Friday, October 28, 2011

BerUbAh jaDi RaJa~


Ini cerita dongeng hamba sebagai manusia biasa yang mahu menjadi raja! Kaki dah lama melangkah mencari "putera katak".  I come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.N then... Yeaah... I got! =)

I just can't wait till u're mine to stay...! Opppssss... mahu jadi raja!! Raja sehari jer, bukan selama-lamanya! Namun hamba mahu jadi puteri buat  buah tangan hingga ke akhir hayat!


Hati aku tersenyum riang. Tangan terbuka luas dan terus tadah tuk melafazkan kata syukur. Wahai teman di luar sana. jemput datang ke majlis hamba... =)

JEMPUTAN SILA KLIK SINI!



Hamba share sesuatu yang bermakna buat kalian: 




Doakan hamba ya.....!!! (n____n)v


Monday, October 24, 2011

WajiB MeLukiS !


Mari melukis..! Melukis bukan di atas kertas tapi di wajah anda! Kasi muka meriah sket. Lelaki selalunya tak suka perempuan make up tebal-tebal.. Ini serius! Kita kupas lagi pasal "lukisan kat muka" neh!

 -

-

-



Masam owh... muka kita! Ni palsu jer kot~ Tapi kita suka sebab kawan baik kita yang buat! Dia marah sebab mulut kita "pot-pet" masa men lukisan ni.. Hahha.. Tapi make up ni tak tebal sebab kita tak pakai concealer dan blusher pom! Bile die kata nak sapu blusher terus kita jerit: "Tak moooo...!!" 

????

Sebab kita tahu, if taruk blusher kat muka kita, mesti cam janda~ (T___T) Tak sesuai ngan kita kot! Orang len pakai cun jer! =p Kawan kita ni pun pakai okey jer! Hoho




Ini muka asli kita... Sebab best friend bukan selalu di sisi. Bile try wat sendiri pulak jadi cam burung hantu terus! So, pakai bedak cukup! =p

Diorang kalo awek sendiri, seboleh-bolehnya tak mahu perempuan conteng muka! Biar asli katanya! Konon la erk! Tapi kebanyakan suka cuci mata tengok awek cun yang lalu depan mata, nak bukti sahih lagi tengok diorang puji artis-artis yang meletup hot! 

So, kadang perempuan kena belajar "lukis muka" even lelaki cakap: " I suka tengok muka you yg asli"~ Jaga-jaga ya, itu hanya ayat diorang la! If "lukisan tebal sangat tak canteq juga. Mesti nampak kelakar, so, kena pandai juga men "lukis-lukis" ni!

Pastu, jangan loorr over sangat... sampai nak kuar pergi pasar malam pun "lukis-lukis", memang kelakar ar! Tengok tempat dan situasi. Tapi, bagi perempuan yang sudah bergelar isteri, mereka wajib! Untuk suami, dapat pahala~ Hehehee..


Cepat, belajar berhias untuk suami!



Ini "abang angkat" kita juga tak suka kita "lukis-lukis" kat muka! Tapi bile dah siap make up, mata dia cam kedip-kedip juga tengok kita! Eleeehhhh...~ Nampak sangat loorr kaum lelaki niii....~




Inilah juru make up kita!!! Orangnya pun chanteq gitu~ hohoo...




Lagiii...!! Dengan lebih dekat!!Hehhee..


Kite sediakan  fb dia: So, sila klik disni!


Sape yang blajar di UPM tu, boleh serbu cari dia kat situ! Promote sket~ Ahahahhaa... 

Byeee...!



Friday, October 21, 2011

CiNTa PeTai...!


Petai... oOooo.. Petai... !!

Kisah CINTA PETAI!

Ini bukan sinopsis drama TV. Mesti korang tertanya-tanya mengenai tajuk dia atas kan? Cinta kat manusia bernama petai ke? Mungkin juga sal cinta manusia yang suka dapat hadiah petai! Owh, macam-macam hal boleh jadi isu zaman sekarang!

