Wednesday, August 10, 2011

JaRi PuaSa


Sunyi sepi blog aku tanpa tarian jari. Bukan malas tetapi masa berlari begitu pantas tanpa meninggalkan jejak. Aku pulak tiada kenderaan, hanya guna kaki untuk melangkah dan menongkah arus masa.

Oohh, Ramadhan menjelma. Mungkin juga kerana jari turut berpuasa. Otak juga sama. Menghormati bulan mulia. Alhamdulillah aku masih sempat lalui bulan mulia tahun ini bersama keluarga dan insan tersayang.

Namun first day puasa tiada nyawa. Tiada selera. Tiada rasa. Tiada bau. Tiada segala-galanya kerana tiada DIA.

Third day puasa mula meragam sebab Allah bagi cuti. Mood mula berubah. Telinga berasap-asap 24 jam. Puas kipas tapi hanya sejuk di luar bukan di dalam. Softlan hati pula sibuk menggali lombong rezeki. Uhhh... amat terasa dia sangat penting!

Apa lagi yang mampu dibuat selain mengeluarkan air hujan di tanah yang rata ni. Laju-laju air hujan menitis. Lebat! Mulut memang bagai batu membaling buah nak suh jatuh ke bumi. "Pom pang", "pom pang".

Alih-alih ada di depan mata. Berbuka bersama. Softlan aku masih mampu tersenyum. Memujuk hati batu aku. Hati mula kembang dan rasa kesal mula timbul. Ini ujian Allah untuk hambanya:

1. Manusia lain berhenti kerja sebab tak sampai hati melihat hujan ribut melanda melalui "surat angin".
2. Manusia lain meredah jalan yang disumbat dengan besi berat di jalan raya untuk tiba awal berbuka bersama.
3. Manusia lain tetap fikir positif even esok dia hanya mampu kelip kelopak mata depan Lap top.

Namun ada pelangi indah yang terbit selepas hujan. Penuh dengan warna-warni.

Selepas dia mengeja ayat suci Al-Quran di depan mata, alhamdulillah Allah kirimkan hadiah lumayan atas pengorbanan kau wahai manusia.

Tahniah atas tawaran kerja itu. Walau jauh, aku masih bersyukur kerana kau sentiasa ada di sisi. Sujud syukur atas pelangi indah yang Kau hadiahkan kepada kami, Ya Allah. =)

P/s: Seperti mana manusia itu senangkan dan bahagiakan aku, doaku moga Allah lipat gandakan segala perbuatan ikhlas tersebut terhadapmu.



6 comments:

misspurple said...

dsebabkan pose,otk nisa makin blur and de reason ill given to my lec when i was sleep at de class is fast ! heheh oksigen x pat naik kat otk so ngntokk la..hahaha

Zu said...

Wah. Dapat kerja yer? Tahniah. :)

Sebenarnya, banyak hikmah di bulan puasa ni. :))

Abu Huzaifah said...

selamat berpuasa , dan selamat berbuka :D

Botak said...

adakah anda mendapat kerja? kalau ye., sila belanja berbuka nanti., hahahaha.. :))

Elie Lily said...

jangan lupa belanja murtabak bile da dapat gaji pertama nnt ya? heheh

ARJUNA.Inc said...

waaa..ayat-ayat yg dibaca..sume ad mkna tersirat..hebat 2..hehehhe.

Related Posts with Thumbnails