Thursday, June 23, 2011

eLLo uNfrienDly girLs..! [not masterpiece]




KUASA PEMARAH = PENUMBUK!

"Da girls dat glare when they see u, although they’ve never met u. The bitches dat judge u, but don’t try to get to noe u. i hate girls like dat, they’re annoying n shallow." - Anonymous

If u really knew me, u’d know that i need attention like everyone does. i am very sensitive n i need 2 feel loved, always. i complain too much, i say things i don’t mean to. But my heart will always softens n i forgives easily. i treat everyone like my best friends but they think i’m rude, I’ve attitude problem. Sometimes i just feel like escaping from this world...!

p/s: Entry ni bukan untuk sape2 tapi nk lepas perasaan sat. Sape yg perasan entry "sampah" ni tuju tuk die, maaf. LAlaalaa.... awal2 da mention girl not boy~



Friday, June 17, 2011

AlaT hiLaNgkAn kEdut diAbaiKaN~


SUKA SIMPAN BARANG2 ANTIK

Dunia semakin maju. Pelbagai alat canggih mula menjadikan kita mengabaikan perkara yang sering dilakukan pada zaman kanak-kanak hingusan.

Aku sendiri mula meninggalkan sesuatu yang sering aku lakukan sewaktu zaman dahulu-kala. Apa yang jelas kelihatan adalah GOSOK PAKAIAN iaitu baju dan tudung. Hanya dunia aku. Kalau dulu kat sekolah, baju aku paling lendik. Tajam gila side tepi. Kalau terlanggar orang, boleh berdarah!!

Namun kegiatan "menghilangkan kedut" dah ditolak tepi. Jarang sangat aku mencari alat "menghilangkan kedut" ni.


INI ALAT BUANG KEDUT YANG BIASA DIGUNAKAN AKU DULU. (JENAMA NASIONAL - LEBIH BERAT)

Tambahan pula shawl dah makin canggih. Macam-macam ada. Tak payah nak gosok cam aku pakai tudung bawal dulu. Baju pun sama, paling tidak kalau aku nak pakai bju kurung. Masalahnya, nak tengok aku pakai baju kurung memang payah la. Kerja swasta katakan. Ikut hati pulak nak cepat dan naik motor. Baju kurung? Memang tak ar. Kenduri pun aku pakai dress labuh jer. Namun jika aku capai T-shirt and jeans watpe cari iron lagi..?


IRON STIM


Aku teruskan lagi. Ini bukan kempen jual iron eh...! Cuma nak kongsi sesuatu yang semakin pudar dalam dunia aku. Mungkin anda tidak. Tapi majoriti untuk tahun 2011.

Berbanding abad 90-an, kalau nak pergi camping or tempat jauh sket, aku mesti isi iron dalam beg. Beg berat pun, aku masih sumbat!


Iron IDAMAN..! (yg ni aku nk pakai sebab senang)


Hah, anda mungkin masih menggunakan iron. Namun dalam kamus hidup aku, alat menghilangkan kedut ni sudah tidak begitu penting. Aku sahaja okey! Huhuuu.... =p


Wednesday, June 15, 2011

mALanG juGak aDaTwEet tWeEt dan FacEboOk!


Alang-alang dah tengok gambar di atas, jangan lupa follow aku kat twitter. Hehehe


Ada facebook? Ada Twitter? Ada blog? Kalau ada hope anda guna dengan sebaik yang mungkin dan bukan memilih jalan menggunakan laman sosial untuk menyindir manusia lain. Tolonglah! Malangnya kalian jika bangga dengan aktiviti "tweet-tweet" dan "berfacebook" hanya semata-mata untuk menyakitkan hati manusia lain.

Seandainya anda tahu rakan terdekat ada yang sakit atau bermasalah dengan sesiapa, pandai-pandai lah menjaga hati sesama manusia. Kenapa mencari isu untuk menyindir manusia lain sesuka hati. Jika cara ini yang kalian bawa ketika aktif bersosial, ini secara tidak langsung mendekatkan anda dengan "MUSUH" islam (syaitan) dan putus silaturrahim.

Okay, itu permulaan untuk berkongsi membunuh sikap negatif yang ada dalam diri manusia.

Yes. aku juga menggunakan laman sosial untuk mencari kawan. Bercerita kisah yang ada di sekeliling dengan suka hati. Tapi sebolehnya mahu mengelak daripada berperang "tweet" yang menjijikkan...!!

Hey, tapi janganlah serang aku kalau aku tak kacau orang. Naikkan TL or status yang menyindir orang. Apa salah jika aku berkawan dengan orang yang ada saka?

