Thursday, February 4, 2010

DaD

ari ni mood kurang baik..tp,jari aku masih kuat tuk menari2 di atas key board...
agak terusik aliran emosi ble mengetahui kesihatan abah yg kurang baik..=(

aku tahu aku ego. Langsung tidak memandikan pipiku dengan setitik air dari lubuk mataku..hakikat nyer my soul da memberontak dan dibanjiri tadahan perasaaan yg agak kecamuk. Mataku tajam melihat tubuh badan abah yg lemah diserang penyakit..aku x setabah nyer dalam mengawal emosi..rebah di tilam yg empuk, aku terus memejamkan mata dan otak ku laju memainkan layanan abah sewaktu aku kecil..

kasih syg nyer wat aku masih gagah tuk berdiri menghadapi kenyataan hari mendatang..




BUAT ABAH:
izinkan aku melontar balik segala kasih syg yg pernah kau curahkan padaku...
doaku selalu mengiringimu tiap kali dahiku mencecah di atas hamparan sejadah..
luv u DaD!!!

Wednesday, February 3, 2010

teruja wif AVATAR...



James Cameron!!!1 name hebat dalam dunia filem, yg juga merupakan pengarah filem TITANIC... aku layan abis cite ni. Starting jer da wat aku ghairah tuk terus tonton dat film. bukan jer 3D yg hebat, malah jalan cerita yg penuh dengan aksi yg menarik!!

Protagonist filem ni, Jake Sully, membawa satu kelainan yg luar biasa menerusi dua watak nyer..aku teruja dengan dunia imaginasi ciptaan Cameron!!! Dengan flora dan fauna yang pelik dan menarik ciptaan beliau, sekaligus menarik aku sebagai audien untuk turut berada dalam dunia ciptaan beliau! Bagaimana Jake seronok berada di dunia yg diterokai nyer, cam 2 gak ar aku seronok berkhayal dalam dunia filem AVATAR!!

even aku lambat nengok, tp aku bernasib dapat gak layan kat umah...huhuhuhuhuhu..

(500) Days of Summer - Date With Ikea


Trailers & Clips: (500) Days of Summer - Date With Ikea

"I didn’t like the first 15 mins of the film either. I felt like walking out. But I stayed- and in the end I realized I was being stabbed to the core by the honesty (and chill) of the female character’s answers to the male character’s questions. This movie’s power is in the surprise - for all the formula- truth emerged..."


cite ni bez!!!ni filem romantik yg ke-2 aku suke selepas filem romeo n juliet!!!fisrt aku tgk mmg borink gak,tp lame2 aku layan, aku makin terasa aura cinta yg di bawa oleh dua watak Joseph Gordon Levitt sebagai Tom, yg mana dia telah jatuh cinta dengan Summer, iaitu watak yg dipegang oleh Zooey Deschanel.(agak cumel + cute)

kumen jalan cerita:

1. aku suka part yg diorang dlm lif.huhuhuuu..sbb music diorang close!!!



2. aku suka gak part date kat IKEA, sesuatu yg luar biasa bagi aku...like me n sume1..(patut ar die bawa aku p IKEA).hahahahahaaa...

3. aku suke da whole cite ni sbb die gak!!da first date, die bagi aku muvie ni suh layan...aku follow je till the end.huhuu..


DIALOG BEST


Tom: It's official. I'm in love with Summer.
[while Montage of Summer plays]
Tom: I love her smile. I love her hair. I love her knees. I love how she licks her lips before she talks. I love her heart-shaped birthmark on her neck. I love it when she sleeps.

Dialog ni wat aku melayang-layang kat awan...cam ner ar kalo ade org memuja sampai tahap niiiii...wat aku tak mandi pagi agaknyer...hahhaaaaa

ENDING???

Agak sedih sbb diorang pilih jalan idup masing2..dan bagi aku perempuan tu tak salah, cz awal-awal da bagitau Tom...“not looking for anything serious.”

