Friday, December 24, 2010

NaK JaDi GerGaSi JuGak TuK LenYeK OrAng~


i loike dis muvie lorrr....!!!! Camne agaknya if aku jadi gergasi erk? aku akan pijak-pijak manusia yang suka wat dajal~ Hahahahhaaaa....;p


Protagonist dalam filem ini dipegang oleh Jack Black sebagai watak Lemuel Gulliver. Perjalanan yang dibuat oleh Gulliver adalah disebabkan CINTA yang wujud terhadap Darcy (Amanda Peet), seorang editor di tempat kerjanya. Kurang keyakinan untuk memikat dan meluahkan perasaannya kepada wanita yang diminatinya itu mendatangkan masalah buat Gulliver apabila dia terpaksa berbohong semata-mata ingin menunjukkan kelebihan yang ada pada dirinya. Gulliver terpaksa belayar ke Segitiga Bermuda seorang diri untuk membuat skrip seperti yang dimahukan oleh Darcy.

Oleh itu, if anda mula menyukai someone, sila jelas. Jangan main sembunyi-sembunyi ok!! Sila beranikan diri. Sekurang-kurangnya kita sempat luah apa yang terbuku di hati. Mane tau, ade rezeki. Dia juga punya perasaan yang sama....~ (^_~)


Salah satu babak sewaktu Gulliver ditangkap oleh manusia kerdil...

Pelayaran? Sesuatu yang menarik even Gulliver seorang diri di atas bot. Ummm.. Kalau aku dapat belayar seorang diri cam watak hero ni agak bagus jugak. Dapat melepaskan perasaan kusut dan cari ketenangan diri. Apa yang penting ada makanan banyak. Tapi takut jugak if ada ombak besar cam gitu... Mesti hilang ingatan sekejap. Hahahahhaaaa...

Lawatan Gulliver yang pertama adalah di Lilliput , terdiri daripada manusia yang sangat kecil dan seterusnya ke Brobdingnag iaitu suatu tempat yang ada makhluk gergasi. Waahh.. kalau aku, mesti ar nak masuk dunia manusia kecil. Sebab aku nak lenyek je if ada manusia yang suka cari pasal dan pelik. haaa.... mesti leh buli lebih!!!


Puteri Liliput yang mahu dipikat oleh kawan baik Gulliver...
Cantik sangat ke...??

Namun walaupun manusia di Liliput sangat kecil, tetapi mereka sangat rajin dan bekerjasama apabila bekerja. Seronoknya bangun pagi dah ada orang buatkan sarapan dan siap urut badan. Kadangkala jalan cerita ini seperti kartun Doraemon. Imaginasi yang buatkan audien berangan untuk turut merasa seperti watak Gulliver. Hahahahaaa...;p






Dari segi pengolahan plot, filem ini sangat menghiburkan. Tak ada langsung part bosan. Asyik gelak. Maybe sebab aktor ini bijak menjiwai watak menerusi genre komedi. Dengan selingan nyanyian dan tarian yang sangat kelakar. Err... tarian lucu la erk? (T_T)




Babak sewaktu Gulliver ngajar kawan baiknya cara untuk memikat perempuan... haaa....yang mana tak pandai nak tackle awek, boleh ar ikut cara dia... hahahaha

Umm... Banyak babak untuk selami hati perempuan jer filem nih! Susah kot untuk pikat perempuan yang punya darjat tinggi. Punya harta. Punya rupa. Namun hakikatnya, mana-mana lelaki tetap layak untuk memikat sesiapa sahaja, janji yakin dan punya tanggungjawab! Errr... harta penting tapi semua itu boleh dicapai apabila bergabung dengan pasangan masing-masing. Maybe si perempuan berharta memerlukan kasih sayang dan pelindung. So, saling melengkapi orang kata... Orang kata, bukan aku kata... Sila cuba ok... (^_~)

Bagi aku, filem ni sangat menarik apabila pengarah menyelitkan unsur humor yang mana menerusi babak sewaktu dia menyelamatkan raja daripada terus menjadi mangsa kebakaran dengan hanya menggunakan pancutan air kencing!! Poyo gila.... huhuhuuu...


Tak boleh nak detail sangat aku nak cerita. Untuk ketahui lebih lanjut, u all perlu cepat-cepat pergi sinema k!!!




No comments:

Related Posts with Thumbnails