Monday, October 25, 2010

Bibir Kena Gam~




M.A.A.F = Perkataan yang agak sukar untuk dilafazkan oleh seseorang yang ego dan jika ada yang menyebutnya, mungkin hanya dibibir bukan dari hati.

Maaf dari segi mana ni?? Maaf sebab pernah menipu? Maaf sebab tak jujur? Maaf sebab selalu tunding sepuluh jari kat orang lain? Macam-macam bentuk maaf ar kalau nak kira dari segi 'keturunan' maaf. Adakah kita gembira dan selesa jika kita tidak dimaafkan orang lain~

Mungkin sukar untuk mengggerakkan bibir bagi membentuk dan mengeluarkan bunyi perkataan ini kerana hati anda sudah dibaluti ego atau mungkin juga bibir anda kena GAM GAJAH, huh??!! Aku sendiri punya ego, tapi ego itu hilang apabila perkataan "MAAF" terlontar dari bibir yang penuh dengan emosi keikhlasan!

Aku belajar daripada kesilapan sendiri sebab manusia tidak ada yang perfect~
Maybe dengan memaafkan, ini akan membuatkan aku lebih tenang dan lebih mengenali seseorang.

P/s: Maafkan aku wahai saudara dan saudari Islam kiranya coretan ini bisa membelah minda dan mengguris hati anda~

No comments:

Related Posts with Thumbnails