Monday, February 1, 2010

idup...



i've stuck dis situation..
sape nk pahaaaaaammmm aku niiii...
ya allah, atiku selalu berubah2...=(
aku akan terus berfikir sampai satu tahap yg membuatkan pemikiran aku lebih matang dan tepat untuk membuat sesuatu keputusan!!!

alice in wonderland!!!!!!!!



yups!!!kali ni,aku mau sangat p tgk dis muvie...huuuuhhuu..
Tim Burton merupakan pengarah yg cukup hebat dalam dunia ART, sebelum ini menghasilkan Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street, dan kali ini membariskan nama-nama besar yang merupakan pelakon kegemaran Burton iaitu Johnny Depp dan Helena Bonham Carter selain Anne Hathaway, menerusi Alice in Wonderland yg akan ditayangkan 5 Mac 2010. Depp, Carter dan Hathaway masing-masing memegang watak sebagai The Mad Hatter, The Red Queen dan The White Queen yang merupakan watak-watak utama dalam karya klasik ini.

Cerita yg mengalir di dalam dunia imaginasi yang tidak lagi memerlukan hukum logik, membawa sesuatu keistimewaan bagi audien untuk turut belayar dalam dunia imaginasi (ciptaan Alice sendiri) kegilaan ialah yang menjadi hukum kewujudan. Ketika Alice berbual dengan Cheshire-Cat, iaitu seekor kucing yg boleh tersenyum dia kata dia tidak mahu bersama orang-orang gila. Secara ironinya, Cheshire Cat menjawab 'we're all mad here. I'm mad. You're mad.' Kalau Cheshire-Cat dan makhluk lain dalam Wonderland gila, maka sudah tentu kegilaan mereka datang daripada kegilaan imaginasi Alice sendiri. Sesungguhnya, kegilaan imaginasi seorang penulis ialah Alice yang tidak pernah meninggalkan Wonderland.

Beralih kepada n0vel yg pernah wujud sewaktu aku masih haus dengan cerita dongeng, Alice's Adventure in Wonderland ialah salah satu pujaan bagiku!! Dunia imaginasi penulis cerita ini, seolah-olah mengheret aku untuk turut serta mencipta satu dunia yg cukup indah dalam zaman kanak-kanak hingusan seperti aku pada waktu itu.

Now, novel ini telah masuk ke dalam kategori novel sastera klasik dan dibaca oleh pembaca sastera, bukan lagi pembaca umum. Novel yang dibaca oleh pembaca umum, termasuk kanak-kanak ialah novel komersil seperti Harry Potter atau yang lebih terbaru Twilight. Pemilihan novel kini dibuat oleh pembaca umum atau lebih spesifik pembaca komersil, bukan lagi pembaca sastera. Paling malang ialah pembaca sastera yang tidak tahu menghargai karya sastera tapi sebaliknya mengangkat karya-karya ideologi picisan ke dalam kanon sastera kita.

Cam Alice, apabila aku membaca sebuah karya sastera, secara tidak langsung aku seolah-olah turut masuk ke dalam Wonderland, iaitu daya imaginasi penulis. Aku menjadi Lewis Caroll walaupun aku mungkin tidak mengenali langsung sape Lewis Caroll. Ini sama gak dengan Shakespeare, kal0 nak dibandingkan dengan Virginia Woolf atau Hemingway, kita tidak akan dapat menemui banyak maklumat tentang hidup Shakespeare. Yang ada di depan mata aku hanyalah geniusnya sebagai seorang sasterawan dan legasi karya-karyanya yang mempengaruhi penulis lain seperti Lewis Caroll sendiri.

Dunia Wonderland ciptaan Lewis Caroll, secara tidak langsung membawa aku belajar menjadi seorang seniman satira yang mempunyai kekuatan ironi dan komedi. Pada peringkat awal pembacaan aku ialah seperti Alice yang masih menilai dunia secara logik. Tapi semakin lama aku mengembara dalam Wonderland, yang berlaku hanya dalam masa beberapa jam, dan aku mula menjadi Lewis Caroll. Setiap makhluk yang berada di dalam Wonderland ialah serpihan Lewis Caroll sendiri. Apabila aku bertemu Queen of Heart yang begitu obses menjatuhkan hukuman pancung kepala kepada sesiapa yang tidak disukainya, aku menemui pandangan politik Lewis Caroll yang digambarkan secara komedi dan sublime. Apabila aku bertemu dengan Mouse, Dodo, Lory, dan Eaglet, secara tidak langsung juga aku bertemu dengan orang yang dikenali oleh Lewis Caroll (Dodo itu mungkin Lewis Caroll sendiri memandangkan nama sebenarnya ialah Charles Lutwidge Dodgson).

