Monday, July 18, 2011

Berani Atau Bodoh Sangat?


Ini adalah situasi yang tidak mungkin pernah anda lihat.

Seorang penyokong Manchester United terlalu kemaruk mencuba nasib apabila muncul dengan memakai jersi kelab kesayangannya semasa sesi latihan Liverpool di Malaysia.

Ini tidak mengambil masa yang lama sebelum penyokong kelab gergasi Merseyside tersebut melihat jersi yang menyakitkan mata mereka dan penyokong itu diasak hebat untuk menanggalkannya sebelum dibawa pergi meninggalkan stadium.

Anda tidak perlu mencari atau melayari internet untuk mencari fakta bola sepak kisah persengketaan antara United dan Liverpool.

Liverpool merupakan pasukan yang mendominasi bola sepak Inggeris dan Eropah sepanjang tahun 1970-an dan 1980-an sebelum Sir Alex Ferguson dan variasi pasukan United yang dipimpinnya mengubah landskap bola sepak.

Emosi sentiasa berada pada tahap tertinggi apabila penyokong dua kelab terbesar di England ini bertemu. Pada penghujung musim lepas, penyokong United dengan beraninya pergi ke Anfield dan menaikkan pemidang '19 times' selepas kelab mereka mengatasi Liverpool dan 18 kejuaraan liga mereka.

Penyokong Liverpool pernah mengejek pesaing dengan kejayaan mereka, mempersembahkan kain pemidang pada tahun 1990-an dengan memberitahu penyokong United untuk 'come back when you've won 18'.

Siapa yang akan tahu bagaimana kitaran bola sepak dalam tahun yang akan datang? Apa yang pasti persengketaan antara Liverpool dan Manchester United akan berterusan.



Nasib tak salah pakai baju. So, tak ada main-main tarik baju neehh..!

Friday, July 8, 2011

Buku PoM BoleH bOmoH!?


"Dia" sayang tetapi tidak pandai kongsi sayangnya. "Dia" kasih tetapi tidak tahu nak berkasih. "Dia" hendak menghargai tetapi tidak reti tonjol. So, kita kena bomoh "dia" supaya hapuskan segala sikap negatif itu? Atau cari sumber cam buku untuk bomoh orang itu dan ini? Oh, payah dan mengarut!



Hello, aku bukan nak ajar kalian tentang bomohkan orang. Cuma nak share satu buku yang isi kandungannya agak bagus bagi seseorang yang masih belum mengenali sikap dan hati seorang perempuan dan lelaki. Cukup lengkap. Terkandung cara bagaimana untuk memahami dua insan.



Buku ini tidak ar mahal sangat. Penuh dengan cara untuk melembutkan hati kedua-dua pihak. Perlu mengupas secara halus dan tanam dalam hati. Aku tak mahu kupas isinya satu-satu. Rugi. Oleh itu, selamat mencari, membeli dan mempelajari ya!

Monday, July 4, 2011

stRaw + berry buKan blAck + beRry!


Nampak ranum tak "cik Straw" ni? Kita suka dia even dia tak suka kita. Yelah, bila kita simpan dia kat perut kita masa kat sana, dia manis jer. Apabila kita dah bawa balik kampung kita yang panas ni, terus dia berubah "perangai" jadi masam! kenapa "cik Straw"? Tak suka kita ke?



Ini haaa..! Kita tak suka kamu la "cik Black"! Kita benci sebab kamu hitam. Gemuk. Tapi nape ramai sangat manusia lain suka kamu? Maybe kamu pandai jaga hati manusia lain ya..! Hitam pun tak apalah daripada putih yang cepat kotor! Umm.. macam mana pun kita hanya mampu gondol "cik Straw" jer. Kamu masih jauh. So, kita letak kamu di dalam mimpi dulu.

Okey. Kita nak share sal kasih sayang kita kat "cik Straw" masa kat Cameron bukan sal "cik Black". Sonok p sana dengan buah tangan dan family dia. Kita selit kasih sayang dengan "cik Straw" + coklat. Uhh... patut ar Siti Nurhaliza suka "cik Straw" plus coklat. Kita pun sama loorr...! Tak makan nasi pun tak apa if dapat "cik Straw".



Tengoklah! Sedap kan. Kita harap dapat makan dia lagi. Even jauh, kita sanggup redah ke sana 1 day. Untuk kutip cinta hati di sana. Bukan ini jer yang kita suka, kita juga suka ketam celup tepung di sana! Murah sangat.

Kalau dah kawen ag syok kot p sana. Yelah hirup udara segar dengan buah hati. Mestilah bahagia. Ada mak teman sama. Ada anak buah segera yang nakal! Hoohoho...

Senakal mana pun, apa yang buat hati kita terusik, apabila dia muntah dalam kereta sebab pening. Jalan nak p sana pusing-pusing la. Kita pun kalah jugak. Pening dan terus diam. Sampai jer terus cari "cik Straw" yang merah! Sedap!



Gambar ini diambil oleh kita masa si budak notty muntah. Menggigil dia. Kita terpaksa tukar tempat dengan mak sebab tak tahan tengok dan bau muntah. Kita tak boleh tengok muntah. Kita "pengenyir". Macam mana ar kalau ada anak nanti. Mesti si suami kena buat semua..! Tak gitu? Syok owh...hehhehe



Dia buat muka lagi! Ini dia budaj nakal haaa... degil! Camne degil pun, kita sayang dia. Sebab dia jer pernah buat kita menangis sebab gigit kita. Sweet!

Masa ni kita baru sampai. Teruja tengok sayur dan buah. Owh, itu kegemaran la! Kalau kita ada tanah yang sesuai untuk biakkan "cik Straw", kita pun mahu tanam dia. Punya buah-buah yang merah menyala. Kita seronok dan suka tengok mak buah tangan hepy.




Ini hobi. Suka muncung cam Angry birds even sedang makan. Siapa hebat, meh lawan muncung! Kita laga ke. Mesti ar kita menang sebab kita muncung yang punya taring. Hahahhaa..




Kemudian inilah makhluk paling seksi! Makhluk yang manja dan pandai menghargai kita. Kita bersyukur punya "abang" yang caring dan bertanggung jawab jaga adik cam kita. Hahahaa...

Tengok la dia posing! Gambar ini ada mesej okey. Jika anda punya akal yang panjang dan bijak pandai mesti tahu apa nilai disebalik memoir itu.




Ooppss... inilah mak kesayangan kita! Kita suka main sorok-sorok. Dia memahami even kita selalu buli anaknya. Alaaa.. dah anak dia notty! So, kita kena ar buli sehabis baik!

Kita selalu gaduh. Tapi "mak buah tangan" ni tak pernah marah kita, malah memahami dan akan pujuk kita. Kenapa "mak buah tangan" sangat baik hati? Kita sayang kamu mak buah tangan...! Kita akan selalu jaga dan ada di sisi apabila "mak bua tangan" susah hati. Lebiu!



Cerita sudah tamat. So, kita sertakan gambar paling seksi untuk kalian semua. Kasi leleh tengok kita "eeeuumm" "cik Straw" yang enak berbanding "cik Black" Bye!


Related Posts with Thumbnails