Thursday, January 13, 2011

UmuR dAh LanjuT....!!

Telinga ini kurang lanjut, so aku masih muda!! (^_^)


OMG..!!umur aku makin lanjut~ Lanjut dan lanjut lagi...!! Selanjut cuping telinga yang dicucuk subang emas berat~


So, aku kena cepat-cepat berubah jadi matang. Berubah jadi WANITA! Hahahahaa... wanitalah sangat~ (@_@)

Aku terkedu menconteng memori di sehelai kertas ajaib...
Kertas yang tidak punya mulut, mata dan telinga untuk membongkar keinginan aku selama ini...

Kertas yang hanya setia membiarkan aku melakar di wajahnya tentang mimpi yang bakal aku lalui pada masa akan datang...


Bagi aku... (Suatu ketika dahulu)

Nilai wang cukuplah sekadar untuk makan dan minum serta wang untuk family...
Cukuplah duit itu untuk memuaskan nafsu keinginan aku jika melihat baju, kasut dan beg baru...

Namun kini, wang itu harus menjadi suatu jalan yang cukup bermakna untuk aku bina keluarga...

Bina tanggungjawab mungkin...

Bina sebuah 'istana cinta' umpama lagu Saloma~
Bina destinasi aku suatu hari nanti...!!

Ya, aku juga punya impian untuk membina keluarga...
Punya impian untuk rasa tanggungjawab...

Punya impian untuk menjadi 'aunty' kepada anak-anak kecil...


Sungguh enak mimpi seorang manusia itu walaupun sekadar mainan tidur~

JohNny DepP TiPu aKu!!


Opppss.., bf saya beraksi dalam filem "The Tourist"! Sungguh tak ku sangka, aku juga ditipu dengan lakonan Johnny Depp. Sampai hati... wuuwuuwwwwuuu... (T_T)




Filem ini bergerak menerusi lakonan Johnny Depp sebagai watak pelancong Amerika yang menghabiskan masa dengan Elise Clifton Ward (Angelina Jolie), seorang wanita luar biasa.



Dengan latar belakang Paris dan Venice yang indah, timbul emosi romantik dalam diri audien walaupun jalan cerita yang pada asalnya disampaikan menerusi Genre: Thriller~


Hakikatnya, filem ini cukup mantap dengan sinematografi pemandangan Venice, dan suite hotel yang secara tidak langsung menarik minat aundien untuk turut berada dalam suasana romantik yang disuntik oleh pengarah itu. (hey, aku mau honeymoon sane bole..??)



Pada awal jalan cerita, saya tak jangka kekasih Elise, Alexander Pearce yang telah mencuri berbilion-bilion wang daripada gangster adalah Johny Depp. Memang aku tertipu. (Susunan jalan cerita yang agak bagus)

Jolie menerima nota rahsia. Dia mengambil kereta dari Paris ke Venice, memilih seorang
pelancong yang ada di dalam train dan mengaburi pengejarnya agar polis menganggap bahawa pelancong asing ini ialah Pearce...



Watak polis yang selalu memandang manusia dari segi luaran, menghina dan memandang rendah terhadap manusia yang pada asalnya sangat bijak. Realitinya pelancong asing itu adalah musuh yang sememangnya dicari oleh beliau...

Babak ini disampaikan dengan mesej yang berguna kepada audien dari segi dialog polis tersebut dan ini merupakan sindiran yang tajam terhadap 'makhluk polis' yang suka mengherdik manusia yang tidak berpangkat. Hohohooo... (i x suka polis~)



Peerrghh.. ensemnya buah tangan dan cantiknya wanita itu!! Dua watak yang serasi yang cuba disampaikan Florian Henckel von Donnersmarck, pengarah The Tourist.

Sewaktu babak ini, aku masih terpinga-pinga mencari penjenayah sebenar dalam filem ini... Last-last, satu penutup yang hebat!! Aku juga mahu buat pembedahan muka ar kalau begitu!! (pengaruh negatif filem~) Hahahahhaa...




