Tengok... tengok... tengok cepat! Semalam tengok movie ini~
So, mahu share jugak!
So, mahu share jugak!
SILA TENUNG WAJAH PEREMPUAN CANTIK ITU LAMA-LAMA, SEBAB MUNGKIN DIRI DIA ADA DALAM DIRI ANDA...! EEKEKEE.... (SEKADAR BERGURAU)
Agak kurang asam merujuk kepada tajuk entry. Tetapi aku nak kupas "kulit dan isi" cerita ini sampai bogel okey! Psycho memang tak yah nak cakap lah! Sakit dada, sakit mata, sakit hati tiap kali babak dia menggila. Eh, The Roommate nak bunuh manusia dalam panggung ke?
Namun, aku tetap puas sebab movie ini ada mesej tersendiri melibatkan persekitaran dalam dunia berkawan.
Dari segi pemilihan talent, watak antagonist memang sesuai. Muka aktor sangat baik hati dan macam sopan! Macam la erk..! So, hati-hati. (^_^)
INI WATAK WANITA YANG CANTIK TAPI DALAMAN TAK BERAPA NAK BETUL!hehehee...
Rebecca (Meester)
Protagonist? Memang cun gila! Hahahaa... Syok ar cuci mata bagi penggemar "wanita cantik". Hero pula, mata agak sepet! Rasa cam nak tolong kebek kasi celik sket! Hahahhaa..
Inilah si hero... !
INI WATAK WANITA YANG CANTIK TAPI DALAMAN TAK BERAPA NAK BETUL!hehehee...
Rebecca (Meester)
Protagonist? Memang cun gila! Hahahaa... Syok ar cuci mata bagi penggemar "wanita cantik". Hero pula, mata agak sepet! Rasa cam nak tolong kebek kasi celik sket! Hahahhaa..
Inilah si hero... !
BF SARA...! ENSEM OKEY!
Okey, aku share trailer filem ini dengan korang. Kalau tak puas hati sila berlari ke sinema yang berdekatan untuk mengkaji secara meluruh filem ini. Huhhuu...
Sara Matthews (Kelly) merupakan salah seorang mahasiswa dalam bidang fesyen di Universiti Los Angeles. Mempunyai seorang teman sebilik bernama Rebecca (Meester) yang terlalu obses untuk menjadi "teman baik", yang mana Rebbecca lansung tak suka jika ada manusia lain mengganggu dunianya bersama Sara.
Jika dilihat dari segi rupa dan tutur katanya, memang jelas kelihatan kasih sayangnya dalam persahabatan, namun di sebalik pertolongan yang dihulurkan terselit seribu niat negatif yang langsung tidak disedari oleh Sara.
Rebecca seolah-olah ingin menguasai Sara dan menjadikan wanita itu miliknya dan salah satu babak yang jelas adalah sewaktu Sara memperkenalkan dengan seorang rakan kolej lain. Close up pada wajah Rebecca jelas menonjolkan emosi dalaman yang penuh dengan perasaan cemburu dan benci. Ini memang bahaya! Berkawan dengan manusia lain pun salah ke? Dasyat...!
INILAH SI CANTIK BAGI PENCUCI MATA....!
Ada juga unsur positif si Rebecca apabila melindungi Sara daripada bergaul dengan manusia yang terlalu ghairah dengan "permainan dunia". (hiburan terlampau) Tapi bagi aku, cara dia mengugut manusia lain dan menghalang Sara itu salah. Sampai sanggup bunuh oarang disekeliling Sara dan berpura-pura baik. Yelah, depan lain, belakang pula tak yah nak cakap. Selalu tokok tambah cerita buruk-buruk pasal sekeliling Sarah. Ayaaaa... kalau ada orang camni, memang aku lipat dua pastu kenyet buh dalam budu ar!
Babak lain yang menggerakkan plot cerita adalah apabila dia sanggup ukir tatu di dadanya, EMILY, sama seperti yang tatu dimiliki oleh Sara.
Segala minat Sara, Rebecca cuba terokai dan apa yang tidak dijangka dia sanggup membunuh kucing, Cuddles, yang dijaga Sara hanya disebabkan mahu tinggal bersama. Babak ini memang kejam sebab Rebecca bunuh kucing cumel dalam mesin basuh! Isyhh... sangat kejam ok!
Pastu kononnya nak jadi penyelamat Sara dengan menggoda pensyarah gatal sehingga dibuang! Owh, babak ini menarik. Bagi lelaki yang gatal memang wajib dihukum seperti itu tetapi kalau aku tak sanggup nak jadi penggoda! Hahhaa..
PENSYARAH GATAL (tak ingat nama)
Umm.. rasanya sudah cukup. Kalau korang nak kaji lebih detail sila layan movie ni sendiri dengan kusyuk di pawagam sekarang!
Aku sediakan beberapa gambar babak yang kononnya "perempuan baik hati". Err.. jangan tertipu dengan perwatakan manusia. Sies muka pelakon cam baik gila. Cara, lindungan, pertolongan... Owh, ada udang di sebalik PIZZA! ;p
Baiklah... ini macam babak sangat close. Tapi sebenarnya Rebecca nak kenal sapa manusia yang ada di sekeliling Sara...! Dah tau pastu dekat dan bunuh...!
Bersama-sama? Bermanja? Caring? Bukanlah...! Ini sebab nak tunjuk baik dan sayang kawan...
Pastu dalam diam........ takut ah!
Hakikatnya inilah ragam manusia. Kalau kat Malaysia pulak banyak yang main cara kotor. Yelah pakai-pakai ilmu sihir sampai kawan rapat jadi mangsa. Sangat bahaya! So, dalam berkawan kena berhati-hati.
Hello, filem ini buat aku jadi takut nak dekat dengan manusia lain. Tapi bukan orang yang aku sayang. Andai kata aku kena dengan watak ini, aku tawakal jelah! Kitakan ada pegangan agama. Saling percaya dan memahami. Unsur-unsur negatif boleh disingkir apabila tawakal dan tak lupa Allah walau sesaat... =)
Selamat Beramal sahabat....!