Wednesday, April 13, 2011

aMbiL KaU...!

Cerita ambil...

ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan...
ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi...

ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketengan...
ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan...

ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah...

ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan...

ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati...
ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti...

ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan...
ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...

Tapi... tapi... jangan ambil duit aku dah!!! Kalau aku kasi tak pe... Kang tak pasal2 aku tembak cam "En Jari" nii...



Nah, ambil kau..!!
Ekekkeekeee....;p




.

Tuesday, April 5, 2011

BeRsiH hAti & hApuS KeDut!

Bersih hati...


Aku resah pabila masa semakin "berjauhan" dengan aku. Terlalu laju berlari membawa diri. Sehingga tinggalkan impak yang aku sememangnya tidak gemar. Tapi itulah petunjuk Allah s.wt. bahawa aku perlu top up ilmu akhirat dan elak simbol negatif yang semakin menjular dalam diri manusia hari ini.

Yeaah... pelbagai isu jenayah semakin berleluasa. Tidak kurang juga dengan sikap manusia yang bongkak rasa ilmu di dada sudah mencukupi. Padahal, setiap hari fikiran selalu negatif. Tambahan pula dengan bibir kecil yang mungil laju melemparkan tomahan kepada insan itu dan ini. Malangnya bagi manusia yang masih punya otak negatif...

Wahai manusia.... sekiranya timbul di sudut hati kecil kamu tentang manusia lain berunsurkan negatif, itulah simbol hati. Hati yang sekian lama beku dan penuh dengan titik hitam. Itulah gunanya ayat-ayat suci Al-Quran.

Mengaji bukan kerana mahu dipandang mulia, tapi membersihkan hati yang sudah hitam. Sungguh kelam hati itu jika nak dibandingkan zaman kita masih bergelar sebagai student kerana hati "dahulu kala" sentiasa dibilas dengan tazkirah kecil yang dipaksa oleh guru...

Malah, semakin "hangus"nya hati apabila berjauhan dengan keluarga yang "murah" dengan bebelan untuk menyedarkan kita apabila terleka...

Susulan pergaulan juga semakin mempengaruhi diri. Seronok berbicara kadangkala mendekatkan aku dengan penyakit "umpatan" serta tidak sedar menjadi fitnah sekiranya tidak benar. Ah, hinanya aku sebagai manusia jika nak dibandingkan dengan rezeki yang mencurah sepanjang hidup ini...

Jelas, aku sangat haus dengan usrah dan malam Qiyamulai...

Namun aku tahu "jalan kebenaran" masih terbentang untuk manusia seperti aku...

Oleh itu, sama-sama kita basuh hati itu dengan beberapa jalan mudah...

Cubalah lapangkan minda dengan zikir. Cubalah bersih hati dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Cubalah merendahkan dirimu yang yang bongkak dengan tangisan penuh penyesalan...=)

Jika hati sudah dibilas, jangan lupa bilas "kedutan" diwajah. Yupss.. tentu saja bacaan ayat al-Quran sudah boleh lahirkan seri di wajah apabila anda ikhlas dan mohon keredhaan daripada Allah s.w.t. Namun, bagaimana pula dengan masalah masa berlari hadiahkan aku beribu kedutan..!!??

Yes, itu tanda untuk anda sedar bahawa anda semakin tua. Namun, Islam juga menggalakkan seorang muslim itu supaya menjaga kesihatan dari sehi rohani dan jasmani...

Baca info menarik: Klik sini.


Ini vitamin aku mahu c0ba....!! Serius hebat...!!

Produk ini untuk Luaran dan Dalaman...

Kelebihan VCO adalah:
* Mengurangkan kadar kolestrol
* Mengembalikan kembali keanjalan & kelembutan kulit
* Mengawal kencing manis
* Tubuh lebih tahan serangan penyakit
* Pertumbuhan rambut & kelemumur akan hilang
* Mengelakkan risiko kanser
* Berdengkur akan berkurangan

Penggunaan sangat mudah:-
Makan 1 biji pada waktu pagi dan sebiji lagi digunting skit pada waktu malam
Sapu ke seluruh muka (kawasan jerawat) cara ini akan mengeringkan jerawat tersebut..
Selebihnya terus di telan...!!