Wednesday, January 12, 2011

'BuRung HaNtu' jadi pujaan TerKiNi~

Bunga klasik~

Wowoo... sekarang saya tengah gila kumpul Owl Necklace! Mungkin ini minat baru saya, tapi necklace ini dah jadi pujaan sejak buah tangan hadiahkan pendant berbentuk bunga klasik. Menjadi kesayangan saya sampai dah rosak sebab tersangkut di meja ofis. Sedih. Tapi saya ada pengganti yang baru~


Nightmare~

Ini juga salah satu pendant berbentuk unik juga. Tapi sekali lagi saya kecewa, sebab kaki pendant ini hilang masa balik raya haji kat Perak 2010. Owh, sangat sedih lagi... (T_T)

Disebabkan selalu rosak, saya cari pendant baru yang berbentuk owl. Yes, yang ini lebih tahan lama dan sangat unik . Sayang Owl Necklace ini seperti sayang orang yang memberi. Hehehehhee...


Owl~ [Full]

Haaa... Picture atas inilah yang saya pakai sekarang. Sangat tahan lasak sebab masih tergantung di leher saya sehingga sekarang. Bermula daripada koleksi yang ini, saya terus suka owl necklace~

Bukan sekadar pendant, tetapi sekarang saya suka dengan simbol 'burung hantu' ini. Yelah, burung ini termasuk golongan burung buas. Saya pula manusia buas! Heheheee.. Malah, burung hantu juga simbol kepada 'sesuatu yang aktif di tengah malam. Bukan negatif, tapi saya ambil dari segi positif ar. Pagi saya kerja, malam saya aktif shopping + window shopping. Tiap-tiap hari, ok!!

Seperti yang diketahui umum, jika di barat 'burung hantu' ini dianggap sebagai simbol kebijaksanaan. Namun berbeza dengan beberapa tempat di Indonesia yang menganggap 'burung hantu' sebagai simbol kepada petanda maut...


Owl~ [Head]

Owl Necklace yang seterusnya hanya punya kepala... Owl Pendant yang unik sebab hanya punya kepala. Hope yang ini juga tahan lama. Actually, semua rantai cumel ini berkualiti juga, tapi disebabkan 'Si Pemakai' sangat ganas, tak peliklah kalau asyik hadapi masalah yang sama!!
Hahahahaaa.... ;p

KOLEKSI MIMPI-MIMPI SAYA... (MASIH BELUM MENJADI HAK SECARA SAH)



Owl Necklace~ [idaman]


Owl Necklace~ [idaman]

Even saya hanya bermimpi untuk dapatkan dua owl necklace di atas, namun saya tetap mahu kejar mimpi itu! Saya tetap mahu bela dua 'Owl Necklace' yang masih di kedai itu... hahahahhaa..

Sekian~



Tuesday, January 11, 2011

HaRgai Si Perempuan dEnGan MemBeri...!!

Haaa... sekali ag gedik ngan skutie saya!!

Perempuan kalau sudah dapat apa yang dia nak, memang wajah terus berseri-seri dan kaki pun terus stabil even beberapa jam berjalan habiskan masa untuk mencari barang baru. Perempuan juga mula rambang mata memilih apabila dah ada pelbagai warna dan jenis shawl baru depan mata. Perampuan mana nih? Perempuan yang dalam pic kat atas dan bawah ni laaa....


Ngan kawan cumel saya... CIK IZAH~

Perempuan juga apabila dah dapat apa yang dia nak, mesti senang hati gila. Tersengih-sengih sampai tidur. Jangan dihalang kehendak 'Si Perempuan' yang mahu itu dan ini. Silap hari bulan boleh buat 'Si Perempuan' menangis tau! So, 'Si Lelaki' kena hati-hati kalau layan karenah perempuan ni... Normal lah. Nafsu membeli perempuan memang dasyat. Kalau boleh daripada atas kepala sampai hujung kaki semua nak baru. Tambahan pula kalau 'Si Perempuan' sudah bekerja. Bukan apa, mata dan badan 'Si Perempuan' cepat bosan pakai barang yang sama. Hahahahaaa...;p


Ngan kawan cute saya... CIK SKUTIE~

Wahai 'Si Lelaki', belajarlah daripada awal untuk menghargai 'Si Perempuan' dengan memberi atau menghadiahkan sesuatu untuk 'Si Perempuan' yang disayangi. Tidak semua 'Si Perempuan' suka cara ini. Namun kebanyakan 'Si Perempuan' memang gembira kalau dapat sesuatu barang yang disukai. Eh... eh... entry i bukan ajar 'Si Lelaki' bazirkan duit untuk 'Si Perempuan' tetapi ajar 'Si Lelaki' cara menghargai 'Si Perempuan' yang disayanginya dalam hidup. Tak kira sama ada awek, wife, tunang, kakak, adik, atau ibu anda sendiri.

