Wednesday, May 16, 2012

- CUKUP -

Da CUKUP 4 bulan! da  CUKUP 26 tahun juga umur si ABI! yups, CUKUP tua! Hari2 perut kena gosok, konon belai baby la eaaa..? Hari-hari dapat tengok seorang manusia yang bercakap sorang-sorang depan perut! Sian... hahhaaa..


Tiada yang lebih bahagia dalam meniti landasan kehidupan sebagai seorang isteri apabila kaki mula menerjah ke dunia baru. Dunia peringkat yang CUKUP tanggungjawab. Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki anak awal even aku masih berlari-lari kerja hal duniawi... Nak itu dan nak ini! Itu masih dan masih..tidak pernah pudar~

Masih banyak yang aku "buta", binaan masjid semakin lengkap dengan "hadiah" daripada Allah kali ni. Harta duit mungkin tak pernah
CUKUP, tapi harta anak adalah sesuatu yang luar biasa, sesuatu yang buat aku rasa CUKUP hidup di dunia bagi aku seorang perempuan. Itu kegembiraan, itu juga tanggungjawab! Malah paling syok, dapat melihat si dia berubah lebih bagus daripada aku jangkakan! 


IKLAN SAT..! MUKA BABY COMEL..!






Err, tapi jika ditolak tambah saat lahirkan baby, mau tak ketar lutut aku! Redha~ (-__-)

Andai dunia berchenta asyik "tergigit" sana-sini, siapa sangka dunia rumah tangga 4 kali berbeza nikmat kebahagiaan mengalir! Serius! Majuk mungkin! Tapi berkelahi sampai tak nak bertegur-sapa, terpekik2 dan menangis-nangis sudah semakin jauh terbang hilangkan diri! Sebab DIA maha mengetahui percaturan hidup dunia pinjaman ini.. DIA mampu bolak-balik hati seorang manusia! Seronok! =')



CUKUP sudah tuk seorang lelaki bersabar dengan seorang perempuan yang degil..! Yaaaa, lelaki patut dari awal kumpul duit ikat si gadis! Andai ada niat di hati, insyaAllah Allah mudahkan kalian bertemu "si kunci" kepada mangga pintu hati kalian! Yakinlah... =')

Okey, rumah tangga bukan takat hiasan perabot jer perlu, tapi hiasan kasih sayang suami-isteri juga perlu! So, aku share sedikit banyak ilmu untuk ilmu di dada... Selamat mencuci mata dan hati! 
CUKUP takat ini ya! hehe 


Petua Untuk Sayangkan Isteri Secara Berterusan

1.Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri sama ada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2.Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3.Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4.Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

5.Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.



BYE!
Related Posts with Thumbnails