Wednesday, May 16, 2012

- CUKUP -

Da CUKUP 4 bulan! da  CUKUP 26 tahun juga umur si ABI! yups, CUKUP tua! Hari2 perut kena gosok, konon belai baby la eaaa..? Hari-hari dapat tengok seorang manusia yang bercakap sorang-sorang depan perut! Sian... hahhaaa..


Tiada yang lebih bahagia dalam meniti landasan kehidupan sebagai seorang isteri apabila kaki mula menerjah ke dunia baru. Dunia peringkat yang CUKUP tanggungjawab. Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki anak awal even aku masih berlari-lari kerja hal duniawi... Nak itu dan nak ini! Itu masih dan masih..tidak pernah pudar~

Masih banyak yang aku "buta", binaan masjid semakin lengkap dengan "hadiah" daripada Allah kali ni. Harta duit mungkin tak pernah
CUKUP, tapi harta anak adalah sesuatu yang luar biasa, sesuatu yang buat aku rasa CUKUP hidup di dunia bagi aku seorang perempuan. Itu kegembiraan, itu juga tanggungjawab! Malah paling syok, dapat melihat si dia berubah lebih bagus daripada aku jangkakan! 


IKLAN SAT..! MUKA BABY COMEL..!






Err, tapi jika ditolak tambah saat lahirkan baby, mau tak ketar lutut aku! Redha~ (-__-)

Andai dunia berchenta asyik "tergigit" sana-sini, siapa sangka dunia rumah tangga 4 kali berbeza nikmat kebahagiaan mengalir! Serius! Majuk mungkin! Tapi berkelahi sampai tak nak bertegur-sapa, terpekik2 dan menangis-nangis sudah semakin jauh terbang hilangkan diri! Sebab DIA maha mengetahui percaturan hidup dunia pinjaman ini.. DIA mampu bolak-balik hati seorang manusia! Seronok! =')



CUKUP sudah tuk seorang lelaki bersabar dengan seorang perempuan yang degil..! Yaaaa, lelaki patut dari awal kumpul duit ikat si gadis! Andai ada niat di hati, insyaAllah Allah mudahkan kalian bertemu "si kunci" kepada mangga pintu hati kalian! Yakinlah... =')

Okey, rumah tangga bukan takat hiasan perabot jer perlu, tapi hiasan kasih sayang suami-isteri juga perlu! So, aku share sedikit banyak ilmu untuk ilmu di dada... Selamat mencuci mata dan hati! 
CUKUP takat ini ya! hehe 


Petua Untuk Sayangkan Isteri Secara Berterusan

1.Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri sama ada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2.Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3.Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4.Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

5.Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.



BYE!

Tuesday, March 27, 2012

MuncUnG iTu MarAh!

Dunia dah berubah, badan pun dah berubah. Sejak berbadan dua, balik daripada cari rezeki, BARING dan berchenta sambil mulut mengomel-ngomel. Kadang main "CAKAR-CAKAR AYAM". Dah sakit, tarik MUNCUNG. Padahal aku yang mulakan, sonok BULI. Bukan kasar, tapi ini jalan yang buat aku dan kau BAHAGIA! :')



Yuhuu...! Sekeping gambar bersama baby! Lallaaa.. :)



Dia: "Tahu tak nape abg tak pernah marah adeq..?"
Aku: "Tak tahu......"
Dia: "Abg boleh tak marah adeq even adeq salah."
Aku: "Nape camtu..?" Soal aku dengan perasaan ingin tahu membuak-buak. 
Dia: "Sebab bile abg nak marah, abg akan flash back camne abg nak kat adeq first date dulu." 


Okey, aku tak tipu yang aku terharu dan aku tahu kau akan terus jadi idola dalam kisah CHENTA, kamus hidup aku. Thanks sebab masih mampu tebalkan hati tuk berdepan dengan karenah aku yang DEGIL...! :')


Dunia berchenta memang seronok tetapi tak seindah berdepan dunia berumah tangga. Nak majuk tarik muncung. Nak baju pun tarik muncung! BEST! hahha..

Yes, kadang ada tergigit lidah. Selalu bukan sebab dia dan aku, tetapi orang KETIGA. Maksud orang ketiga bukanlah KEKASIH GELAP, tapi orang yang akan muncul sebagai PEROSAK. Fuuhh, dasyat istilah aku..! 


