Thursday, May 26, 2011

PerUbAhan DuNia!

Masa untuk kuruskan jari. Masa untuk buka minda. Kasi ruang otak dan jari bergabung untuk menghasilkan cebisan coretan rasa GEMBIRA!

Satu cabaran untuk gerakan saraf anggota badan bagi melangkah ke alam baru. 25 tahun. Cukup matang untuk aku menggabungkan benih cinta yang telah setahun aku semai. Dua jiwa satu hati.

Mata semakin menyukai baju bunga-bunga. Mata semakin menyukai main masak-masak. Mata semakin menyukai melihat gambar bayi. Mata semakin ghairah menjamu barang perabot rumah. Namun, mata semakin gelisah menumpukan huruf-huruf yang terukir indah di sekeping kad di"make up" cantik dan dipakaikan perfume. Umm.. wangi! Hey, ini kad kahwin laa..!


OKEY, DALAM KAD NI BUKAN GAMBAR AKU LAGI ERK..?


Inilah perubahan dunia yang semakin menghampiri dalam kamus hidup aku sebagai seorang wanita. Perubahan umur. Perubahan minta. Perubahan 100%.

Aku tunggu saat itu. Hope semua akan berjalan lancar. Ikut hati, abaikan sahaja adat orang-orang tua, namun saat ini aku juga akan meredah dunia TUA. Dunia penuh dengan cabaran dan ujian Allah.

Hello Perak. Hello Kelantan. Anda akan bergabung menjadi satu. Aku sendiri yang akak cantumkan tanpa rasa segan silu. Even kita bermusuh dalam diam, tapi rohani yang bakal dicantum akan melahirkan sejuta ukhuwah dan sejuta harapan. =)

APRIL - KAU BANYAK MENYAKITKAN AKU!
MEI - KAU SEMAKIN MENGGALAKKAN AKU LAKAR SEBUAH PELANGI.
JUN - KAU ADALAH HARAPAN AKU UNTUK MENGIKAT "BUNGA CINTA"...!



INI SEKADAR IKLAN SEBAB TERLALU GHAIRAH NENGOK CINCIN NI...HEHE

Tuesday, May 24, 2011

Wat KeK kALo naK kAwen!

Okey, kali ini aku nak share sal buat kek la pulak. Mood nak jadi wife n nak kawen la konon! Tak salah mencuba even tangan cam laki. Semua orang mampu masak tak kira lelaki atau perempuan. Tambahan pula dunia sekarang dah semakin maju yer, mana taknya lensa mata asyik menunjukkan lelaki di dapur dan perempuan di tempat keje! Memang tak semua tapi majoritilah!

SONOKNYER UNCLE YAA...!

Actually ini adalah kek buatan aku for the first time! Demi buah tangan yang sangap nak makan kek. Sanggup aku terjah umah mama orked (beloved sis) semata-mata nak wat kek ni. So, sedap ke, tak sedap ke, orang yang berada di sekeliling aku wajib makan! Hahahha...

Apa yang best kek ni tak payah bakar. SO, agak senang la erk. Meh kita wat kek sama-sama untuk manusia tersayang!




INILAH OREO CHEESE CASE TUK BUAH TANGAN!


Bahan2 :
base -

Oreo 2 peket
mentega buttercup yang diacairkan 3/4 cawan

mixture cheesecake-
1 peket philadelphia cheese.(pakai jenis lain akak tak jamin kemenjadiannya.hehe)
1 cawan gula castor
1 cawan coco emulco
(pakai milo je,lagi sedap kot.)
2 sudu besar gelatin.
(pakai serbuk agar2 je senang nak dapat)cairkan dengan 3/4 cawan air panas
2 cawan susu whip cream
(pukul sampai naik kembang.blender kan pon bley jadi)

Cara-cara:

1) Base cheesecake - gaulkan oreo powder dengan mentega sehingga sebati. Pastu masukkan ke dalam loyang springfoam bulat yang boleh dibuka dari tepi diletakkan kertas alas kek sebelum masukkan mixture tadi. Mama orked cakap guna bekas biasa pom boleh. 2)Masukkan mixture tadi ke dalam fridge sementara anda siapkan cheesecake mixture pulak.

Okey, sementara tu kita pukul whipcream sampai kembang. Asingkan dulu.

3) Lenyek philadelphia cheese, gula, serbuk coco emulco, air gelatin tadi (bagi kentalkan cheesecake. If cheesecake terlebih keras, itu maknanya anda terletak gelatin berlebihan) Last, masukkan whip cream yg kembang tadi.kacau rata.
3) Tuang cheesecake mixture atas base yang di dalam fridge tadi. Simpan kek ke dalam fridge selama sekurang-kurangnya 3 jam.

Hiasan:

Hias dengan buah-buahan ke atas kek ataupun whip cream ikut selera anda la erk. Letak ikan pun boleh la kot. hahhaa... Nah, sekarang dah siap!!! =)



INI MUKA LEPAS BUAT KEK MENJADI. SANGAT SONOK... =)

SPECIAL THANKS TO: MAMA ORKED (sudi ngajar) n UNCLE + MIRA (sudi makan sampai licin) I lebiu...!!

