Thursday, November 24, 2011

ANaK BuAh-bUaHaN

B.U.D.A.K... agak kasar bunyinya. Tapi ini memang lakaran tentang budak... budak cute! Aku tak pernah bayangkan akan dapat anak cepat! Bukan anak kandung, anak buah! Tapi ini anugerah. Yes, sangat excited apabila Allah pinjamkan dia untuk aku walau seketika. Pasrah sahaja, bumi hanya sebuah tempat untuk kita mengutip seribu kemanisan dan kentalkan hati dengan ujian seperti hujan batu...! 


Waktu kecil, aku sendiri lalui zaman hebat "bermanja" dengan aunty and uncle. Seronok! Tapi tak begitu bermanja sebab mak cik aku garang. Bermula dari situ, aku tanam dalam diri, 1 DAY if punya ANAK BUAH-BUAHAN, aku mahu layan sebaik mungkin! Seperti adeq-adeq sendiri. 


Ini dia...! Si kecil yang mampu buat hatiku berlari-lari kejar pelangi... =) 

-
-
-




Comel jer senyum..! 


Seandainya punya "anugerah" daripada Allah, aku juga impikan anak perempuan! Doa moga si kecil juga sehebat "anak buah-buahan" ini..! Comel + bijork~ 


Ramai. Bukan sorang aku ada. Sejak ikat hubungan dengan "Buah Tangan", aku terus ada "anak buah-buahan" 7 orang. Macam-macam perangai ada. Okey, ini salah-satu cara untuk uji kesabaran kita sebagai "warga tua". Bukan apa, sejak melalui kehidupan sebagai seorang "aunty", emosi selalu dan selalu main tarik-tarik benang! 


Nak tunjuk emosi hepy ngan "anak buah-buahan" ini. Ini sewaktu join kenduri kendara kawan! Sanggup dia amik gambar aku ke hulu-hilir. Sian AINA FARIESYA..! Sayang dia sangat!


INI BLOG AINA: KLIK SINI



Sayaaaanngg...! Sape kata tak sayang! eyaaww...~ (n__n)

Kadangkala "anak buah-buahan" juga buat aku menangis! Pernah! Ini sebab si hero. Bukan heroin yang manja-manja. Hey, menangis tau! Dah dia gigit ketiak aku! Fuuhh.. sabar! Itu namanya bermanja cara lelaki. Tapi redha. Itu pun kira ujian. Kesakitan itulah KASIH SAYANG yang abadi.   Aku kan dah tua, kena ngalah! 


Ahh... kata nak tua (MATANG). So aku belajar slow-slow cara nak mengalah! Itu mesti.... Nanti habis segala emosi keluar if tak sabar. Sekarang dah pandai bermanja dengan anak buah.. Sweet owh, sebab "anak buah-buahan" juga sweet cam epal! =)



Camne pun, aunty sayang kamu Aina! Sampai hujung nyawa!

Sebab sayang disayang, aku ada pesanan dari hati ke hati buat si comel.

Walau sehebat mana kau berdiri, ingatlah kau masih bergelar seorang perempuan. Usah GARINGKAN usiamu dengan hal duniawi. KIKIS sehabis mampu  ilmu positif di dunia agar selari dengan ilmu di akhirat agar dikau tidak terlangkah dan terjatuh ke RAMUAN yang mampu rosakkan RASA CINTA keluargamu...! I lebiu sayang...! :)





Naaahhh... skang share korang "anak buah-buahan" yang notty! Itu yang sengih sampai ke telinga tu haa...! Dia yang selalu buat aku nangis~

- Gigit ketiak

- Ludah
- Rebut "cekedis" aku! 




Kek atuk dan Aina punya, tapi dia yang lebih! Heh..! 


Tapiiii..... dia juga hiburan! If lama tak jumpa sangap pulak nak dibuli oleh dia! Hahhaa..  Ini KASIH SAYANG pelbagai rasa cam buah-buahan juga. Ada manis dan masam. Itulah "anak buah-buahan" kesayangan! Okey, bye! 










Friday, November 18, 2011

BiRu iTu -L.E.B.A.M-


Hate Blue n Blues!