Nak elak lagi? Nak kata itu bukan untuk aku? If sesama manusia anda berhak menipu atau cari jalan tipu helah lain. Tapi aku doa moga Allah tunjukkan jalan yang lebih adil. Bukan untuk keburukan tapi untuk dia sedar dan tidak melakukan kepada pada orang lain. Tidak mengguriskan hati manusia lain.

Sudahnya Allah nak kasi ujian cara tu (ada saka). Anda bajet dia nak ke saka tu...? Manusia mana yang mahu, tapi banyak manusia "terambil" secara tidak sengaja melalui mimpi. Adakah hina manusia itu jika ujian itu yang ditakdirkan dalam hidupnya?

Mungkin apabila dia takut saka itu mendekatinya dan dia ingat pada Allah. Ini juga cara dekatkan diri pada Allah, bukan?

Tak payah nak kutuk or perli manusia yang ada hantu sangatlah jika anda pun perangai cam hantu. Hamba Allah itu pun sedih dan tak mahu. Kalau dia mahu, takkan lah dia pergi berubat.

Sekarang masuklah waktu untuk bersama-sama jadi iktibar:

Namun, baru-baru ini ada hamba Allah tiba-tiba menjadi batu api. Ah, pada mulanya aku masih butakan mata. Yelah nama lagi "kanak-kanak riang". Abaikan jer. Tambahan pula, aku dah biasa dengan karenah adik-adik.

KISAH PELIK DAN AJAIB~
(TOLONG BACA ENTRY NI SEHABIS KHUSYUK DAN AMBIL YANG BAIK SAHAJA)

Aku blur dengan manusia yang suka memutar belitkan lidah. Pelik. Ajaib. Suka mencuci mata dan mengutuk orang itu dan ini tanpa disedari.

Apa anda puas apabila dapat mengejek manusia itu dan ini?
Apa anda puas menyakitkan hati manusia itu dan ini?
Apa anda bangga dengan anugerah yang Allah kurniakan (bahagia, cantik, sihat) sehingga sanggup mengutuk manusia lain?
Apa anda lansung tidak punya hati untuk menjaga manusia lain walau dia tidak berapa suka dengan cara orang itu dan ini.


ANGRY BIRD SIMBOL AKU MARAH!

Hey, manusia memang boleh bersabar. Manusia "tua" kena belajar mengalah. Tapi jangan pula sampai anda jadi batu api. Sila nyatakan motif anda untuk baling batu api terhadap ukhuwah ikhlas yang terbina.

Hello. Aku redha jika dia pernnah memburukkan aku. Namun dia rendah diri meminta maaf. Aku dan sahabat bukan malaikat yang langsung tak pernah melakukan kesalahan. Semoga anda akan sedar dan lalui tempat sahabat aku lalui sekarang kerana itu jalan mudah untuk manusia yang rasa dirinya perfect!Amiiinn...

Camne pun, aku hasilkan entry kali ini untuk sama-sama kita berubah. Bukan untuk menyakiti sesama manusia lain tapi mahu manusia itu tidak mengulangi kesilapan. Andai manusia itu sedar kesilapannya, aku akan maafkan. NAMUN...!! DENGAN CARA MEMOHON MAAF KEPADA SAHABAT SAYA DAN BUKAN SAYA~

Sekian..!


Monday, June 6, 2011

RaHsiA seBab iKat LoNggAr~

Mahu membuka isu yang dah basi. Isu yang banyak mengguriskan hati teman-teman baik ku. Aku redha sebab punya hak dan alasan. Maaf.

4hb Jun 2011, status aku mula berganjak. Walau tidak setinggi gunung, namun perubahan tetap kelihatan. Seronok melihat senyuman abah dan ma pada hari itu. Bukan main usik aku. Disuruhnya aku main masak-masak. Melayan buah tangan cam husband. Isyhh... leceh jugak! Tapi aku gembira okey bila nengok dia senyum!




Okey, inilah ma dan abah... =)

Namun dalam kekalutan ma dan abah untuk menguruskan majlis yang tak seberapa ni, aku masih diuji Allah b4 buah tangan dan keluarga tiba di rumah. Normal lah, kalau tak selisih faham itu bukannya sayang. Hati kembang kecut. Mimik muka masih stabil. Owh, pandai jugak aku berlakon ya. Umm,keep calm and solve the problem~



No matter how much u hurt me, i still come running back to u..=)


Aku cuba tenangkan diri hadapi semua dengan redha. Sabar. Dalam hati: "Tak mau tengok muka dia." Tengoookk... Nak merajuk lagi even dalam hati dah hepy apabila ma gtau dia dah selamat sampai kat kampung aku. Nak tunggu jugak dia pujuk lagi.