Awal-awal nak gitau, aku tak suka makan petai sebab bila masuk toilet, habis satu dunia tahu aku makan petai! Isyhhh...~

Apa yang jelas petai sedap dan bagus untuk kesihatan. Bagus untuk mata dan jantung, lancarkan pencernaan dan macam2. Kalau nak info lebey, google sendiri kebaikan makan petai.

Namun kebanyakan kita tak suke sangat nak kunyah petai sebab kesan baunya sangat dasyat! Agaknya kalau jumpa hantu, if kita makan petai pastu nganga luas-luas dan jerit, mesti hantu terus pitam...! Dah tu... busuk sangat!

Itu cerita petai. Tapi kali ni aku nak share sal perumpamaan CINTA PETAI. Jom, celik dan fokus!

Hye, di sini "CINTA PETAI" nak bercerita! Cinta pun sama ngan petai gak. Memang ar syok bile dapat share kasih sayang, ada si penjaga, ada tempat meluah, ada orang say: "Morning cinta" pastu "nite syg", tak kira memalui phone or tweet + Facebook, ada orang sambut besday dan segala bagai. Tetapi keburukan berlebihan berkasih sayang dan ke hulu hilir pun memang terbaiklah! Kena fikir... mana boleh pandang remeh adeq ooiii...!

Kehulu-hilir berdua kadangkala bergaduh tanpa mengira orang ramai. Eh, ada jer yang tak kena! Tak cakap orang ok. Ini cerita Aku. Namun andai dibelek-belek kamus hidup... aku tersedar. Cinta ini dah cam petai. Indah-indah pun ada bau busuk jugak...! Bau DOSA. Patut ar selalu gaduh dan hati kurang senang. Rupa-rupanya aku yang pilih jalan "CINTA PETAI.

Kadang terfikir, baik aku makan petai lah yer, ada juga khasiat! Bercinta ada khasiat tak? Rasanya makin hilang khasiat, ada lah! Iyalaaahh.. pegang tangan pun kira "bau dosa". Nyesal aku tak ikat awal-awal. Andai aku berfikiran jauh sebelum ini, pasti aku pilih jalan CINTA KASTURI! Kasturi kan wangi~ Owh, kasturi comel dan wangi! TAK MAU CINTA PETAI!

Seandainya ke hulu ke hilir dengan yang sudah tentu jadi suami, Alhamdulillah ar yer! Namun sahabat-sahabatku, Allah boleh tarik kasih sayang yang hadir sekelip mata seandainya DIA mahu. Ini terbit setelah mataku terpaku di facebook seketika dengan status: "BERDUA DENGANMU YANG SUDAH HALAL BAGIKU, PASTI LEBIH BAIK." ♥




Sungguh bertuah kepada manusia yang sudah lama tersedar daripada tidur. Aku juga yang baru sentap sebab bunyi kokokan ayam jantan simbol kepada: "Hey, manusia! bangun dan sedarlah! Aku cepat-cepat celik. Hari-hari kaku tenung ayat itu. Aku akui ada benarnya dan banyak isi tersirat menerusi ayat tersebut.

Sama-samalah kita renung dan pilih sendiri jalan sama ada makan petai atau "cinta petai" lebih bagus untuk diri kita!

Senyuuumm...! =)





Wednesday, October 12, 2011

PereMpuaN~

BENCI..! Yes, benci. 2 bulan perempuan itu rasa perasaan tak stabil. Tak tahu nape. Kadang tengok muka manusia di sekeliling pun dia nyampah.

Perempuan tepuk dada, tanya hati. "Wahai hati, apa yg mengganggu pintu hati kau sehingga kau berubah dan menggoncang isi hati lantas menggerakkan bibir melafazkan benci pada TUNANG kau sendiri..!??"

Otak terus berlari-lari fikir punca. Tiada. Apa yang jelas, samar-samar perempuan nampak saraf otak berbelit-belit. Ada macam-macam warna! Perempuan tahu, suatu masa saraf yang kelihatan itu akan putus akibat berbelit sesama sendiri. Mata tengok, mulut bebel sorang2. Waras ke perempuan? Masih mencari jawapan..

CERITA PEREMPUAN BERUBAH...!

Jumaat - Perempuan tahu ada sesuatu mengganggu nalurinya. Tapi perempuan tak tahu macam mana nak lepas. Perempuan diam.

