Saturday, October 30, 2010

SeRonOk tapi SaKiT




Satu hari ser0nok.
Satu hari hati berbunga.
Satu hari dapat habiskan duit...

Dapat baju~
Dapat kasut~
Dapat makan kfc~
Dapat bermanja~
Dan dapat sakit~

uwaaaaa........jatuh motor again!!!

Wednesday, October 27, 2010

Iras itu Jodoh~


Bukan nak gosip sal penceraian diorang ni, tapi nak cite sal muka seiras. Diorang ni kira model aku ar. Hahahahaaaa... Kata orang tua dulu-dulu: Jodoh kita akan iras dengan muka kita. Malah, kalau iras itu maknanya pasangan itu serasi. Jodohlah sangat! Serasilah sangat. Abes model aku kat atas ni pun cerai-berai juga~

Bagi aku, semua ini bergantung kepada pasangan masing-masing. Kena sama-sama jaga dan jangan lupa memohon pada Allah S.W.T agar dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat. ^^

Apa yang penting skang ni aku nak cerita sal kejadian aku kat tempat keje tadi. Sonok apabila dipuji. Bukan sebab seiras or jodoh ke apa, tapi sebab dia kata.....

mak cik 1: Muka diorang seiras la..."padan" tul.
mak cik 2: Kebanyakan pasangan kawen mesti camtu kan...

mak cik 1: Ha'ah la... suka tengok. Ada kawan aku pun camtu. Diorang memang serasi tau.
mak cik 2: Alaaa... itu sebab da jodoh diorang laaa...

Hati aku memang berbunga-bunga la. Tak leh nak cakap sebab dapat pujian. Hahaaa.. Tapi yang peliknya, betul ke jika pasangan yang mukanya seiras hubungannya serasi dan boleh ngam?

Nak tau lebih, u all leh Lihat sini; Pandangan masing-masing ar katakan....(o.O)

Sayang si muka seiras itu!!!

Tuesday, October 26, 2010

'Putih Star' Balut Tubuh~



Orked 'Putih Star'??cantiknya... Aku nak jadi orked 'Putih Star' sebab bunga ini jenis manja. Perlu dibelai dan dijaga setiap hari. Korang ada tanam orked tak? Sumpah aku cakap, orked ni manja. Kalau nak memiliki bunga orked, anda perlu bercakap dan perlu jenguk tiap-tiap hari. Nak kena belai cam manusia ke? Mengada jugak bunga ni... tapi hakikatnya inilah yang perlu dilakukan jika anda suka bunga orked. Aku dah lali tengok ma aku turun pagi-pagi semata-mata nak sembur dan bercakap dengan bunga orked dia. Barulah pokok ini mengeluarkan bunga... Ini fakta lah!! Kalau kau tak pandai jaga orked, tak payah gatal-gatal nak p beli bunga orked!!! Dia sangat manja cam aku ok!!! Pandai merajuk jika tidak dibelai.Hahahaaaa...

Mesti korang tengah kerutkan dahi dan otak mula bekerja mencari makna 'putih star'. Hahahaa.. Weh...weh..weh... itu colour ar!! Loghat yang digunakan di negeri Kelantan. 'Putih Star' itu maknanya ungu~ Umm...atau lebih dikenali warna purple~
Aku terbiasa dengan perkataan itu dari kecil. Try korang sebut. Bunyi seolah-olah owang puntis. Cumel ape...!!!???

Aku fanatik Ungu... kau pula fanatik hitam or 'ite'. Tapi aku tak pernah kisah sebab hitam itu juga sebahagian jiwa aku. Sekarang, kalau pilih barang mata aku mesti tertumpu menda yang warna ungu. Terutamanya baju or selendang! Isshh... bahaya sebab salah satu punca aku tertarik pada produk Tia Emilia juga adalah kerana kau berwarna ungu!! Rosak muka aku jap~ Tubuh badan aku tak payah nak cakap ar, habis satu badan aku c0nteng dengan warna 'putih star'. Maksud aku, berpakaian la. Bukan lukis tatu. Crocs, kasut, shawl, n banyak ag!!

Aku pernah fanatik warna hijau. Habis barang la aku cuci mata dengan warna hijau. Berus gigi, baldi, hanger, baju, towel, nasib baik body aku tak bertukar jadi hijau~ Even dulu, aku tetap ghairah dengan warna hijau. Sampai tahap boleh buat aku "lap0oo" if tengok orang pakai hijau... Haahahhaaaa...



