Wednesday, June 15, 2011

mALanG juGak aDaTwEet tWeEt dan FacEboOk!


Alang-alang dah tengok gambar di atas, jangan lupa follow aku kat twitter. Hehehe


Ada facebook? Ada Twitter? Ada blog? Kalau ada hope anda guna dengan sebaik yang mungkin dan bukan memilih jalan menggunakan laman sosial untuk menyindir manusia lain. Tolonglah! Malangnya kalian jika bangga dengan aktiviti "tweet-tweet" dan "berfacebook" hanya semata-mata untuk menyakitkan hati manusia lain.

Seandainya anda tahu rakan terdekat ada yang sakit atau bermasalah dengan sesiapa, pandai-pandai lah menjaga hati sesama manusia. Kenapa mencari isu untuk menyindir manusia lain sesuka hati. Jika cara ini yang kalian bawa ketika aktif bersosial, ini secara tidak langsung mendekatkan anda dengan "MUSUH" islam (syaitan) dan putus silaturrahim.

Okay, itu permulaan untuk berkongsi membunuh sikap negatif yang ada dalam diri manusia.

Yes. aku juga menggunakan laman sosial untuk mencari kawan. Bercerita kisah yang ada di sekeliling dengan suka hati. Tapi sebolehnya mahu mengelak daripada berperang "tweet" yang menjijikkan...!!

Hey, tapi janganlah serang aku kalau aku tak kacau orang. Naikkan TL or status yang menyindir orang. Apa salah jika aku berkawan dengan orang yang ada saka?

Nak elak lagi? Nak kata itu bukan untuk aku? If sesama manusia anda berhak menipu atau cari jalan tipu helah lain. Tapi aku doa moga Allah tunjukkan jalan yang lebih adil. Bukan untuk keburukan tapi untuk dia sedar dan tidak melakukan kepada pada orang lain. Tidak mengguriskan hati manusia lain.

Sudahnya Allah nak kasi ujian cara tu (ada saka). Anda bajet dia nak ke saka tu...? Manusia mana yang mahu, tapi banyak manusia "terambil" secara tidak sengaja melalui mimpi. Adakah hina manusia itu jika ujian itu yang ditakdirkan dalam hidupnya?

Mungkin apabila dia takut saka itu mendekatinya dan dia ingat pada Allah. Ini juga cara dekatkan diri pada Allah, bukan?

Tak payah nak kutuk or perli manusia yang ada hantu sangatlah jika anda pun perangai cam hantu. Hamba Allah itu pun sedih dan tak mahu. Kalau dia mahu, takkan lah dia pergi berubat.

Sekarang masuklah waktu untuk bersama-sama jadi iktibar:

Namun, baru-baru ini ada hamba Allah tiba-tiba menjadi batu api. Ah, pada mulanya aku masih butakan mata. Yelah nama lagi "kanak-kanak riang". Abaikan jer. Tambahan pula, aku dah biasa dengan karenah adik-adik.

KISAH PELIK DAN AJAIB~
(TOLONG BACA ENTRY NI SEHABIS KHUSYUK DAN AMBIL YANG BAIK SAHAJA)

Aku blur dengan manusia yang suka memutar belitkan lidah. Pelik. Ajaib. Suka mencuci mata dan mengutuk orang itu dan ini tanpa disedari.

Apa anda puas apabila dapat mengejek manusia itu dan ini?
Apa anda puas menyakitkan hati manusia itu dan ini?
Apa anda bangga dengan anugerah yang Allah kurniakan (bahagia, cantik, sihat) sehingga sanggup mengutuk manusia lain?
Apa anda lansung tidak punya hati untuk menjaga manusia lain walau dia tidak berapa suka dengan cara orang itu dan ini.


ANGRY BIRD SIMBOL AKU MARAH!

Hey, manusia memang boleh bersabar. Manusia "tua" kena belajar mengalah. Tapi jangan pula sampai anda jadi batu api. Sila nyatakan motif anda untuk baling batu api terhadap ukhuwah ikhlas yang terbina.

Hello. Aku redha jika dia pernnah memburukkan aku. Namun dia rendah diri meminta maaf. Aku dan sahabat bukan malaikat yang langsung tak pernah melakukan kesalahan. Semoga anda akan sedar dan lalui tempat sahabat aku lalui sekarang kerana itu jalan mudah untuk manusia yang rasa dirinya perfect!Amiiinn...

Camne pun, aku hasilkan entry kali ini untuk sama-sama kita berubah. Bukan untuk menyakiti sesama manusia lain tapi mahu manusia itu tidak mengulangi kesilapan. Andai manusia itu sedar kesilapannya, aku akan maafkan. NAMUN...!! DENGAN CARA MEMOHON MAAF KEPADA SAHABAT SAYA DAN BUKAN SAYA~

Sekian..!


11 comments:

Botak said...

berperang kat tweet tak best., kalo berperang depan² best., wahahaha.. :))

Kotak Hati said...

itu benar..!!hahahaa..tp mesti lebam2 satgi..ekekkeke...=p

Botak said...

lebam tak lebam tu belakang cerita., yg penting puas., hahahaha.. :))

Zu said...

Haha. Tahu tak pe. Dorang tu, salah gunakan la. Isk. Ada pulak g ngutuk2 orang. =.=

Kotak Hati said...

botak: x puas jugak sbb tiada penghujung..asyik lebam2 jaa..tambah lak hati sakit!huhu

zuraidah: kutuk kalo kenal+depan2 x pe sbb msti kwn kutuk balik. ni kutuk yg lom kenal.. x de faedah langsung!

ghost said...

banyak jugak benda yang kau tak suka ek..

tanpa tuh semua hidup tak mencabar.nanti asyik mendatar jer..kita pon duk fikir diri kita terbaik sajer...kan leceh.

faizalnizam said...

orang kita kan semua benda2 kontroversi ejek sana mengata sini. sebab dieorang rasa seronok buat benda tu tanpa lihat implikasi negatifnya.

Kotak Hati said...

ghost writer:sape suke if mende negatif.. mmg ar jadi corak tp kalo da teruk sgt leh membunuh org~ (tak ade faedah)

fyzal:maybe la kot~ kalo x wat, pitam. konon habit la erk..=p

Hanis MY said...

isk tak patut betul... mcm ni la manusia mcm2 pesen huhu...jgn kita jd cmtu dahler...

iem said...

sabar jela,.,
nanti2 die insaf la 2...

hihi..
iema xde twitter

Kotak Hati said...

hanis:insyaAllah same2 kite elak..=) kena byk blajar drp kesilapan...

iema:yups...moga die sedar. x minta byk pun, mintak ade perubahan. ala..nnti kalo da wat twitter add kite erk..hehe

Related Posts with Thumbnails