Monday, July 18, 2011

Berani Atau Bodoh Sangat?


Ini adalah situasi yang tidak mungkin pernah anda lihat.

Seorang penyokong Manchester United terlalu kemaruk mencuba nasib apabila muncul dengan memakai jersi kelab kesayangannya semasa sesi latihan Liverpool di Malaysia.

Ini tidak mengambil masa yang lama sebelum penyokong kelab gergasi Merseyside tersebut melihat jersi yang menyakitkan mata mereka dan penyokong itu diasak hebat untuk menanggalkannya sebelum dibawa pergi meninggalkan stadium.

Anda tidak perlu mencari atau melayari internet untuk mencari fakta bola sepak kisah persengketaan antara United dan Liverpool.

Liverpool merupakan pasukan yang mendominasi bola sepak Inggeris dan Eropah sepanjang tahun 1970-an dan 1980-an sebelum Sir Alex Ferguson dan variasi pasukan United yang dipimpinnya mengubah landskap bola sepak.

Emosi sentiasa berada pada tahap tertinggi apabila penyokong dua kelab terbesar di England ini bertemu. Pada penghujung musim lepas, penyokong United dengan beraninya pergi ke Anfield dan menaikkan pemidang '19 times' selepas kelab mereka mengatasi Liverpool dan 18 kejuaraan liga mereka.

Penyokong Liverpool pernah mengejek pesaing dengan kejayaan mereka, mempersembahkan kain pemidang pada tahun 1990-an dengan memberitahu penyokong United untuk 'come back when you've won 18'.

Siapa yang akan tahu bagaimana kitaran bola sepak dalam tahun yang akan datang? Apa yang pasti persengketaan antara Liverpool dan Manchester United akan berterusan.



Nasib tak salah pakai baju. So, tak ada main-main tarik baju neehh..!

5 comments:

Elie Lily said...

itulah mentaliti masyarakat! sebenarnya mengenai bola, tapi sebab minat, macam2 hal boleh jadi.. :)

Zu said...

Sekarang kalau salah pakai baju pun, habis ek? Haish. =.=

Alif Haris said...

tp jgn lah sampai mnjatuhkan maruah orag lain .. bkn dpt pa pon ..

Kotak Hati said...

biasa ar manusia mmg dilahirkan ngan penuh emosi.. =)

alif:ntah la niat org kat situ nk jatuhkan maruah or suke2~ maybe sbb sorang yg mula, yg len ngikut! hahahha

Botak said...

kalau pakai jersi pelita jaya fc camne plak?
hahaha.. :))

Related Posts with Thumbnails