Namun sejujurnya, manusia KETIGA ini adalah ujian dari Allah untuk aku terus gagahkan TIANG MASJID yang dibina. Tuk korang-korang yang bakal dirikan MASJID, jangan pernah jauh dengan Allah. Jangan cari Allah ble susah, tapi cuba berlaku adil tuk terus berubah dan ikhlas mendekati Allah. Dunia ini sekadar latihan tuk manusia mencari jambatan di akhirat kelak! Ini untuk aku juga! K, bye. :)

Wednesday, March 7, 2012

BajU sEnDat sebab Burger SeNdaT!


S.E.N.D.A.T melampau disebabkan makan melampau! Tunding jari kepada seseorang yang suka belikan aku makanan. Boleh cam gitu..? 



MACAM NI KE..?? ERRRR... 

Uwaaa.. pas kawen, body da timbul-timbul. Paling timbul tang perut! Ini ada alasan bila suami nak control makan, baby yang mahu... bukan aku! nak mintak baju, kasut pun dia layan! Masa untuk buli! Yeaaahh..!


NANGKA...!NAGKA...!!NAK NANGKA BESAR DAN MANIS..! Jerit budak dari dalam..!




Yuhuu... First menu yang perut aku nak hentam adalah Nangka! Dapat  si nangka ni kat Rawang! Pastu esoknya pulak mulut berair-air nak makan KETAM! Terpaksa cari.........


Tak kira lah ketam penyet, singgang, kari dan sebagainya... janji KETAM! So, En Mod-mod bawa ke restoran mee ketam di Shah Alam. Okey, rasa dia kira cun lah! Sebab aku kaki ketam! Cuma agak kecik hati sebab x de size XXL camne yang aku idamkan... Tapi aku bahan je, janji leh rase isi ketam! Wuwuwuww.. Yang mana nak rasa juga, boleh serbu restoran tu ya..! Bukan ketam je, udang galah pun ade bai! Tengok menu kat sini eh!  meeketam.blogspot.com


MEE KETAM



INI UDANG DIA HAAAA..! 

 SELAMAT MENJAMU SELERA yer saudara/saudari sekalian! Hehehe

Sambungan untuk menu idaman perut aku ni lagi. Seterusnya Anggur Hitam jadi pujaan. Sies, sangat mahu! Anggur Hitam, come to me, please! Kikikiii... 

Taraaaaa.....!!!


HITAM SANGAT EH..? TAPI AKU SUKA! KIKIKII... =P

Anggur da licin kejap je. Mula nak idam mende yang aku tak suka lak. Actually aku memang tak suka roti kaya! tapi, tiba-tiba otak terfikir nak makan roti kaya tin.! KAYA T.I.N ok, tak nak yang dalam bekas plastik tu! Malam tu jugak en Mod-mod dapatkan tuk aku! hahaha... Ini kira pengalaman paling best jadi ibu sebab selalu dapat ape yang terlontar di bibir aku neh! 



Ini dia kaya tin tuuu...!!! =p


INI BANYAK,  AKU DAPAT SATU JAAA...

Ranggosh la aku roti kaya tengah malam-malam buta sambil minum milo! Baru boleh tidur! =)

Camne baju aku tak sendat? Jelas sangat makanan-makanan yang aku mahu jadikan baju aku semakin "mengecil"! HUh! (baju juga yg salah)

Nanti nak tunjuk menu paling best yang aku dah mintak semalam! BURGER BAKAR. Nak tengok menu, tengok page die kat FB ya! Klik sini --- >BuRGER BAKAR



INI SALAH SATU MENU.. MACAM-MACAM ag ada! 

Weehhh, sies gempak! Penuh mulut aku sumbat burger ni. Dapat free sosej dua kat tepi tuu... Hehehe.. Daging lembu die, fuuhh...! Teramat ar LAZAT! sape tak rasa rugi. Tapi cam biasa ar, menda yang enak susah nak dapat. En Mod-mod tunggu beratur sampai 2 jam. Arghh... lambat tak pe, janji sedap n puas hati! Yuhuuu...!! 

Haa... ini ar faktor utama baju-baju aku semakin mengecil! hahahhaa... BURGER BAKAR yang sangat sendat ngan daging lembu yang diorang buat sendiri.. Daqging ayam pun da macam ZINGER BURGER KFC. Seketul ayam die haaa.. ! Menu len, u all p tengok sendiri eh! Banyak sangat wat aku ghairah! hahhaaaa

Sesiapa nak rasa tu, leh serbu kedai baru dia kat Ampang! Yang aku p ni, kat Wangsa Maju Seksyen 2! Selamat "MERANGGOSH" ya kawan2...! 


Bye! 



Related Posts with Thumbnails