Wednesday, April 27, 2011

ThE r0oMmAte buNuh mAnUsiA daLam PangGung!

Tengok... tengok... tengok cepat! Semalam tengok movie ini~
So, mahu share jugak!



SILA TENUNG WAJAH PEREMPUAN CANTIK ITU LAMA-LAMA, SEBAB MUNGKIN DIRI DIA ADA DALAM DIRI ANDA...! EEKEKEE.... (SEKADAR BERGURAU)


Agak kurang asam merujuk kepada tajuk entry. Tetapi aku nak kupas "kulit dan isi" cerita ini sampai bogel okey! Psycho memang tak yah nak cakap lah! Sakit dada, sakit mata, sakit hati tiap kali babak dia menggila. Eh, The Roommate nak bunuh manusia dalam panggung ke?


Namun, aku tetap puas sebab movie ini ada mesej tersendiri melibatkan persekitaran dalam dunia berkawan.


Dari segi pemilihan talent, watak antagonist memang sesuai. Muka aktor sangat baik hati dan macam sopan! Macam la erk..! So, hati-hati. (^_^)


INI WATAK WANITA YANG CANTIK TAPI DALAMAN TAK BERAPA NAK BETUL!hehehee...



Rebecca (Meester)


Protagonist? Memang cun gila! Hahahaa... Syok ar cuci mata bagi penggemar "wanita cantik". Hero pula, mata agak sepet! Rasa cam nak tolong kebek kasi celik sket! Hahahhaa..


Inilah si hero... !


BF SARA...! ENSEM OKEY!


Okey, aku share trailer filem ini dengan korang. Kalau tak puas hati sila berlari ke sinema yang berdekatan untuk mengkaji secara meluruh filem ini. Huhhuu...






Sara Matthews (Kelly) merupakan salah seorang mahasiswa dalam bidang fesyen di Universiti Los Angeles. Mempunyai seorang teman sebilik bernama Rebecca (Meester) yang terlalu obses untuk menjadi "teman baik", yang mana Rebbecca lansung tak suka jika ada manusia lain mengganggu dunianya bersama Sara.


Jika dilihat dari segi rupa dan tutur katanya, memang jelas kelihatan kasih sayangnya dalam persahabatan, namun di sebalik pertolongan yang dihulurkan terselit seribu niat negatif yang langsung tidak disedari oleh Sara.


Rebecca seolah-olah ingin menguasai Sara dan menjadikan wanita itu miliknya dan salah satu babak yang jelas adalah sewaktu Sara memperkenalkan dengan seorang rakan kolej lain. Close up pada wajah Rebecca jelas menonjolkan emosi dalaman yang penuh dengan perasaan cemburu dan benci. Ini memang bahaya! Berkawan dengan manusia lain pun salah ke? Dasyat...!


INILAH SI CANTIK BAGI PENCUCI MATA....!


Sara Matthews (Kelly)



Ada juga unsur positif si Rebecca apabila melindungi Sara daripada bergaul dengan manusia yang terlalu ghairah dengan "permainan dunia". (hiburan terlampau) Tapi bagi aku, cara dia mengugut manusia lain dan menghalang Sara itu salah. Sampai sanggup bunuh oarang disekeliling Sara dan berpura-pura baik. Yelah, depan lain, belakang pula tak yah nak cakap. Selalu tokok tambah cerita buruk-buruk pasal sekeliling Sarah. Ayaaaa... kalau ada orang camni, memang aku lipat dua pastu kenyet buh dalam budu ar!


Babak lain yang menggerakkan plot cerita adalah apabila dia sanggup ukir tatu di dadanya, EMILY, sama seperti yang tatu dimiliki oleh Sara.


Segala minat Sara, Rebecca cuba terokai dan apa yang tidak dijangka dia sanggup membunuh kucing, Cuddles, yang dijaga Sara hanya disebabkan mahu tinggal bersama. Babak ini memang kejam sebab Rebecca bunuh kucing cumel dalam mesin basuh! Isyhh... sangat kejam ok!


Pastu kononnya nak jadi penyelamat Sara dengan menggoda pensyarah gatal sehingga dibuang! Owh, babak ini menarik. Bagi lelaki yang gatal memang wajib dihukum seperti itu tetapi kalau aku tak sanggup nak jadi penggoda! Hahhaa..