Aku juga tanam angan-angan nak tema kawen warna 'Putih Star'. Tak kiralah kawen lambat ag, tapi aku mau 'Putih Star'!!hehehheee...(^^,)

Act, warna juga memainkan peranan penting dalam memberi simbolik kepada penampilan dan perangai seseorang. Bukanlah seratus peratus, tapi kebanyakan ada juga terselit. Tiga warna yang aku fanatik sangat ni kebanyakan ada perkaitan dengan tingkah laku aku sendiri... Sila tengok... silaa..sila...^^

Warna Ungu
Kalau warna Ungu (Violet) menjadi warna favorit kamu maka kamu adalah tipe yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai benar dalam mengikuti perkembangan jaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang bisa mendekati dan menjadi kekasih kamu.

Warna Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu adalah tipe yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang sejuk. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercaya.

Warna Hitam
Kamu termasuk tipe orang yang sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Kalo kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik, rapi, cukup banyak lawan jenis berusaha mengejar dan merebut cinta kamu.

Warna korang leh tengok kat sini:SINI

p/s: Jangan hati "buah tangan" jadi hitam sudah~ hoh0ooo...^^

Monday, October 25, 2010

Bibir Kena Gam~




M.A.A.F = Perkataan yang agak sukar untuk dilafazkan oleh seseorang yang ego dan jika ada yang menyebutnya, mungkin hanya dibibir bukan dari hati.

Maaf dari segi mana ni?? Maaf sebab pernah menipu? Maaf sebab tak jujur? Maaf sebab selalu tunding sepuluh jari kat orang lain? Macam-macam bentuk maaf ar kalau nak kira dari segi 'keturunan' maaf. Adakah kita gembira dan selesa jika kita tidak dimaafkan orang lain~

Mungkin sukar untuk mengggerakkan bibir bagi membentuk dan mengeluarkan bunyi perkataan ini kerana hati anda sudah dibaluti ego atau mungkin juga bibir anda kena GAM GAJAH, huh??!! Aku sendiri punya ego, tapi ego itu hilang apabila perkataan "MAAF" terlontar dari bibir yang penuh dengan emosi keikhlasan!

Aku belajar daripada kesilapan sendiri sebab manusia tidak ada yang perfect~
Maybe dengan memaafkan, ini akan membuatkan aku lebih tenang dan lebih mengenali seseorang.

P/s: Maafkan aku wahai saudara dan saudari Islam kiranya coretan ini bisa membelah minda dan mengguris hati anda~

Sunday, October 24, 2010

Perempuan Selembut Softlan~



Hey, perempuan sewangi dan selembut softlan!! Anda ada softlan?? Jika tak ada, sila beli cepat-cepat!! Sebab benda ini sangat penting dalam hidup anda sampai ke hari tua. Jeng jeng jeng..... Neway, sekarang cerita saya adalah mengenai si lelaki yang tak ada "Softlan" dan tak tahu cara nak guna "softlan" dengan betul...

"Softlan" sangat takut apabila tidak ada belaian daripada si pemakai~ Si pemakai dan pembelai saya ialah Si Boyot saya!!hohohooo..

Saya tak boleh hilang sehari. Tak boleh, saya dah cuba. Nanti saya kempunan. Memang saya sunyi if tak dapat tengok muka boyot saya! So, saya nak ikat dia kemas-kemas. Tak bagi dia lari. Tak bagi dia toleh pun!!! Tapi dia juga perlu ikat saya, sebab saya buas dan sangat degil. Bukan senang nak ikat perempuan walaupun sudah bercinta bertahun-tahun... JIKA ANDA LELAKI, perlulah belajar untuk memahami perempuan yang degil. Mungkin perempuan yang anda kenal sangat sopan dan lembut, tapi belum tentu dia seorang yang tak DEGIL cam saya! Hahahaa...Dats y lelaki kena belajar cara untuk ikat perempuan dengan kasih sayang...

Kasih sayang...
Seronok dapat puaskan diri dengan kasih sayang. Kasih sayang daripada mana haaa...?
Bagi saya, ada banyak cara untuk kita ikat seseorang dengan kasih sayang:

~Apabila perempuan menangis, sila belai rambut or jika bertudung gosok kepala. Sangat tenang bagi saya. Rasa cam seekor kucing. Hehehhheee..

~Apabila dengar cerita daripada perempuan, sila dengar even bosan. Buat-buat paham pun boleh... hahahaha... (^^,)

~Apabila perempuan memasak, sila puji dan ucap terima kasih. Kata-kata juga boleh buat perempuan tersenyum dan rasa dihargai.