0ooowwwh... pose maut lagi CIK IZAH oi~

Kadangkala anda perlu ambil hati perempuan dengan cara memberi... Kalau nak dibandingkan dengan apa yang 'Si Perempuan' berkorban, memang tak boleh nak bayar dengan duit~ Betul lah... I keluarkan statement ini atas pengalaman. Yelah, jadi kakak atau adik pun, tolong buat air untuk abang + basuh kain + lipat kain + bla... bla... bla... (ungkit ke ni?) Bukan ke banyak kerja 'Si Perempuan' yang buat itu dan ini. So, apa salahnya 'Si Lelaki' belajar memberi. Hahahahaa...;p




Thursday, January 6, 2011

DuniA AsaL & DuNia pALsu ManusiA~


Berfikir dan terus memikirkan dengan fikiran terbuka...

Otak berfikir, kenapa manusia itu suka menipu daripada menyatakan kedudukan asal?
Bibir mencebik... tapi minda sekali lagi berfungsi dan aku fikir: Mungkin manusia itu malu apabila berkata jujur dan menceritakan keadaan sebenar...

Tetapi, adakah itu mendatangkan kepuasan wahai manusia? (kesian)
Aku sayang manusia yang tergolong daripada dunia ini... Mungkin dia pernah dikeji dan dihina disebabkan kedudukan asal dia. Namun bagi aku, lebih baik berkata benar dan tonjolkan emosi asal kerana cara ini lebih mendatangkan jawapan positif dan penerimaan orang di sekeliling anda...

Adakala manusia memberi tanpa ikhlas. Ini lagi teruk daripada orang yang kedekut untuk memberi... Hahahahaa.. (Gelak guling-guling)

Sebab...

Jika manusia itu tidak ikhlas, manusia itu akan mencemuh daripada belakang. Elok atau tidak sikap ini?

Jika bersikap sedemikian, lebih baik jadi 'si kedekut' daripada asalnya hati membenci, tapi berpura-pura bersikap baik hati... Isyh.. isyh... Sangat dasyat!!!

Hakikatnya mata saya sentiasa melihat situasi "dunia asal" dan "dunia palsu" ini.

Takut dengan manusia yang pandai berlakon ini...




Tuesday, January 4, 2011

kEjAr aZaM beSar iTu~


Azam tahun baru? Mesti aku juga punya azam tahun baru itu... Azam tahun 2010 aku mungkin akan dikecapi apabila kereta yang aku idam-idamkan ada di depan mata nanti! Namun azam tahun 2011 pula, camne?

Owh... azam ini sangat wajib dan sukar untuk dicapai jika aku silap langkah. Aku perlu kuat dan sentiasa berdoa moga aku tabah untuk dapatkan sesuatu yang tinggi itu! Aku yakin, aku mampu!

Aku tak boleh share dengan sesiapa selagi azam aku tak tercapai dek akal~ kata Elyana...
Bukan aku yang kata. Huhuhuuu..

Namun aku slow2 daki gunung ni. Tinggi mana pun gunung itu, aku pasti aku akan sampai di puncak "angan-angan" itu. Biar ribut dan petir melanda, aku tetap mampu berdiri. Biar banyak mata yang meluat dan banyak mulut yang mengomel, aku tetap melangkah dengan kakiku sendiri!!

Chayok!! chayok!! Kejar matlamat paling besar dan mulia itu~ Kejar azam 2011 itu ok! Lalallalalaa.. (^_~)




SelenDang Makin cUn~


U all pun suka pakai selendang ke?

Sekarang ni macam-macam jenis shawl yang ada di kedai. Sampai aku jadi "buta" sebab terlalu lama membelek shawl yang akan jadi penutup rambut hitamku.

Sangat teruja untuk jadi seorang wanita yang ayu dan cantik seperti gadis-gadis cun di luar sana~ Hehehhehee... (^_~)
Paling syok shawl yang kedut-kedut tuh!!

Bagi aku laaa... hehehee..
Umm... shawl yang ada "besi tergantung" juga aku suka!! Lebih senang dipakai laa.. Sebab "besi tergantung" itu seperti pemberat laa.. Jika dahulu, tudung bawal sangat laku. Namun berbeza sengan peredaran zaman yang semakin canggih ni. Makin lama, makin pelik-pelik shawl yang ada. Kadangkala langsung tak sesuai untuk dipakai~ Huhuhuu..

So, u all kena pandai sesuaikan dengan bentuk muka sendiri k!!






Related Posts with Thumbnails