana-mana lelaki tetap layak untuk memikat sesiapa sahaja, janji yakin dan punya tanggungjawab! Errr... harta penting tapi semua itu boleh dicapai apabila bergabung dengan pasangan masing-masing. Maybe si perempuan berharta memerlukan kasih sayang dan pelindung. So, saling melengkapi orang kata... Orang kata, bukan aku kata... Sila cuba ok... (^_~)

Bagi aku, filem ni sangat menarik apabila pengarah menyelitkan unsur humor yang mana menerusi babak sewaktu dia menyelamatkan raja daripada terus menjadi mangsa kebakaran dengan hanya menggunakan pancutan air kencing!! Poyo gila.... huhuhuuu...


Tak boleh nak detail sangat aku nak cerita. Untuk ketahui lebih lanjut, u all perlu cepat-cepat pergi sinema k!!!




Thursday, December 16, 2010

EgOnya LeLaKi...!!


Bukan nak salahkan lelaki tetapi ini fakta. So, camne si ego nak dapatkan si cantik? Sedar-sedar lah wahai si ego. Mungkin dengan menundukkan ego, anda akan dapat apa yang anda inginkan!!


Konon takut jatuh maruah sebagai lelaki. Podaaahh..!! Bajet cam hero. Tak boleh nak tolak ansur kaaa bro..?? Nyampah ngan sikap lelaki yang rasa dia hebat + baik + bagus!!

Syukur sebab dapat buah tangan yang langsung tak ego~
Kehkehkeheee...;p

Act, bukan semua lelaki yang tanam sikap ni dalam diri tapi majoriti lah!!!! Dalam bercinta mungkin ego itu terpaksa "dipijak-pijak" kasi lumat. Camne pula dalam persahabatan? Hello, kalau dah lama berkawan dan fikir orang disekeliling, plez ya. Sila jaga hati masing-masing. Kata KAWAN!!

Cuba ingat balik waktu susah si kawan itu berkorban ya. Nak tolong ingatkan, nanti cakap ungkit. So, b4 "pujangga" indah dilontarkan kepada si ego, sila fikir dua kali untuk baja sikap ego yang cam kambing itu.

Sekian~

RonDa-rOndA tEmPat Hang TuaH!!!




Taraaa...!! Da sampai tempat "Hang Tuah" punya sejarah haaa... (^_~)
Puas hati sebab dapat bergambar dan makan, tapi tak puas hati sebab sewa hotel yang mahal dan langsung tak sempat untuk menikmati malam di MELAKA!!! (nada marah)



Well, sempat lagi bergambar + bermanja. Sonok even belum puas pusing Melaka. Bukan takat suka tempat tapi suka dengan barang-barang perhiasan yang unik di situ!! Ummm.. sesuai untuk dijadi sebagai koleksi melancong!!Hehehe...




Simbol kepada rezeki di Melaka... Kecil tetapi unik dan menarik. Siap lampu dan ada yang pasang radio siap. Hahahahaa.... Comel jer bila tengok! U all juga boleh rasa nikmat itu laa...!! Aku tengok jer la mampu, sebab duit habis kat soppink ag. errk..?? Soppink la sangat..~ (#_#)






Tujuan utama aku pergi Melaka adalah nak makan ikan bakar, tapi dapat makan kenduri umah kawan pun jadi ar!! Siap dapat buah tangan kenduri, haaa... kehekhekeehh..;p

Kenduri sape? Nih kenduri pengantin dua pasangan rock yang slumber! Korang mesti tak pernah tengok busana indah yang diorang pakai pada hari persandingan seperti ini... Tengoklah.. Bulatkan mata anda yang sepet itu!! Jeng.. jeng.. jeng..!!!