PENSYARAH GATAL (tak ingat nama)


Umm.. rasanya sudah cukup. Kalau korang nak kaji lebih detail sila layan movie ni sendiri dengan kusyuk di pawagam sekarang!


Aku sediakan beberapa gambar babak yang kononnya "perempuan baik hati". Err.. jangan tertipu dengan perwatakan manusia. Sies muka pelakon cam baik gila. Cara, lindungan, pertolongan... Owh, ada udang di sebalik PIZZA! ;p




Baiklah... ini macam babak sangat close. Tapi sebenarnya Rebecca nak kenal sapa manusia yang ada di sekeliling Sara...! Dah tau pastu dekat dan bunuh...!




Bersama-sama? Bermanja? Caring? Bukanlah...! Ini sebab nak tunjuk baik dan sayang kawan...
Pastu dalam diam........ takut ah!


Hakikatnya inilah ragam manusia. Kalau kat Malaysia pulak banyak yang main cara kotor. Yelah pakai-pakai ilmu sihir sampai kawan rapat jadi mangsa. Sangat bahaya! So, dalam berkawan kena berhati-hati.


Hello, filem ini buat aku jadi takut nak dekat dengan manusia lain. Tapi bukan orang yang aku sayang. Andai kata aku kena dengan watak ini, aku tawakal jelah! Kitakan ada pegangan agama. Saling percaya dan memahami. Unsur-unsur negatif boleh disingkir apabila tawakal dan tak lupa Allah walau sesaat... =)

Selamat Beramal sahabat....!



Tuesday, April 26, 2011

IbU ooOoo.. iBu!

Ada dua orang ibu sangat bagus, bukan?


1 ibu kandung...


INILAH IBU KANDUNG YANG MENJADI KAWAN SEJAK KECIL!


1 ibu mertua...!


INILAH MAK YANG SELALU PUJUK AKU..!

Err... muka mereka iras aku! Hahahaa...

Dua-dua ambil berat tentang kita.

Dua-dua boleh memahami adat dua jiwa "kanak-kanak riang" bercinta.

Dua-dua tidak bosan memujuk hati si anak yang merajuk.
Dua-dua memahami dan menggalakkan kita supaya "ikat mati".

Dua-dua sering ingatkan tentang solat dan bertanyakan khabar kita. Setiap hari.
Dua-dua selalu gelak dan alirkan air mata bersama.

Tapi... baguskah jika aku jadi ibu?

Mampukah aku sehebat ibu yang sering menjadi tukang masak "kedai En. Mohamad"?
Mampukah aku mencipta hati sekental hati ibu yang sering melayan "hadiah Allah" yang punya sikap pelik-pelik?
Mampukah aku membuka kelopak awal-awal pagi semata-mata untuk menghiasi "syurga cinta" yang dibina?

Owh, ternyata aku bakal menjadi ibu yang tidak bagus!



Monday, April 25, 2011

SardiN p0M bAhAya?


Suka makan ikan sardin tak... ? Aku suka sebab senang masak dan sedap! Kena pula time sengkek haa... Memang besh la masak sardin!

Ello... aku kira ramai manusia yang bekerjaya memang suka makan ikan sardin, tambahan pula nak cepat makan or bila duit dah terbang jauh ke sana sini! (^_~)

Tapi.. tapi.. tapi u all taU tak keburukan ikan sardin? Jom "kelebek" sama-sama info yang baru aku jumpa ni...

-AKIBAT MAKAN SARDIN, SEORANG HAMBA ALLAH TERPAKSA DIBUANG KESELURUHAN RAHIMNYA KERANA KETUMBUHAN RAHIM - TUMBUH FIBROID DALAM RAHIM.


KETAHUI INFO LEBIH LANJUT: SILA KLIK SINI!! ---> iKAN SARDiN

Umm... pasni kalau malas masak pun, aku dah tak boleh masak sardin la. Sebab aku sayang diri aku walau manusia lain tak sayang aku!

Ini sudah memandai dan bak kata pepatah sayang diri sendiri dulu b4 sayang manusia lain... =)

i HaTe ApRiL!