So, bersama-samalah kita cari jamu or vitamin untuk jaga kesihatan. Ini bukan habiskan duit tapi untuk elak kesan jangka masa panjang...!


Sekian...

p/s: artikel ini untuk ketenangan hati diri sendiri & bersih minda Cik Nadia~

Monday, April 4, 2011

ViNtagE LamBang aKu GurL..!!

Jika dulu aku "tomboy", jangan diejek kerana itu satu pengalaman dalam hidupku untuk aku mengenali hati budi seorang manusia bergelar lelaki. Ada yang manis dan ada yang pahit. Nama lagi berjalan dalam di landasan "kehidupan manusia"...




Sehingga aku kenal "manusia" yang boleh lembutkan hatiku + manjakan aku dengan kasih sayangnya... alhamdulillah aku kembali ke asal usul diriku...!!

Namun, aku tak pernah lupa sahabat zaman remaja. Zaman persekolahan yang agak puas disebabkan kegagalan dalam pelajaran pada tahun 2003~

Lelaki yang pernah aku sayang dah hampir tamat zaman bujang. Sesekali perasaan cemburu timbul terhadap masa kerana masa telah membawa kita ke haluan masing-masing. Kau ke kiri, aku ke kanan. Ello...!! Tolong jangan pernah lupa aku even kita akan "bina masjid" masing-masing. Doaku moga kalian akan berjaya di dunia & akhirat... =)

Yups...!! Aku rindu kau wahai Kise, Ery, Juan, n Abe... (^_~)
Zaman kita bersama-sama "terpekik-pekik" + "angguk-angguk" layan music~

Now... Aku pelajari sesuatu daripada insan yang selalu melayan karenah aku. Kadangkala "gediks" dan kadangkala tak normal. Tapi sesungguhnya dia tak pernah jemu. Itu sesuatu yang perlu aku tahu sehingga penghujung dunia~



Yes...!! Ini dunia aku. Tak mahal tapi canteq! Lain daripada yang lain. Yupss... Minat aku bertukar kepada VinTagE DreSs... Bukan mahal pom, bundle jer haa~ If sapa2 yg tau sal vintage, sila roger okey... =)

Tq...

Friday, March 25, 2011

CiNta kePada "MuSuh DaLaM SeliMuT"~

Suatu hari otak aku bekerja, tangan menari dan bibir tersenyum kambing...

Ini kisah cinta lagi. Bukan jenis "cinta sumbang", tapi "cinta sembang"..!!hehehee

Jika bercinta semua benda enak dikongsi. Kalau anggota badan boleh dicabut, nak ajer tukar suka sama suka. (^_^)

Jika bercinta semua benda pahit boleh ditelan. Ubat? Peria? Ke kasi hempedu? Memang sanggup walau tekak nak terkoyak tahan makanan yang tak disukai. Bagi yang jenis tak suka makan sayur pula, sanggup telan janji boleh tengok manusia "kesayangan" tersenyum.

Jika bercinta semua emosi nak show. Marah, manja, sopan, kuat nangis. Siap tambah emosi lagi. Yelah, merajuk nak lama2 bagi menikmati "pujukan masak lemak cili api". Best apa dipujuk oleh kesayangan... Hehehee

Jika bercinta semua duit nak kasi. Waaahhh... ini cukup bagus. CINTA SEMPURNA kot kalau dapat yang ni... Bagi la.. bagi la... baaagiiii....!!! hahahahhaa... ($_$)

Maknanya manusia kena bercintalah ni..? Errkk..??


IKLAN MANUSIA BERCINTA KEJAP...!!!

Dialah Kawan... Dialah kekasih... Dialah "musuh dalam selimut"!!
"Musuh dalam selimut" sebab kamu sentiasa curi hati saya apabila saya dah tarik selimut time nak tidur!! Nak kokak ke beb? hahaha..


Hello..!! Bercinta itu bukan hanya untuk "pasangan bercinta", tetapi cinta itu wujud di antara manusia. Cintakan sahabat itu lebih cool bukan..? Namun "cinta kekasih" pun seronok juga. Tak salah tanam perasaan "cinta" sesama manusia. Malah dapat pahala kalau niat dan jalannya betul.


Yes..!! Aku cinta sahabat-sahabatku seperti mana mereka pernah mencintai aku di dunia yang hanya sekadar tempat berteduh~ Terima kasih sahabat... =)

Oleh itu, bersama-sama kita kejar "cinta sesama manusia".