Perrggh.....!! Memang berani mati ar diorang pakai jeans di hari bahagia. Sangat cun, babeh!! Nasib baik cara duduk masih sopan dan ayu. Sangat ar bahagia korang ni. Aku doakan moga korang berdua bahagia ke anak cucu... (^_~)


Sunday, December 12, 2010

Air HuJaN di PiPi WaNiTa~


Wanita suka menang dengan air mata. Pernah dengar pepatah ini? Ini kenyataan wahai manusia!! Aku juga suke menangis. Even masalah tak besar, tapi "hujan di tanah pipi" akan tetap turun dengan lebat. Nasib tak ada guruh dan petir jer!!hahaahaa....;p

Dengan tangisan segala kesakitan akan hilang. Biarlah hujan itu membasahi kulit pipi yang sudah lama kemarau... Sekurang-kurangnya tanaman di dalam lubuk hati masih subur dengan zikir dan ayat suci al-Quran yang dialunkan sewaktu kesakitan datang menyerang...

Indahnya tangisan si wanita dan bertuahnya anda wahai kaum Hawa kerana Allah menganugerahkan keunikan itu. Malah mungkin juga anda adalah salah seorang pelakon terhebat kerana dapat mengalirkan air mata dengan mudah!!
hahahahahhahaa... (^_*)

Namun, jika anda seorang lelaki dan melihat perempuan itu sedang menangis, layanlah si dia dengan penuh kelembutan dan kemanjaan kerana mungkin si perempuan itu memerlukan kekuatan daripada kata-kata pujukan anda.!!

Ada banyak kelebihan "AIR HUJAN" itu.. Anda boleh baca info di sini yaa.. (Kelebihan Air Mata Wanita)



Monday, December 6, 2010

Rambut Emas Rapunzel..!!


Baru hari ini aku leh sambung tulis blog sal animasi Rapunzel: A Tangled Tale... Aku kasi lima bintang untuk filem yang diterbitkan oleh Walt Disney ini. Sangat tertarik dengan unsur teater muzikal dan unsur komedi yang ada dalam setiap babak!! Watak Rapunzel yang degil dan comel membuatkan aku asyik ketawa dan turut masuk ke dalam jalan cerita. Walaupun filem animasi, namun pengolahan plot dan unsur komedi yang dicipta bagi setiap watak menjadikan filem ini sesuai untuk ditonton oleh pelbagai peringkat umur.


Comel tak??? Guna kuali untuk mempertahankan diri... sangat menarik, bukan? Ini salah satu babak yang kelakar daripada watak Rapunzel sewaktu ketakutan...


Kenapa dia dicari? Hero or sebaliknya haa....


Wujudnya ironi karakter dalam watak Flynn Rider, yang mana di awal babak dia membawa watak seorang lelaki negatif. Dia mencuri "barang berharga" di istana sehingga akhirnya terjerumus dengan pemilik "barang berharga" itu sebenar, Rapunzel.



Babak ini paling menarik if korang tengok 3D. Sangat cantik... !!


Aku suka dengan impian Rapunzel. Degil mahu melihat sesuatu yang sukar dan mungkin akan membawa masalah kepadanya. Dia tetap degil kerana merasakan "TANGLUNG" yang dilepaskan oleh pihak istana itu akan memberikan kepuasan walaupun akhirnya akan dimarahi oleh ibunya.

Tak kisahlah, janji dia dapat apa yang diinginkan pada hari lahir dan akhirnya memberikan kebahagiaan serta kepuasan untuk seumur hidup!!! Aku juga mahu sesuatu yang sukar digapai tetapi boleh dimiliki secara perlahan-lahan!!! Contohnya untuk memiliki soulmate yang ikhlas + ensem dan rambut yang cantik seperti Rapunzel... 1 day nadia, 1 day....hehehehe..^^



Friday, December 3, 2010

BuDu CerAhKaN KuliT MukA & aNtipEnuAN~

Alamak...!! Budu sudah jadi salah satu produk kecantikan?? Seronok ler anak klate. Hahahaaa..

