Monday, September 12, 2011
HaBuk!
Peerrgghh... diari dah berhabuk!!Fuuhhh...!! sambil muncung mulut cam itik. Bukan niat mahu tinggalkan dunia penulisan tapi waktu semakin pantas berlari. Waktu bukan ada kaki namun sekarang dunia dah berada di penghujung. Lihat sahaja sumber ini:
Sabda Rasulullah s.a.w: "Tidak akan tiba hari kiamat hingga waktu semakin singkat. Setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan satu jam. Dan satu jam bagaikan api yg membakar daun kurma." (H.R. Ahmad & Tirmidzi)
Oleh itu aku kena berlari-lari kejar ilmu apa yang dah tertinggal di belakang. Biar berlari sampai tapak kaki hancur daripada mengalami hati hancur setelah tiada lagi masa untuk aku berpatah balik ke jalan yang diredhai-Nya.
Hari ini masih berada dalam "dunia raya" tapi tak boleh nak raya sangat weh..! Bz nak bina masjid. InsyaAllah...
Hari-hari sebelum tidur otak macam calculator kira itu dan ini yang masih belum lengkap. Jari tak yah cakap ar, hari-hari menari di helaian kertas catat menda yang dah aku settle.
Owh, begini rasanya. Celik pun begitu. Sapu jer tahi mata, otak terus fikir: "Hari ni ape pula ya nk beli..." sambil sengih sekor-sekor cam beruk. Sakit gak. Tapi tak ape, ini permulaan kali...! Lepas dah selesai binaan masjid yang belum tentu kukuh ini, leh cari "hiasan dan perabot" yang sesuai agar selari dengan tuntutan dunia dan akhirat. Jangan aku leka dah lorr..~
Hello, dunia! Doakan aku dengan angan-anganku yang masih belum ku kecapi sehingga hari ini...! Angan-angan nk JADI IBU DAN ISTERI SEORANG SUAMI! Boleeehh...? Hohooo
Sekian~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
vakum je habuk tu., kan senang., hehehe.. :D
Post a Comment