Thursday, January 13, 2011

JohNny DepP TiPu aKu!!


Opppss.., bf saya beraksi dalam filem "The Tourist"! Sungguh tak ku sangka, aku juga ditipu dengan lakonan Johnny Depp. Sampai hati... wuuwuuwwwwuuu... (T_T)




Filem ini bergerak menerusi lakonan Johnny Depp sebagai watak pelancong Amerika yang menghabiskan masa dengan Elise Clifton Ward (Angelina Jolie), seorang wanita luar biasa.



Dengan latar belakang Paris dan Venice yang indah, timbul emosi romantik dalam diri audien walaupun jalan cerita yang pada asalnya disampaikan menerusi Genre: Thriller~


Hakikatnya, filem ini cukup mantap dengan sinematografi pemandangan Venice, dan suite hotel yang secara tidak langsung menarik minat aundien untuk turut berada dalam suasana romantik yang disuntik oleh pengarah itu. (hey, aku mau honeymoon sane bole..??)



Pada awal jalan cerita, saya tak jangka kekasih Elise, Alexander Pearce yang telah mencuri berbilion-bilion wang daripada gangster adalah Johny Depp. Memang aku tertipu. (Susunan jalan cerita yang agak bagus)

Jolie menerima nota rahsia. Dia mengambil kereta dari Paris ke Venice, memilih seorang
pelancong yang ada di dalam train dan mengaburi pengejarnya agar polis menganggap bahawa pelancong asing ini ialah Pearce...



Watak polis yang selalu memandang manusia dari segi luaran, menghina dan memandang rendah terhadap manusia yang pada asalnya sangat bijak. Realitinya pelancong asing itu adalah musuh yang sememangnya dicari oleh beliau...

Babak ini disampaikan dengan mesej yang berguna kepada audien dari segi dialog polis tersebut dan ini merupakan sindiran yang tajam terhadap 'makhluk polis' yang suka mengherdik manusia yang tidak berpangkat. Hohohooo... (i x suka polis~)



Peerrghh.. ensemnya buah tangan dan cantiknya wanita itu!! Dua watak yang serasi yang cuba disampaikan Florian Henckel von Donnersmarck, pengarah The Tourist.

Sewaktu babak ini, aku masih terpinga-pinga mencari penjenayah sebenar dalam filem ini... Last-last, satu penutup yang hebat!! Aku juga mahu buat pembedahan muka ar kalau begitu!! (pengaruh negatif filem~) Hahahahhaa...




3 comments:

fariza fauzi said...

hey i pun fanatik jonny deep !
omg !! kita bermadu..ihih

ghostwriter said...

madu??adoooii.... (T_T)
x pe, sbb u baik ati i sabggup~ (*_*)

mod rhamat said...

uhuk uhuk..=P

Related Posts with Thumbnails