Ni lagu untuk manusia bergelar kawan yang ingin bercinta dan dicintai...



Ewaahhhh....!!



Wednesday, March 16, 2011

BeLi rUmAh taPi KaWen LambAt~


Fuuhh...!! Aku dapat tahu tentang kerajaan kasi Full Loan untuk beli rumah kat kaum sejenis macam aku ni (duit x berapa nk ada). Ini berikutan pembentangan bajet 2011 oleh YAB Perdana Mentari Malaysia. Aku ada hati juga nak beli rumah. Hati kecil tapi mau "benda besar-besar dan mewah" ajer... Hahahhaaa...



Ni ar rumah idaman... Ntah bile dapat!!!


Namun aku berminat dengan cara berbeza. Beli dan sewakan...!! Menarik...? Menarik tak jalan ni? Tapi bukan mudah-mudah yer tuan puan. Jalan beli rumah cara mudah ini memerlukan syarat yang tak seberapa dan amat berat untuk "bahu tulang" ni memikul... Antaranya:

* Berumur 35 tahun ke bawah
* Gaji bawah 3k
* Harga Rumah hanya: 180 - 220k
* First time beli rumah.. (konon x de komitmen lain)

KLIK SINI UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT: ----> FULL LOAN

Emmm... menarik!! Tapi.. Tapi... Hutang bertambah lah ar beb!! Tak sanggup aku. Seperti biasa, kalau loan 100%, maka bayaran bulanan juga akan bertambah tinggi. Orang lainkumpul duit, aku kumpul hutang lak!! Tan nak aku. Ade sorang blogger tu pun berpendapat cam aku. Baca cerita hutang berlimpah nii.. Sini.. sini... -----> LINK hutang ..~

So, better kumpul duit untuk kahwin dulu ag bagus kot!!


Dalam Islam pun, wanita digalakkan kawin awal. Tambahan pula zaman yang serba PELIK sekarang ni. Canggih la konon..!! Kalau soal jodoh tu, tak kisah lah. Tapi bagi yang sudah mampu, memang jadi kesalahan la errrkk...~

Aku malas nak cerita lebih-lebih soal kahwin ni. Tapi nak share satu link menarik. Sila baca dan celik minda okey. "Share is caring"... orang kata. Aku kata share nih sebab nak suh manusia yang sebaya umur celik dan berfikir. Hehehehe... LINK MENARIK pasal kawen lambat.

Nak share kesan kahwin lambat jugak... Cerita subur dan tak subur lak. Tak ada niat lain okey. Sekadar berkongsi ilmu yang aku baca 2day. Baca sendiri erkk. KLIK SINI. (^_~)

Isu kahwin itu hanya iklan jer. Apa yang aku nak tekankan ni pasal manusia cam aku ni berkemampuan atau tidak. Tambah pula dengan "mata soppink" nih!! Mampu ke berpuasa soppink huh? Nampak shawl canteq, nak. Nampak dress canteq, nak. Nampak hst canggih-canggih, nak. Makan sedap-sedap, nak!!!

Ello.. ello...!! Aku nak beli rumah..? hok aloh... Better aku jadi tokey lagi bagus ar... Slow2 kayuh basikal haa... Lambat tak pe, tapi dapat apa yang aku mahu. =)

Sekian..~


Monday, March 14, 2011

BuMi EmOsi diLaNda BencaNa~


Hujan...? Tsunami..? Gemba bumi..? Taufan....?? Petanda apa ini wahai manusia? Sehingga aku sendiri takut untuk lalui dan berdepan dengan penyakit "bumi" ini...

Namun saat ini aku perlu tabah. Moga Allah S.W.T berikan aku sebahagian kecekalan agar mampu berdiri serta menahan "hujan" dan "taufan" yang bakal merobohkan istana cinta yang telah setahun aku bina...

Mungkin saat ini penghujung dunia dan mungkin juga penghujung hubungan sesama manusia..~

Sakit. Perit. Benci... Gabungan untuk "bumi emosi" bagi manusia lemah bagi aku...
Selalu buta apabila dibelai dengan janji-janji manis...

Manusia yang terlalu banyak "pusing" ialah manusia paling keji untuk lalui keindahan cinta...
Manusia paling daif untuk lalui kegembiraan bersama manusia yang dicintai...

