Thursday, October 14, 2010

Saya Suka "Itu dan Ini"



Saya suka marah, tapi saya cepat sejuk. Saya suka makan, tapi tidaklah sampai berhutang. Saya suka bercerita, tapi tidaklah sampai sakitkan hati orang. Saya mulut longkang, tapi bagus jugak daripada jadi hipokrit. Saya suka shopping, tapi berpada-pada jugak... takut bajet lari. Saya suka jaga kulit muka, tapi tidaklah sampai guna make-up. Saya juga KEDEKUT, tapi tidaklah sampai tak ada belas kasihan langsung. (dengan family saya sanggup tak kisah) Janji saya ada simpanan dan tidak berhutang or susahkan orang. Apa yang penting, saya suka jadi diri sendiri:

~ Suka marah apabila barang saya diusik.
~ Suka marah apabila saya tak dapat bermanja.
~ Suka marah apabila saya lapar.
~ Suka marah apabila bantal tidur saya hilang.
~ Suka marah apabila duit saya makin berkurang.
~ Suka marah apabila orang BOHONG saya.
~ Suka marah apabila orang rampas hak saya!! (PALING PENTING)

Kalau saya merajuk, hati panas saya akan sejuk if dapat makanan ini:

~ Suka makan ayam McD.



~ Suka makan ayam Penyet.
~ Suka makan ayam Goreng Kunyit.
~ Suka makan ketam.
~ Suka makan nasi kerabu.
~ Suka makan asam.
~ Suka makan tembikai dan rambutan. (buah)
~ Suka makan sayur.
~ Suka makan kek keladi.
~ Suka makan coklat apabila period sahaja. (serius ni)
~ Suka makan roti canai telur.
~ Suka makan tom yam.
~ Suka makan BUDU!!

Baju yang saya suka:

~ Make sure tak ada bunga. (pening tengok bunga besar-besar)
~ Make sure baju warna purple, hitam or hijau sahaja.
~ Make sure kain sedap dipakai.
~ Make sure daripada orang yang saya SAYANG!! hahahahhaha...

Kesimpulannya, saya senang dengan diri saya sendiri~ Sayangnya kat NADIA BINTI MOHAMAD ni...nnggeeeeee~

No comments:

Related Posts with Thumbnails