Wednesday, November 24, 2010

Bermimpi dalam "Life as We Know it"~



Weeii, cite bez nih!! Betuuull... aku tak tipu korang. Hahahaaa.. Tengok poster pun da boleh agak. Watak baby dalam cite ni sangat menarik minat audien yang menonton. Mana tak nyer, comel jer apabila tengok telatah dia~ Tapi mata aku tertumpu pada betis lelaki tuu...kehkehkeeehh..;p

Layan Jalan Cite jap:

Katherine Heigl dan Josh Duhamel memainkan peranan uatama dalam menggerakkan jalan cerita ini. Dengan perwatakan lucu dua watak ini, sekali gus membuatkan audien tak kering gusi melayan masuk dalam jalan cerita yang berkisar tentang peranan mereka sebagai pelindung kepada baby cumel itu. Babak awal filem ini membuka mata audien untuk memahami dua watak yang 'tidak sebulu'~


Tengoklah gambar ini, sangat tidak sebulu~

Apa yang menarik, walaupun bersikap 'kutub utara dan kutub selatan', mereka akhirnya dapat menjaga baby dan sekali gus memahami hati budi masing-masing sehingga mereka sendiri tak sedar pintu hati telah terbuka untuk menerima cinta yang sebelum ini tersembunyi di sebalik sikap ego masing-masing.


Seronoknya kamu wahai "Romeo n Juliet"~


Lihatlah mereka! Hati mereka sebenarnya menyembunyikan sesuatu 'ikatan' yang belum jelas. Tidak nampak dengan mata kasar, tapi perlu diselami sehingga timbulnya 'cinta'.

Itulah, jangan ar main gaduh-gaduh... kan da bertemu jodoh dengan musuh! Kutuk, jeling, benci, dan mengata, last-last jatuh cinta. Seronok bukan? Ini sesuatu yang normal berlaku kepada kebanyakan orang. Aku juga pernah. Suatu ketika dahulu... Eerr... tapi dah hanyut~




Ganas cam mane pun, apabila ada baby... kuyu~

Sangat penyayang watak lelaki. Ganas dan kaki perempuan, tapi hakikatnya sangat romantik dan akhirnya lembut hati kepada seorang perempuan yang degil. Owh, adakah watak perempuan ini seperti AKU? (perasan)


Degil tapi penyayang... ^^

Watak perempuan ini sangat menarik. Tak tahu langsung nak jaga baby, tapi suka main baby. Aku juga begitu. Hahahaaaa... Kadangkala seronok bermain dalam angan-angan sendiri. Sebab realiti yang ada masih jauh di hadapan. Tiada siapa yang dapat menjadi si penilik nasib untuk kita. Jadi, aku perlu mencorak dan mencari idea yang indah untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza daripada manusia lain.

Part paling bez, apabila baby berak. Dua-dua kalut! Even selalu bergaduh, tapi sebab adanya baby itu, mereka semakin mengenali hati budi. Mungkin benar, anak itu pengerat sesuatu hubungan. Waaaahhh... buat aku rasa semakin tak sabar nak kawen!! hoh0oooo...

Mimpi: Kalau boleh camni, aku juga ingin berada di situasi yang sama. Jaga baby sama-sama. Baby pulak, baby segera. Tak perlulah sakit beranak. kehkehkeeeehhh....;p
Tapi realitinya, anak sendiri lagi seronok!! (^_~)





2 comments:

Hana Azreen said...

macam best je.. mana nak cari citer ni?

ghostwriter said...

sgt beeezz!!
umm...i baru je layan awal bulan 11~
muvie ni kuar bulan 10 ag..so, maybe da x da...
u kena download kot~ ^^

Related Posts with Thumbnails