Sekian~

Tuesday, March 1, 2011

MaSa tErus beRlAri.. ade KAki kE??


Jam ade kaki..?? Cam pelik jer bunyi nyer~ (-_-")

Tadehal ar sal jam ada kaki or kaki ada jam... Actually aku nak emosi dengan masa yang "berlari" semakin pantas mengalahkan pelari pecut atlet Negara. Hahahaa...

Disebabkan masa, umur aku juga semakin lanjut. Bila dah lanjut, pemikiran juga makin matang. Ini mungkin. Beloom tentu pemikiran aku juga matang. Apa yang jela, jiwa aku masih muda ok..!!

Apabila "Cik Tua" menghampiri, aku mula memikirkan "soal orang tua-tua". Bukan dari segi pemikiran saja, tapi soal nak ada perabot kesayangan, rumah dan juga KAHWIN!! Lately, memang dasyat. Asyik dapat kad jemputan kawen kawan-kawan terdekat. So, aku juga perlu serius mungkin.

Malah, disebabkan "Cik Tua" juga aku mula ubah imej. Sangat lain dari "zaman purba". Normal ar, apabila umur dah separuh abad. Tapi tak hairan sangat, era "wanita" katakan...hahaha.

Jika aku kaji balik... Nih haaa....








Oiittss..!! Terkezookkss tak tengok aku nih..??

Dushh... dushh...!! Sangat budak erk..?
Kira okey sebab dapat lalui zaman "hingusan"~ Lagipun aku ni jiwa muda n tak sedar diri~ Hahahaaa....

















Masa 24 tahun... muda kot~
Ini lagi satu aksi harian... Tarik muncung panjang-panjang cam mulut itik pastu peace!! Auuww..~
Aku suka buat, biar lah!! Janji hepy... Agpun tak guna mulut manusia lain hohooooo~













Sangat best dapat lalui "masa" or zaman-zaman "notty" sehingga ar zaman "wanita" skang nii... If aku pakai hat, dah ada someone yang tegur. Issyyhh, mula-mula aaku asyik majuk jer ble kena tegur ngan "PAK CIK TUA". Tapi apabila "cinta" dah mula mengalir dalam diri, tak ada sebab aku nak pertikaikan. Lagipun tak salah if slow2 berubah ke arah yang lebih sopan. (walau diri tak de nak sopan sangat)

SO, NOW....!!
-
-
-
-
-
-
-
Jeng jeng jeng...!!

Masa masih kaku tuk mencuba... =)


Dah "masa" jadi minah bunga-bunga... (^_~)
Dia yang beria-ria nak tengok aku tampal bunga di baju niih...heheee


Ini yang aku pilih sendiri... (^_^) Tadehal sebab bukan bunga erk~
Ewaahhh.. ewaahhh... =)

Pemakaian dah lain, tapi jiwa tetap sama ok..!! Jiwa rock + kanak-kanak~ (majoo0ok) Tak kisah looorr... Janji jangan ada dengki dengan manusia lain. (Hanya iklan) hehehee... =)

Kemudian masuk part kenakan seorang manusia itu...!!! Cepat..!! Cepaatt..!! Nak kenakan PAK CIK yang sangat hot + muda~ Satu... Dua... Tiga...!!

-
-
-
-
-
-


Tarraaaa....!!!

Cute nyer Pak Cik ituuu...!!! Ni masa bila haa... masa kau dan aku muda-muda kot~
Owh, plez, u memang kena rambut panjang bro~
Sangaaattt.. tetttt..!!!


Auwww..!! Masa yang perlu dihayati bersama-sama. Lepak, soppink, makan dan BERCINTA!! Tang makan tu memang tak boleh nak lari ar. Mencuba dan terus mencuba. Sangat sonok dapat kau wahai manusia boyot..!! Emm... Skang da nampak cool n inilah rambut kesayangan hamba...
Akan dibelai dan dijaga oleh Cik Nadaya sendiri ok..~
Eyaaauuwwwww...~

Even masa berlari, melompat, dan bergolek camne pun... Aku tetap kejar dan akan ikut kau wahai MASA...!! Itu sahaja yang kau perlu tahu..~

Sekian...!!!


Related Posts with Thumbnails