Bagi aku, skang ni da jarang untuk kita menemui novel fantasi yang bersifat satira seperti Alice in Wonderland. Animal Farm dan Tikus Rahmat hanya bersifat satira tapi tidak ada kekuatan imaginasi dan retorik seni seperti Alice in Wonderland. Through the Looking-Glass yang juga merupakan sebuah karya genius Lewis Caroll. Walaupun Alice ialah watak utama dalam kedua-dua novel, tapi setiap satu masih boleh dibaca secara terasing, bukan sahaja dari segi cerita, tapi juga retorik seni. Menerusi Through the Looking-Glass pula, kekuatan retorik seninya ialah puisi.

Alice in Wonderland, kekuatan retorik seninya ialah naratif cerita itu sendiri.Bukan itu sahaja, sentuhan artistiknya juga menampilkan elemen gothik selain daripada penataan seni, tata rias serta rekaan busana yang banyak bermain dengan warna. Ini sekali gus meletakkan filem ini sebagai sebuah filem ekstravaganza.

errmmmm...so,aku arap korang pun same2 p tgk cite ni!!!
enjoy!!!!!=)


Saturday, January 30, 2010

true or not????

da lame sgt aku tinggal ko wahai blog...maap yer..=p

aku salah wat keputusan ke???
masuk je tahun baru,sume baru bagi aku...
termasuk ar bout luv..=(
kalo ler org paham situasi aku n nape aku wat cam g2...
1/12/2008 aku time ko, n 1/12/2009 aku da jauh ngan ko..act,aku x de niat langsung nk pilih jalan ni,tp aku rase ni jalan terbaik tuk kite gak..even kite da jadi kwn, dat is better than jadi MUSUH.
B4 kite bawa haluan masing2, ko bagi aku lagu wild world, n ko ckp khas tuk aku..
errmmmm..mmg kena ar ngan aku..time kasih 'U'.=)

"Wild World"

La...la...la...la...la
Now that I've lost everything to you
You say you want to start something new
And it's breaking my heart you're leaving
Baby I'm grieving

And if you wanna leave take good care
Hope you have a lot of nice things to wear
A lot of nice things turn bad out there
Oh baby, baby, it's a wild world
It's hard to get by just upon a smile
(yeah...) oh baby, it's a wild world
I'll always remember you like a child girl
You know I've seen a lot of
What the world can do
And it's breaking my heart in two
Coz I never want to see you sad girl
Don't be a bad girl
But if you wanna leave take good care
Hope you make a lot of nice freinds out there
Just remember there's
A lot of bad and beware
La...la...la...la...la...baby I love you.



kepada sahabat2 yg aku syg, (mira, sidut, wawa, sue, n k.ana) thanz coz paham aku..
maap if aku melukakan ati org yg korang syg. aku tau die adalah manusia yg paling baik dlm dunia aku cz x pernah dendam or salahkan aku even aku da sakitkan die..
tp hakikat nyer CINTA x leh nk paksa..hanya aku tau nape aku wat camni..true or not tindakan aku, hope u all leh time ngan baik..
luv u all...=)

Friday, May 15, 2009

gempaqqqq..!!!




Hikayat Merong Mahawangsa, sebuah filem epik garapan KRU Studios mengenai sejarah Hikayat Merong Mahawangsa. Filem ini adalah susulan tentang Empayar Rom dan Empayar China mengikut buku sejarah hikayat itu.

Stephen Rahman yang mempunyai darah campuran Rom, sebagai hero filem ini, memegang watak Merong Mahawangsa. Filem ini lebih menampilkan aktor yang terdiri daripada teater, bagi mengurangkan muka terlampau komersial dalam filem epik ini. Jika dilihat sahaja dari segi kostum dan props yang diimport dari Amerika Syarikat dan China, jelas tergambar kehebatan filem yang bakal ditayangkan di pawagam nanti. Yusry telah pun memilih beberapa pelakon dari United Kingdom, Sweden dan China untuk berkhidmat dalam filem ini selepas ujibakat dilakukan.

Filem itu juga bakal mendapat khidmat pengarah seni mempertahankan diri yang pernah menyumbang keringatnya dalam produksi Jackie Chan.


Apa yang menarik, filem ini juga akan menggunakan teknik Computer Generated Imagery (CGI) untuk menghidupkan Empayar China dan Empayar Rom kerana bagi Yusry Abd. Halim, agak rumit juga untuk membuatnya seperti fakta dan bukan mitos. Filem yang menggunakan latar masa kurun ke-2 ini, bakal menggegarkan Industri Perfileman Malaysia.



Related Posts with Thumbnails