Orang kata manusia yang minat biru ROMANTIK! I cukup benci colour neh. Tapi dapat "buah tangan" minat biru juga! So, TERPAKSA suka. Tak adalah suka sangat tapi buat-buat suka. Kesian pun ada.

Ini cerita biru. Biru sebab LEBAM. Lebam setelah ditimpa hadiah-hadiah hari lahir! Yuhuu..! Now, tengah joget neh! Tomorrow is my birthday. My 25th birthday. Masih MUDA okey. I'm a big birthday person. I selalu guna ayat ni bile tiba bulan NOVEMBER:

"Aunty tak nak apa2 daripada Uncle, cukuplah dapat tengok U ada depan mata I bila hari lahir saya. Mean ada di sisi, bukan jauh!"

KONON! fttt... (=__=)

Janji manis jer! Selalunya tangan ni laju-laju tunjuk itu dan ini time pergi window shopping. Sampai TERTUNJUK menda bawah yg cute nii...

_
_
_
_



The Pooh Bag! I got from OFFLINE BLOGSHOP 

Bukan I mahu, tapi dah suh amik, I nak lah! It's great! I leh masukkan segala mende yang I suka termasuk MANUSIA yang I suka. Dah jadi cam poket doraemon pun ya! 


Niat nk window shopping, tapi tiba-tiba mata terpaku! Masa ni, apa yang "buah tangan" cakap chanteq or tak... memang I tetap mahu bawa mende yang I nampak tu pulang bersama-sama dan esok terus pakai! Itulah pangai buruk I! Hahhaha

Hmmm... bila ada orang halang, nanti I sebutlah: "Sedeylah... bulan ni da ar bulan sayaa..." (nada nak majuk) So, disebabkan bibir tanam tebu ni, I dapat sesuatu daripada "buah tangan" dari atas kepala hingga ke hujung kaki! I baik sebab I jenis tak minta hadiah. (back up diri) Ekekkee..

Tapi November adalah bulan I punyer! So, seandainya mata saya terpaku melihat sesuatu yang ada di depan saya, itu milik saya!

Apa lagi! setiap kali masuk kedai, saya akan buat muka suka! If tak dapat juga, I akan TANAM TEBU TEPI BIBIR lagi. Naaahh... dapat ini pula!
_
__
______
___________




Love it...! I got from  Cotton On

Blue colour! Tak suka colour neh. Tapi cam dah terjatuh chenta la pulak. So, pasni korang pun dijemput sama tanam tebu banyak-banyak erk. Biar tebu tu manis cam gula!

Hadiah last I dapat sehelai baju. Still Blue! Hati pun dah biru sebab lebam dipukul perasaan sayang terhadap manusia "pemberi"~ Terima kasih kerana sudi bertahan ngan pangai buruk I, ya..! 



Blue colour again...! I got from FOREVER 21

See! 
Semua biru! Beg tu jer la brown. Betul la I cakap, Biru itu Lebam sebab orang yang nak bayar pun dah lebam-lebam kena pow! Ada satu ag tak dapat nak share iaitu shawl. Biru polkadot! Puas hati adeq dapat tarik pakaian biru-biru dan sungguh pandai abang yang dah hati biru bayarkan! (puji daun keladi)..

Bye...!


Tuesday, November 15, 2011

SejuTa cHanTeQ!

Chanteq itu indah, jadi rebutan sejuta manusia. Tapi chanteq itu juga mengundang bahaya. Chanteq juga terselit seribu kategori dan makna...

Chanteq wajah. 
Chanteq gaya.
Chanteq pertuturan.
Chanteq akal dan hati...!

Mestilah paling last aku kejar. Chanteq wajah ni bukan kekal pun. Sekali pandang masa muda, bersepah manusia chanteq. Tapi nak cari yang chanteq hati dan akal susah.

Termasuk bersahabat dan berchenta! Aku tidak mencari kecantikan rupa bila bersahabat. Aku juga tidak mencari kehenseman lelaki apabila berchenta. Tapi cukup dengan ketenangan yang ada dalam diri manusia yang mampu buat aku tenang apabila berdepan.

Ketika di "PLANET CHENTA", puas aku lalui zaman muda dengan "test sayang" situ dan sini. Hey, ramai kot manusia yang canteq untuk dibuat kawan dan ramai kot lelaki hensem yang pautkan mata aku sehingga turun ke leher...! LEHER jer... Bukan HATI...!

