Friday, June 24, 2011

LayAn bOLa KaT sTadiUm ag BesH drP tgK MoViE!


Malaysia Boleh..! Syookkk...!

Bola. Benda bulat yang dikejar oleh beberapa manusia di suatu tempat khas berwarna hijau. Aku suka. Aku minat dan aku tak jemu.

Uuuhh... mood tengok bola makin menular dalam diri! Jika dulu katil lebih mesra dengan aku apabila jarum menunjuk ke arah nombor sembilan malam. Namun kini minat mula beralih arah, sanggup membeliakkan mata dan menghabiskan suara memberikan semangat kepada pemain yang seang berebut sejenis benda bulat di atas padang. Bukan di tv tetapi di stadium. Sumpah syoook...!


Tengok jari ar beb! Besh!


Semalam habiskan mood untuk Malaysia Vs Lebanon. Yes, ini kali kedua aku masuk stadium. Tak malu pun nak heboh takat kat blog aku sendiri even manusia lain dah puas keluar masuk stadium. Sudahnya dulu hati aku bukan pada bola. Biarlah aku merasa pulak.

Sebelum ini aku melepaskan nafsu baru ini sekadar menonton di Tv. Itu pun jika perlawanan yang best sahaja. Sekarang hati aku pada bola. Mungkin sebab kerjaya. Namun ilmu aku masih cetek. Perlu terus menggali "harta pusaka" yang sudah wujud zaman berzaman.

Sekarang aku nak share pengalaman lepas masa pergi perlawanan "ganu vs klate". Tak sempat nak update sebab terlalu bz. Kerja lain ag banyak kat ofis ni. Bukan layan blog jer. Sebelum itu, sama-sama kita layan gambar "lucah" bola ni sket. Hehehee...





Cam zombie dapat tiket!

Aksi muncung ni masa dah balik pom. Sekadar iklan untuk menunjukkan aku pergi tengok bola guna tiket! Ekekkeee...=p




Muncung pom suke, tau tak!? hahha




Ni paling cun! Sume sedia nk 'ngap' lalat~



Posing paling bosan. senyum palsu.


Kali pertama layan bola kat stadium adalah final Piala FA 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil 11 Jun. Sedey sebab Kijang dikecewakan Penyu saat akhir. Ahmad Nordin Alias muncul selaku wira Terengganu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-108. Meranalah daku.

Ah, kalah ke menang tak kisah. Adat ar bertanding. Nama lagi perlawanan. Kadangkala kena merasa kekalahan untuk suntik semangat akan datang. Positif sket..! hahahaa...


Semangat...!


Kalah itu belakang kira. Mata ni terkedip-kedip, bulu roma asyik naik turun tengok ombak lautan manusia. Pergghh... terbaik! Masa ni aku berada di tempat media. Kurang besh sebab aura si merah jauh.

Agpun tempat media kena control ar sket. Kang kena cepuk ngan media lain. Mana tahu penyu or kijang kalau di situ. Nak tahu sokong mana, tengok mata saling menjeling jer loorr time bola masuk gol masing-masing... hahaha


Simbol jari~

Inilah hobi baru. Pendek kata, layan bola kat stadium ag besh daripada tengok movie kat stadium. Itu aku ar. Okeylah, lain kali aku mahu terjun ke sana lagi. Mencari pengalaman. Sekian.



14 comments:

Unknown said...

huk aloh..cam teruje bebeno

Kotak Hati said...

mesti ar teruja sbb namanyer "kali pertama"!!! ekekekekeee...=p

nur said...

Kerja wartawan ye?.. Bestla dpt experience masuk stadium ek..

Kotak Hati said...

nur: bukan i editor jer. huhu. tp ade mase leh ikut buah hati ..hehe. enjoy!

Hanis MY said...

wow tak pernah tgk bola kat stadium, nnti bawa i pulak ok (eh gedik plak ehehe)

.drakula. said...

peh! memang semangat sangat!

ghost said...

tuh pun sebab bf ajak..bf dah belikan tiket ye dak..kalau tak memang dilayan kat depan tv jer pun..hihi

Unknown said...

dh lame x gi stadium..

Alif Haris said...

perghh gila lah ! gadis bola :D .. jarag gadis2 ni suke bola hehe

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Bestnye..
mesti meriahkan..tgk kat rumah pun dh meriah..apatah lg klu nntn secara live kat stadium.. ;)

Kotak Hati said...

hanis: bawa u yg jauh nun ya...=p

republic:semangat la...!hehe

ghostwriter:x jugak. kalo da bos antar, pergi jugak.ekekkee...=p

heidi:pergi la mlysia lwn arsenal ni...ag sonok!

alif:skang da ramai gadis minat bola la..huhu

lily:meriah + mulut bising~ hahaha

Alif Haris said...

yeke ramai .. kwn girl alif majoritinye tak minat pung .. huhu

iem said...

teringin gak nak tengok bola live mcm 2...
tapi xde kesempatan lagi..

Botak said...

tak suka tengok bola berbentuk bulat disepak terajang, tapi kalau bola lonjong dibaling-baling best.

Related Posts with Thumbnails