Ini bukan lawak, tapi satu kenyataan. Ramai manusia suke mengejek apabila seseorang itu makan budu, malah ada yang sanggup berbohong kata tak makan budu. Hello, belum cuba belum tahu ok! Jangan la asyik menghina jika anda belum mencuba. Aku sensitif sangat sebab aku obses makan budu!! hahahaaaa....

Kalau betul-betul tak makan, aku tak kisah ar. Tapi kalau mulut korang banyak bunyi, aku memang rasa nak lutut!! Masalahnya ramai orang yang terus tarik muka dan berkata,

~"Eeee.. sedap ke?"
~"Apa ni? Tak busuk ke?"
~" Boleh ko makan.."

Hey, korang tau tak soalan itu amatlah kurang asam!! Hormatilah manusia yang jenis makan budu. Tambah-tambah kalau teman anda sendiri. Ok...!!

Bagi korang yang tak pernah mencuba tapi teringin merasa, anda boleh cari skang!!Bagus kot!!
Bagi manusia yang hipokrit itu pula, anda boleh baca info di sini ok:----> (BACA)

Bahan bacaan itu lebih jelas dan sah. Kang cakap aku tipu lak! Sila baca errkk... (^^)


GEbu KuLit & GeBu Hati~


Comey nyer kamu wahai si putih gebu!!
Saya juga punya hati untuk memiliki anak-anak segebu kamu!!!
Bukan takat kulit aje, tapi juga punya hati yang gebu~

Umm... Tapi itu dulu. Saat minda mabuk cinta.
Saat jantung berdegup kencang.
Saat aku gilakan manusia.

OOooppss...!!x mau lagi!
Hati ingin ada sayap.
Hati ingin ada lubang pernafasan.
Hati ingin dibelai manja dengan ayat suci Al-Quran.

Jari menari-nari...
Mata berkedip-kedip...
Hati berdebar-debar...
Last-last, anak mata terpaku akan sesuatu yang membuatkan emosi terganggu...

Apakah ini tandanya sesuatu PENGHUJUNG?
Apakah ini satu petunjuk bahawa 'dia' bukan milik aku?
Apakah bibir perlu melontar sepatah kata untuk menjelaskan keadaan?
Apakah hati perlu dicuci untuk memusnahkan kuman cinta?

Aku redha kerana aku tahu ini mungkin satu permulaan...
Aku juga pasrah andai kau bukan buah tanganku lagi...



BeRuBah LeBih BaiK!




HATI BATU APABILA HATI YANG CAIR ITU SUDAH LAMA DI SIMPAN DALAM PETI AIS~


TELINGA PEKAK APABILA SELALU MENDENGAR BISIKAN CINTA DAN JANJI MANIS MULUT BERBISA SI LEBAH~


MATA BUTA APABILA SELALU MENGALIRKAN AIR MATA YANG MASIN DISEBABKAN EMOSI YANG BERGELORA~


JADI, BERUBAH ITU SANGAT LUMAYAN YAAAA..!!



Wednesday, December 1, 2010

BuLaT iTu Indah, BoLa Juga PaSti InDaH~

Bulatnya dia... Indah + Comel bukan? Tapi saya tak mahu bentuk badan yang bulat dan muka yang b00oolaaattt..!!
Hehehhe...
(#_#)

Sekarang saya aktif bergosip pasal bola. Korek isu bola, nama pemain bola dan mula jatuh cinta dengan lelaki yang minat bola!!

Sesuatu yang menarik kan? Penuh info dan sekali gus memberikan kita pengetahuan am yang mungkin kita akan minat secara perlahan-lahan.

Namun sebagai seorang wanita, bidang ini sangat mencabar. Perlu gali asal-usul keturunannya secara teliti. Ah, tapi aku yakin. Aku mampu menggali "HARTA" unik ini!!

Anda juga boleh turut menyelami dunia saya!!
Silaa.. silaa.. klik sini jika anda berminat: WISEL~

SELAMAT MEMBULATKAN MATA DAN PERAH OTAK~ (^_~)





Related Posts with Thumbnails