Sabtu - Perempuan cuba selindung lagi kecamuk hati.

Ahad - Perempuan diam. Hati kecil perempuan menjerit-jerit mengatakan akan berlaku sesuatu. Perempuan juga sedih apabila sesuatu yang dibuat seolah-olah tidak dihargai. Namun perempuan yakin, mampu simpan dan kunci dalam hati perasaan itu. Namun, perempuan ada cerita....

Petang: Perempuan menangis. Perempuan mengadu.
Malam: Perempuan masih keluar asap di telinga. Pejam mata dalam emosi tidak stabil. Last, nanges lagi! Dihempap makhluk yang jahat! Nauzubillah. Namun si ibu Lelaki memujuk dan mengajak berada di sisi tika tidur perempuan. Perempuan tarik bantal dan perempuan cuba lelapkan mata. Ah, masih ada sesuatu mengganggu perempuan...! Mulut terus terkumat-kamit melafazkan ayat suci Al-Quran. So, perempuan dapat rehatkan minda.

Isnin - Hati perempuan sayu. Masih ada "kutu" yang gigit darah hati. Sehingga kudis timbul di hati perempuan. Naah... akibatnya perempuan terus melantunkan suara. Kaki dan tangan perempuan juga turut menghayun mengikut rentak suara. Sakit?

Si ibu lelaki menangis. Dipeluknya perempuan. Dicium sehingga melembutkan hati perempuan. Perempuan tahu, itu cinta Allah yang disalurkan melalui si ibu..! Sayu..!

Selasa - Allah kirimkan manusia yang mampu sembuhkan duka. Yang mampu suntikkan kolegen emosi! Yeaay..! Alhamdulillah, perempuan sihat! Perempuan mampu senyum lebar-lebar. Malah otak perempuan kosong. Tiada lagi penyakit hati. Perempuan rasa seolah-olah jadi manusia lain. Yaaa... syukur!

Cerita perempuan tamat..! (hanya manusia yang benar-benar fokus akan memahami cerita "si perempuan"). Begitu juga dalam mengenali hati perempuan, hanya manusia yang benar-benar ikhlas dan jujur akan memahami isi hati si perempuan..!

So, apa lagi lelaki, jom kenali perempuan yang anda sukai..!





PEREMPUAN DAN LELAKI...!





Monday, October 3, 2011

KuRus!

Mahu kurus! Yes, itu tujuan utama. So, kena golekkan jari untuk kasi peluh! Buang lemak mak aku kata!

Kurus lebih baik daripada GEMUK. Nanti risikonya bernyakit. Gemuk dari segi mana ya...? Bukan fizikal, tapi Gemuk DOSA! Semenjak dua, tida hari fikiran lebih waras berbanding pergaulan dulu.

Namun ada satu sisi, aku masih belajar kuruskan fikiran daripada berfikiran negatif. Otak suka gemukkan hati. Sehingga hati aku selalu bertugas melahirkan sesuatu perasaan yang buatkan aku rimas dan lemas. Mungkin juga jadi MELUAt. Tapi aku elak. Diam atau elak satu pilihan. Aku pilih elak! =)

Masalahnya bukan otak sahaja. Puncanya berkait rapat dengan penglihatan atau mungkin pendengaran. Aku mungkin pernah 'tergolek' melalui kehidupan yang langsung tak ada faedah. Lepak, cerita itu dan ini sehingga melahirkan satu emosi "benci"! Dengan kata lain mengumpat!

Owh, tidak berniat untuk membenci, tapi tolong jangan buat aku sampai tahap itu. Aku bangun dan tanam bunga-bunga cinta untuk berkasih-sayang sesama manusia. Mungkin boleh melihat dari sudut kebaikan, dari sudut yang buat kita tenang.

Aku masih menggaru hati dan perasaan untuk mencipta emosi positif dan tersenyum setiap hari bak matahari!


Eh, tak mahu matahari, tapi mahu bunga matahari. Matahari panas walaupun tersenyum, so mahu seperti si bunga matahari yang kembang selaku simbol SENYUM!

Macam inilah...!





Lakaran:

Related Posts with Thumbnails