Tuesday, November 15, 2011

SejuTa cHanTeQ!

Chanteq itu indah, jadi rebutan sejuta manusia. Tapi chanteq itu juga mengundang bahaya. Chanteq juga terselit seribu kategori dan makna...

Chanteq wajah. 
Chanteq gaya.
Chanteq pertuturan.
Chanteq akal dan hati...!

Mestilah paling last aku kejar. Chanteq wajah ni bukan kekal pun. Sekali pandang masa muda, bersepah manusia chanteq. Tapi nak cari yang chanteq hati dan akal susah.

Termasuk bersahabat dan berchenta! Aku tidak mencari kecantikan rupa bila bersahabat. Aku juga tidak mencari kehenseman lelaki apabila berchenta. Tapi cukup dengan ketenangan yang ada dalam diri manusia yang mampu buat aku tenang apabila berdepan.

Ketika di "PLANET CHENTA", puas aku lalui zaman muda dengan "test sayang" situ dan sini. Hey, ramai kot manusia yang canteq untuk dibuat kawan dan ramai kot lelaki hensem yang pautkan mata aku sehingga turun ke leher...! LEHER jer... Bukan HATI...!

Hati damba ketenangan. Yaaa... ketenangan yang mungkin elakkan aku daripada susahkan dan terus bergantung kepada family. Sebab apabila seseorang yang ada di sisi mampu menghilangkan duka dan hadirkan sejuta rasa chenta meniti titian jalan kehidupan, dialah pengganti family kita!
Mungkin pengganti yang akan selalu ingatkan dan nasihatkan kita...! Itulah sebenar-benarnya manusia yang patut aku ikat dan simpul agar terus mekar mewangi, sekali gus bisa membuahkan rasa chenta dan sayang dalam silaturrahim...


Setenang wajah seorang ATUK  jaga cucu yang notty neh .. Macam dalam gambar di atas ni..!!

-
-
-
-
Bye...!  

P/s: Sesiapa yang menjaga hubungan sesama manusia, silaturrahim yang terbina... Allah akan murahkan rezeki mereka berlipat kali ganda... =)



7 comments:

**::CIKNUURUL::** said...

tak semua yg chanteq itu dapat membahagiakan kita,.:)

tarian jari said...

setuju..!!setuju...!!!hehheee...=)

ILA HonEyBuNNy said...

macam2 dengan cinta kan...

ada pahit dan ada manisnya..;-)

Botak said...

ada sorang member ni tak hensem., tapi jadi hensem bila buat breakdance., tak tahu kenapa., hahahaha..

~SaL IjOu~ said...

"Chanteq itu indah, jadi rebutan sejuta manusia. Tapi chanteq itu juga mengundang bahaya. Chanteq juga terselit seribu kategori dan makna..."

cantik itu boleh jadi juga satu ujian buat hambaNya~

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Cantik dari segala-galanye..itulah cantik yang sebenar.. ^_^

Zuraidah said...

Cantik hati ni, susah orang nak nilai. :)

Related Posts with Thumbnails