Wednesday, October 12, 2011

PereMpuaN~

BENCI..! Yes, benci. 2 bulan perempuan itu rasa perasaan tak stabil. Tak tahu nape. Kadang tengok muka manusia di sekeliling pun dia nyampah.

Perempuan tepuk dada, tanya hati. "Wahai hati, apa yg mengganggu pintu hati kau sehingga kau berubah dan menggoncang isi hati lantas menggerakkan bibir melafazkan benci pada TUNANG kau sendiri..!??"

Otak terus berlari-lari fikir punca. Tiada. Apa yang jelas, samar-samar perempuan nampak saraf otak berbelit-belit. Ada macam-macam warna! Perempuan tahu, suatu masa saraf yang kelihatan itu akan putus akibat berbelit sesama sendiri. Mata tengok, mulut bebel sorang2. Waras ke perempuan? Masih mencari jawapan..

CERITA PEREMPUAN BERUBAH...!

Jumaat - Perempuan tahu ada sesuatu mengganggu nalurinya. Tapi perempuan tak tahu macam mana nak lepas. Perempuan diam.

Sabtu - Perempuan cuba selindung lagi kecamuk hati.

Ahad - Perempuan diam. Hati kecil perempuan menjerit-jerit mengatakan akan berlaku sesuatu. Perempuan juga sedih apabila sesuatu yang dibuat seolah-olah tidak dihargai. Namun perempuan yakin, mampu simpan dan kunci dalam hati perasaan itu. Namun, perempuan ada cerita....

Petang: Perempuan menangis. Perempuan mengadu.
Malam: Perempuan masih keluar asap di telinga. Pejam mata dalam emosi tidak stabil. Last, nanges lagi! Dihempap makhluk yang jahat! Nauzubillah. Namun si ibu Lelaki memujuk dan mengajak berada di sisi tika tidur perempuan. Perempuan tarik bantal dan perempuan cuba lelapkan mata. Ah, masih ada sesuatu mengganggu perempuan...! Mulut terus terkumat-kamit melafazkan ayat suci Al-Quran. So, perempuan dapat rehatkan minda.

Isnin - Hati perempuan sayu. Masih ada "kutu" yang gigit darah hati. Sehingga kudis timbul di hati perempuan. Naah... akibatnya perempuan terus melantunkan suara. Kaki dan tangan perempuan juga turut menghayun mengikut rentak suara. Sakit?

Si ibu lelaki menangis. Dipeluknya perempuan. Dicium sehingga melembutkan hati perempuan. Perempuan tahu, itu cinta Allah yang disalurkan melalui si ibu..! Sayu..!

Selasa - Allah kirimkan manusia yang mampu sembuhkan duka. Yang mampu suntikkan kolegen emosi! Yeaay..! Alhamdulillah, perempuan sihat! Perempuan mampu senyum lebar-lebar. Malah otak perempuan kosong. Tiada lagi penyakit hati. Perempuan rasa seolah-olah jadi manusia lain. Yaaa... syukur!

Cerita perempuan tamat..! (hanya manusia yang benar-benar fokus akan memahami cerita "si perempuan"). Begitu juga dalam mengenali hati perempuan, hanya manusia yang benar-benar ikhlas dan jujur akan memahami isi hati si perempuan..!

So, apa lagi lelaki, jom kenali perempuan yang anda sukai..!





PEREMPUAN DAN LELAKI...!





7 comments:

mod rhamat said...

saya faham segalanya dari awal hingga akhir..^_^

Kotak Hati said...

hahuhihooo... =) suke..! thanz... ^^

Elie Lily said...

ada maksud nih! pahamm sangat! :)

Cik tikah said...

agak pening tpi cuba fhmkan juga, hehe..

ghost said...

aku masih mampu memahaminya.

dan utk orang yg aku suka,aku masih cuba memahaminya.

Liyana Zahim said...

sy juger phm dan sgt2 phm.. emosi pmpn mmg sgt drastik tp cpt gak mereda.. lau skt tunang ke bf ke laki kena maki pree2.. hehehe..

Zu said...

Errr. Yang hari selasa tu, Allah kirimkan manusia yang mampu sembuhkan duka. Heeeee. Siapa lah tu kan?

::angkat2 kening::

Related Posts with Thumbnails