April...!! 0oo... April!!
Hey, April..!!I hate u damn much! y, haa... ?

Owh, mungkin kemarau melanda di bulan April.
Tidak seperti biasa aku lakarkan pelangi untuk mewarnai kehidupan manusia lain.
Tidak seperti biasa aku akan berkorban untuk kesenangan manusia lain.
Tidak seperti biasa aku menjadi owl menunggu bulan jatuh ke riba.

Penat.
Lelah.
Bosan.
Sedih.

Jadi, aku pilih jalan untuk menghentikan langkah...




Pabila langkah terhenti...
Aku sedar selama ini aku tunggul...
Akulah boneka untuk si penggemar mainkan hati...
Akulah gadis yang punya hamparan baldu kosong dalam hati...

Terima seadanya...

Aku pilih untuk menjadi watak si bisu yang punya kaki yang banyak. Pabila dua kaki tidak mampu melangkah, aku bisa tukar kaki lain yang ada... Bukan milik manusia lain!

Lebih bisa merapatkan bibir daripada berkata-kata. So, aku diam.
Lebih bisa tarik muka daripada "alirkan air" di muka. So, aku masam mencuka.
Lebih bisa simpan dalam hati daripada membuka minda ke arah negatif. So, aku pendam.

Namun...
Andai suatu masa, tiba kemarau melanda dalam hati yang dahulunya banjir dengan air pp...
Sila pasrah dan redha...

Sekian bagi manusia yang tahu menghargai kasih sayang manusia lain... =(

Thursday, April 14, 2011

SeMbaNg "HaTi & muLut"~


Ini hati bersih... (konon)

hati: ko sedih ke "DiRI"..?
mulut: mana ada la..!!
hati: Eh, tak nak ngaku pulak~ cakap besar tak abis-abis...
mulut: eh, ade aku kaco ko ke hati..?
hati: aku cuma tanya... nape CELUPAR tak ingat nih?


Jeng jeng jeng.... (iklan jap)

-
-
-
-

SAMBUNG BALIK...!


Ini mulut jahak....!

mulut: sebab dah nama aku pom cik MULUT!!!

hati: 00oo.... lupa ko tu MULUT yg jahat...
mulut: tapi kau juga lupa mulut berkata-kata disebabkan HATI! jika hitam hati, mulut pun jahat ar! Kalo ko terdetik dalam hati, aku pun terus "bekerja" melontar kata-kata... Ko sedar tak cik MULUT..?
hati: umm... tahu... maksudnya kita dua-dua perlu kerjasama ok! jgn nak main tuduh jer..
mulut:Yelaaa... yelaaa.... aku minta maaf lah cik HATI...

KAN BAGUS JIKA ADA YANG MEMAHAMI SI HATI DAN SI MULUT. MEREKA SEBENARNYA SALING TAK SEDAR DIRI... EKEKEKKEEE....


nAdiA maNe..?


Cuba mencari sesuatu dengan bawa motor laju-laju...
Ada keyakinan tak...?
Ada tak...?
Cuba dulu... Aku tahu aku mampu! (^_^)
-
-
-
-
----------------------------------

Yey! Akhirnya aku mampu cari kehidupan abadi...

Aku mahu NADIA yang dulu... NADIA mana ni..?

NADIA yang pernah ada KAKI...
NADIA yang punya matlamat sendiri...
NADIA yang mampu hidup tanpa kudrat SI KUMBANG...
NADIA yang selalu mencorakkan kehidupan dengan gelak ketawa...
NADIA yang mampu menangis hari-hari kerana bersyukur atas nikmat Allah...
NADIA yang tidak akan endah dengan MANUSIA LAIN!!

Wednesday, April 13, 2011

aMbiL KaU...!

Cerita ambil...

ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan...
ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi...

ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketengan...
ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan...

ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah...

ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan...

ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati...
ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti...

ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan...
ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...

Tapi... tapi... jangan ambil duit aku dah!!! Kalau aku kasi tak pe... Kang tak pasal2 aku tembak cam "En Jari" nii...



Nah, ambil kau..!!
Ekekkeekeee....;p




.
Related Posts with Thumbnails