Hati damba ketenangan. Yaaa... ketenangan yang mungkin elakkan aku daripada susahkan dan terus bergantung kepada family. Sebab apabila seseorang yang ada di sisi mampu menghilangkan duka dan hadirkan sejuta rasa chenta meniti titian jalan kehidupan, dialah pengganti family kita!
Mungkin pengganti yang akan selalu ingatkan dan nasihatkan kita...! Itulah sebenar-benarnya manusia yang patut aku ikat dan simpul agar terus mekar mewangi, sekali gus bisa membuahkan rasa chenta dan sayang dalam silaturrahim...


Setenang wajah seorang ATUK  jaga cucu yang notty neh .. Macam dalam gambar di atas ni..!!

-
-
-
-
Bye...!  

P/s: Sesiapa yang menjaga hubungan sesama manusia, silaturrahim yang terbina... Allah akan murahkan rezeki mereka berlipat kali ganda... =)



Tuesday, November 8, 2011

MaSa itu iBaRat nyAwA~


Filem yang membuatkan kita sayang dan hargai masa! SAYANG MASA CAM SAYANG NYAWA! Satu konsep yang begitu sinonim dengan "masa itu emas", peribahasa yang memberi petunjuk kepada manusia agar tidak membuang masa dengan sia-sia dalam menjalani kehidupan seharian.



POSTER NII...!

Andrew Niccol, pengarah In Time melakarkan sebuah cerita menarik yang dilakonkan Justin Timberlake dan Amanda Seyfried yang memfokuskan manusia hanya dapat menikmati hidup sehingga berumur 25 tahun, sesuai dengan watak pelakon yang diketengahkan masih muda! Okey, sangat suka tengok mata heroin, mata bundar! 

Kiranya, jika manusia mahu hidup after 25, diorang kena berusaha sendiri, sehingga sanggup merompak dan menindas hanya semata-mata mendapatkan masa lebih! Mesej yang disampaikan Niccol sangat tepat! Yelah, dapat masa banyak2 pun tak guna kalau tak pandai hargai masa. Enjoy jer lebey. Lama-lama masa habis tanpa faedah! Ingat pula lirik lagu nasyid: "walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang, apa gunanya....bla..bla..bla.... (perumpamaan) So, yang mana masih leka, kautlah seribu keinsafan ya! =) Pesanan kebetulan... Hahha







TENGOK MATA DIA...! CHANTEQ!


In Time cuba cungkil hidup manusia yang suka buang masa dengan "kehendak"! Bukan "keperluan" yang sepatutnya. Kejar kemewahan sehingga "orang miskin masa" ditindas dan mungkin akan mati dengan begitu mudah! Nampaklah kehidupan manusia yang pentingkan diri sendiri semata-mata nak hidup lama. Realiti kat dunia pun sama. Manusia sanggup tindas golongan bawahan, janji dapat nama! 

Menerusi filem ini, ada tahap klimaks, kira syok ar. Sebab si Hero, Will Salas (Justin Timberlake) dapat masa tambahan tiba-tiba sebab dia tolong seseorang. So, dia dapat hidup lebih lama la eh! Ni dalam dunia realiti, masa tu duit! Namun, dia pun dah gelap mata dengan masa yang banyak. Beli kereta mahal dan sewa hotel mahal-mahal. Buang masa gitu jer. Masa babak ni, buat aku geram! Tapi kejap jer... last-last korang kena tengok sendiri! 

Ah, kalau aku lah kan, tak apa miskin duit, janji sedar diri. Tak payah nak mewah sangat sampai sanggup tindas manusia lain untuk nampak lebih maju berbanding manusia lain! Cukuplah bersyukur dengan apa yang ada..... Usaha sendiri. Biar lambat, janji kais pagi petang guna kaki tangan sendiri. Hehhe..

So, nak rasa MASA ITU EMAS, Selamat Menontonlah ya! Kutip mesej banyak-banyak..! =)


p/S: KALO AKU, NAK BERTAHAN UMUR 25 TAHUN JER, SEBAB MASA TAHAP NI RASA MATANG DAN KENAL DUNIA ~ TAPI TAK LOGIK LA... HAHHA




Wednesday, November 2, 2011

Related Posts with Thumbnails