Setelah digubah indah oleh saudari Izah Yunus, aku pun keluar dengan slumber terus ke dapur. Tolong ma hidangkan makanan, tapi still tak mau toleh tengok dia. Punya lah geram dalam hati. Rasa cam nak kokak satu badan dia kasi nangis!


IKLAN~


Dah settle masuk dapur balik. Tiba-tiba dapat mesej kurang enak la pulak. Ada ke cakap muka aku cam Sailormoon kat atas tu. Rasa darah menjalar dengan laju naik ke muka. Terus jer akal aku yang jahat mengarahkan jari menari menghasilkan serangan: "Abis, kamu datang cam penjual ikan" tu...?? Hahahaa...



Okey, ini saya!

Seronok dapat gaduh. Seronok dapat mengata orang tersayang. Tapi kena hati-hati. Make sure pasangan bukan jenis baran. Kalau salah bergurau-senda mungkin leh panaskan keadaan. Alhamdulillah Allah hadirkan someone yang sejuk cam air-cond. Tak ada ar lama sangat nak berperang. Hoho...


Ini suasana hari raya 4 June ya! hahha



Oppss... suasana paling besh! Malu tapi mahu...


Masa sarung cincin saya seronok tapi control cun. Tapi dalam hati rasa nak gelak sambil melompat. Nak nyatakan perasaan yang bergelora dalam diri. Aku tunggu hari-hari yang mendatang dengan penuh sabar.

Aku mahu belajar sesuatu yang lain daripada apa yang dialami sekarang. Mahu menyimpan untuk masa depan. Aku punya matlamat. Punya tanggungjawab tuk adik-adik yang lain. Hope Allah memudahkan jalan yang aku sedang lalui sekarang... =)



Juru make up saya! Dia memang hebat, lorr..!

Lastly, aku nak puji air tangan kawan baik ni. If tak ada dia mungkin agak kalut. Dia yang banyak tolong ma. Tolong hiburkan aku. Tenang punya kawan seperti kau, Izah. Time kasih. Semoga Allah mudahkan urusan dan kemahuan anda juga 1 day. Huhuhu...



Thursday, May 26, 2011

PerUbAhan DuNia!

Masa untuk kuruskan jari. Masa untuk buka minda. Kasi ruang otak dan jari bergabung untuk menghasilkan cebisan coretan rasa GEMBIRA!

Satu cabaran untuk gerakan saraf anggota badan bagi melangkah ke alam baru. 25 tahun. Cukup matang untuk aku menggabungkan benih cinta yang telah setahun aku semai. Dua jiwa satu hati.

Mata semakin menyukai baju bunga-bunga. Mata semakin menyukai main masak-masak. Mata semakin menyukai melihat gambar bayi. Mata semakin ghairah menjamu barang perabot rumah. Namun, mata semakin gelisah menumpukan huruf-huruf yang terukir indah di sekeping kad di"make up" cantik dan dipakaikan perfume. Umm.. wangi! Hey, ini kad kahwin laa..!


OKEY, DALAM KAD NI BUKAN GAMBAR AKU LAGI ERK..?


Inilah perubahan dunia yang semakin menghampiri dalam kamus hidup aku sebagai seorang wanita. Perubahan umur. Perubahan minta. Perubahan 100%.

Aku tunggu saat itu. Hope semua akan berjalan lancar. Ikut hati, abaikan sahaja adat orang-orang tua, namun saat ini aku juga akan meredah dunia TUA. Dunia penuh dengan cabaran dan ujian Allah.

Hello Perak. Hello Kelantan. Anda akan bergabung menjadi satu. Aku sendiri yang akak cantumkan tanpa rasa segan silu. Even kita bermusuh dalam diam, tapi rohani yang bakal dicantum akan melahirkan sejuta ukhuwah dan sejuta harapan. =)

APRIL - KAU BANYAK MENYAKITKAN AKU!
MEI - KAU SEMAKIN MENGGALAKKAN AKU LAKAR SEBUAH PELANGI.
JUN - KAU ADALAH HARAPAN AKU UNTUK MENGIKAT "BUNGA CINTA"...!



INI SEKADAR IKLAN SEBAB TERLALU GHAIRAH NENGOK CINCIN NI...HEHE

Tuesday, May 24, 2011

Wat KeK kALo naK kAwen!