Monday, May 16, 2011

ManUsiA HiduNG panJang!


Musibah apa yang melanda bumi sekarang. Dilimpahi manusia yang punya hidung panjang seperti Pinocchio
walau di depan mata hakikatnya hidung penyet. Dari golongan atasan yang terlalu menjaga adab sopan sehinggalah manusia golongan bawahan yang suka menjerit dan bersorak tanpa segan silu.

Ah, manusia suka "menoreh" hati masing-masing, tapi aku mampu aku diam. Manusia mampu gelak ketawa konon simbol bahagia, tapi hatiku tetap pantas membaca resah gelisah kau yang merana.. Manusia punya hobi menyindir, tapi otakku pakar menggunakan tambah dan tolak sesuatu yang negatif. Manusia bangga melontar suara sekuat hati, tapi telingaku masih gigih berusaha menjadi tuli. Itu tandanya masih bersabar. =)


Namun tahap kesabaran itu ada tahap limit wahai manusia. Wajah boleh menipu, tapi manusia seperti aku punya kemahiran yang bisa membaca onak ranjau dan duri landak yang kau tanam dalam diri...


Cemburu?

Berlakon pegang watak protagonis?

Meluat?




Kalaulah manusia yang menipu itu akan panjang hidungnya, setiap hari aku tahu kau seorang PENIPU!

Hey...! Aku lagi meluat melihat emosi palsu yang kau cuba tayangkan. Ubahlah. Semailah sikap positif. Sama-sama baiki kelemahan diri masing-masing. Sama-sama kita semaikan ukhuwah yang indah dalam kehidupan kita...

Aku amat sayang pada manusia yang tidak pernah membelitkan lidah. Manusia yang tidak pernah menyimpan dendam sesama manusia...!



Tuesday, May 3, 2011

MaXi SkiRt bAnjiR kat MaLAysia...!!

Fesyen. Sesuatu yang aku cuba kejar dalam hidup aku sekarang. Bukan ingin melampaui batas, tetapi cukuplah sekadar menghiasi diri bagi kelihatan "ranum" dan "manis". Namun, berfesyen biarlah betul dari segi agama kita sebagai umat islam. Longgar dan tutup aurat. Itu sahaja.



Ayu gitu..!!!

Yeaahh... sekarang fesyen "maxi skirt" tengah banjir kat bumi Malaysia. Cantik dan sopan bagi yang berhijab. Namun berhijab juga biarlah ikhlas dari hati, bukan sekadar mengikut peredaran zaman. Rujuk sahaja fesyen hijab yang membanjiri anak muda zaman sekarang. Pelik tetapi unik. Ah, aku juga turut melangkah ke dunia fesyen yang kelihatan lebih sopan daripada pakaian aku dulu. (jeans ketat + baju singkat) Owh, ini agak tidak sesuai, bukan... ? So, aku sendiri tergerak hati rasa nak ubah imej dengan mencuba sesuatu yang lebih sopan dan trendy! (^_^)



Contoh maxi skirt canteq!

Kemudian, ada juga maxi skirt yang warnanya lebih striking. Maxi Skirt ini boleh ditempah ikut ukuran saiz kita. Menarik bukan..? Kalau kita pakai takde ar terlebih labuh or longgar. Boleh digayakan dengan "belt" kreativiti sendiri. Besar dan kecil. So, u all apa lagi. Sila cuba. Seperti gaya wanita-wanita di bawah ini....



Gaya Maxi Skirt dipakai...



Ada pula jenis skirt yang lebih sopan. Yups, "Peplum Maxi Skirt" mungkin lebih sesuai bagi yang berhijab. Sebab skirt ini akan tutup benda yang tak patut nak tonjol. Hehehehe... Tak caye tengok picture di bawah. Sangat sesuai + sopan. Nak lagi cantik, kenakan pula dengan "high heels" bagi yang kaki pendek maca saya...! So, tiru macam saya ya...!



"Peplum maxi skirt"


Malahan, seluar juga timbul pelbagai jenis fesyen. Ada yang kaki seluar besar, siap ribon haa..!! Contohnya "fat ribbon taperes pants" or "thin ribbon tapered pants". Unik dan sopan ok. Aku berani mencuba if aku rasa sesuai. Even tak cantik cam orang lain pakai. Puaskan diri sendiri. Kadang belek satu-satu depan cermin dan jalan depan cermin. Yelah, nak tengok kelakar ke tak kalau aku pakai gaya itu dan ini! Hehheee...



Inilah "fat ribbon tapered pants" & "thin ribbon tapered pants"~


Selain itu juga, U all pun boleh cuba gaya fesyen yang lebih ayu dengan pakai "maxi dress". Err.. yang ni sangat ayu tapi aku malas nak pakai sangat sebab leceh. Naik motor mesti failed! So, aku lebih suka yang lebih mudah cam seluar tu. Namun selera masing-masing ya...!


Selamat Mencuba si Gadis...!



Related Posts with Thumbnails