~Apabila perempuan berjalan, sila hold tangan perempuan itu. Even anda sedang pilih barang sewaktu membeli, memandu, makan, membaca buku, sila hold saya kata! Umm, bagi yang dah kawin la ni. Kalau tak, cara ini salah... huhuhu

~Apabila perempuan merajuk, sila pujuk! Ini penting. Sebab kalau tak pujuk, perempuan akan kecil hati. Kalau dia seorang yang sabar pun, maybe dia akan simpan dalam hati. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! Pastu time gaduh mula ar nak ungkit apa yang dah pendam.

~Apabila perempuan marah, sila berundur sekejap. Layan jer perasaan dia, pastu yang penting minta maaf. Jangan ego if sayang dengan hubungan yang dah lama terjalin. Better mengalah. Apabila perempuan dah sejuk, baru betulkan apa yang salah. Masa ni, anda boleh tegur si perempuan apa yang salah dan apa yang betul. Tapi hati-hati, cara teguran juga penting... (*_*)

~Apabila perempuan sunyi, sila teman la. Kalau tak boleh berada di depan mata mungkin teman melalui mesej, call, dan sekarang ag canggih hanya guna facebook! Kat situ, chat boleh, balas kumen boleh...Hahahahaaaa...

Sebenar agak senang nak jaga seorang perempuan kalau anda sudah mengenalinya dan menyayanginya. Malah, hati perempuan sangat lembut even sekeras mana tingkah lakunya. Selembut SOFTLAN kot...Tak rugi berkongsi kasih sayang dengan perempuan sebab anda akan dijaga dengan dua kali ganda daripada si perempuan menjaga dirinya. Percayalah, adanya perempuan di sisi bukan satu beban, tapi satu anugerah daripada Allah S.W.T.

Lebiu wahai si pemakai yang menjaga si "softlan" degil....!!


Wednesday, October 20, 2010

Sleep Tight



Hari ini adalah hari untuk tidur sedunia. Bez jugak bila tidur satu hari. Pejam mata. pejam telinga. Pejam hati. Pejam mulut. Pendek kata, semua nak kena pejam. Ini kes nak lari daripada masalah, heh?? umm... agak la... (T_T)

Bajet hari ini adalah hari terbaik, tapi rupanya hari untuk TIDUR sahaja~
Tiada apa-apa yang menarik. Tidur dengan tenang tanpa mimpi buruk. Tidurlah NADIA!!
Tidur sebelum hari esok datang dan bertukar menjadi hari untuk BANGUN!zzzZZZzzz.....

Thursday, October 14, 2010

Saya Suka "Itu dan Ini"



Saya suka marah, tapi saya cepat sejuk. Saya suka makan, tapi tidaklah sampai berhutang. Saya suka bercerita, tapi tidaklah sampai sakitkan hati orang. Saya mulut longkang, tapi bagus jugak daripada jadi hipokrit. Saya suka shopping, tapi berpada-pada jugak... takut bajet lari. Saya suka jaga kulit muka, tapi tidaklah sampai guna make-up. Saya juga KEDEKUT, tapi tidaklah sampai tak ada belas kasihan langsung. (dengan family saya sanggup tak kisah) Janji saya ada simpanan dan tidak berhutang or susahkan orang. Apa yang penting, saya suka jadi diri sendiri:

~ Suka marah apabila barang saya diusik.
~ Suka marah apabila saya tak dapat bermanja.
~ Suka marah apabila saya lapar.
~ Suka marah apabila bantal tidur saya hilang.
~ Suka marah apabila duit saya makin berkurang.
~ Suka marah apabila orang BOHONG saya.
~ Suka marah apabila orang rampas hak saya!! (PALING PENTING)

Kalau saya merajuk, hati panas saya akan sejuk if dapat makanan ini:

~ Suka makan ayam McD.



~ Suka makan ayam Penyet.
~ Suka makan ayam Goreng Kunyit.
~ Suka makan ketam.
~ Suka makan nasi kerabu.
~ Suka makan asam.
~ Suka makan tembikai dan rambutan. (buah)
~ Suka makan sayur.
~ Suka makan kek keladi.
~ Suka makan coklat apabila period sahaja. (serius ni)
~ Suka makan roti canai telur.
~ Suka makan tom yam.
~ Suka makan BUDU!!

Baju yang saya suka:

~ Make sure tak ada bunga. (pening tengok bunga besar-besar)
~ Make sure baju warna purple, hitam or hijau sahaja.
~ Make sure kain sedap dipakai.
~ Make sure daripada orang yang saya SAYANG!! hahahahhaha...

Kesimpulannya, saya senang dengan diri saya sendiri~ Sayangnya kat NADIA BINTI MOHAMAD ni...nnggeeeeee~
Related Posts with Thumbnails