Okey, kali ini aku nak share sal buat kek la pulak. Mood nak jadi wife n nak kawen la konon! Tak salah mencuba even tangan cam laki. Semua orang mampu masak tak kira lelaki atau perempuan. Tambahan pula dunia sekarang dah semakin maju yer, mana taknya lensa mata asyik menunjukkan lelaki di dapur dan perempuan di tempat keje! Memang tak semua tapi majoritilah!

SONOKNYER UNCLE YAA...!

Actually ini adalah kek buatan aku for the first time! Demi buah tangan yang sangap nak makan kek. Sanggup aku terjah umah mama orked (beloved sis) semata-mata nak wat kek ni. So, sedap ke, tak sedap ke, orang yang berada di sekeliling aku wajib makan! Hahahha...

Apa yang best kek ni tak payah bakar. SO, agak senang la erk. Meh kita wat kek sama-sama untuk manusia tersayang!




INILAH OREO CHEESE CASE TUK BUAH TANGAN!


Bahan2 :
base -

Oreo 2 peket
mentega buttercup yang diacairkan 3/4 cawan

mixture cheesecake-
1 peket philadelphia cheese.(pakai jenis lain akak tak jamin kemenjadiannya.hehe)
1 cawan gula castor
1 cawan coco emulco
(pakai milo je,lagi sedap kot.)
2 sudu besar gelatin.
(pakai serbuk agar2 je senang nak dapat)cairkan dengan 3/4 cawan air panas
2 cawan susu whip cream
(pukul sampai naik kembang.blender kan pon bley jadi)

Cara-cara:

1) Base cheesecake - gaulkan oreo powder dengan mentega sehingga sebati. Pastu masukkan ke dalam loyang springfoam bulat yang boleh dibuka dari tepi diletakkan kertas alas kek sebelum masukkan mixture tadi. Mama orked cakap guna bekas biasa pom boleh. 2)Masukkan mixture tadi ke dalam fridge sementara anda siapkan cheesecake mixture pulak.

Okey, sementara tu kita pukul whipcream sampai kembang. Asingkan dulu.

3) Lenyek philadelphia cheese, gula, serbuk coco emulco, air gelatin tadi (bagi kentalkan cheesecake. If cheesecake terlebih keras, itu maknanya anda terletak gelatin berlebihan) Last, masukkan whip cream yg kembang tadi.kacau rata.
3) Tuang cheesecake mixture atas base yang di dalam fridge tadi. Simpan kek ke dalam fridge selama sekurang-kurangnya 3 jam.

Hiasan:

Hias dengan buah-buahan ke atas kek ataupun whip cream ikut selera anda la erk. Letak ikan pun boleh la kot. hahhaa... Nah, sekarang dah siap!!! =)



INI MUKA LEPAS BUAT KEK MENJADI. SANGAT SONOK... =)

SPECIAL THANKS TO: MAMA ORKED (sudi ngajar) n UNCLE + MIRA (sudi makan sampai licin) I lebiu...!!

Monday, May 16, 2011

ManUsiA HiduNG panJang!


Musibah apa yang melanda bumi sekarang. Dilimpahi manusia yang punya hidung panjang seperti Pinocchio
walau di depan mata hakikatnya hidung penyet. Dari golongan atasan yang terlalu menjaga adab sopan sehinggalah manusia golongan bawahan yang suka menjerit dan bersorak tanpa segan silu.

Ah, manusia suka "menoreh" hati masing-masing, tapi aku mampu aku diam. Manusia mampu gelak ketawa konon simbol bahagia, tapi hatiku tetap pantas membaca resah gelisah kau yang merana.. Manusia punya hobi menyindir, tapi otakku pakar menggunakan tambah dan tolak sesuatu yang negatif. Manusia bangga melontar suara sekuat hati, tapi telingaku masih gigih berusaha menjadi tuli. Itu tandanya masih bersabar. =)


Namun tahap kesabaran itu ada tahap limit wahai manusia. Wajah boleh menipu, tapi manusia seperti aku punya kemahiran yang bisa membaca onak ranjau dan duri landak yang kau tanam dalam diri...


Cemburu?

Berlakon pegang watak protagonis?

Meluat?




Kalaulah manusia yang menipu itu akan panjang hidungnya, setiap hari aku tahu kau seorang PENIPU!

Hey...! Aku lagi meluat melihat emosi palsu yang kau cuba tayangkan. Ubahlah. Semailah sikap positif. Sama-sama baiki kelemahan diri masing-masing. Sama-sama kita semaikan ukhuwah yang indah dalam kehidupan kita...

Aku amat sayang pada manusia yang tidak pernah membelitkan lidah. Manusia yang tidak pernah menyimpan dendam sesama manusia...!



Related Posts with Thumbnails