Tuesday, October 5, 2010

'eat pray love' tuk aku dan dia~



Saya tidak berkesempatan membaca buku Eat Pray Love sebelum menyaksikan filem ini, tetapi saya tahu filem ini merupakan adaptasi daripada sebuah novel terlaris yang dianggap sebagai pencetus inspirasi...^_^

Kalau diikut dengan hati, saya langsung tidak meminati genre filem ini. Namun disebabkan buah hati saya 'mengidam' sangat nak layan movie ini, saya mengalah~




Tapi ok la...saya menikmati karakter Julia Roberts sepanjang dalam cinema... gelak tawa, mukanya yang comey even da ada kedut kat bawah mata~ (tua da)

Cerita Dia...

Liz seorang wanita Amerika moden, 30, sudah memiliki segala-galanya dalam hidup termasuk teman hidup, rumah mewah, dan karier yang cemerlang.

Namun, semua itu tidak membuatnya bahagia. Berdasarkan watak Gilbert, dia seorang yang sedang mencari sesuatu yang diingini melalui naluri 'rasa'. Simbol 'makan' yang digunakan oleh pengarah adalah bagi mencipta perasaan seorang manusia yang suka merasa dengan deria rasa... Itali menjadi tempat tujuan pertamanya. Di situ, LIz mempelajari cara untuk menikmati hidup dan bahasa Itali. Nafsu makannya dengan menyantap aneka masakan Itali yang enak-enak, jelas memaparkan watak perempuan itu yang masih belajar mengenal sesuatu dalam hidupnya.

Apa yang menarik, setiap benda yang LIz nampak, dia akan ikut. Ini seolah-olah wujudnya tingkah laku 'bayi kecil' yang mana akan menuruti setiap apa yang baru dilihat di depan mata...

Kemudian Liz bertolak menuju ke India bagi mempelajari 'seni penyerahan diri' (agama) di sebuah Ashram. Dia telah menghabiskan waktu empat bulan untuk mengeksplorasi sisi spiritualnya.

Lastly... dia memilih Bali bagi tujuan terakhirnya. Di Pulau Dewata inilah wanita ini menemukan tujuan hidupnya, kehidupan yang seimbang antara kegembiraan duniawi dan ketenangan batin.




Apa yang menarik bagi aku, BALI!!! Maybe tempat yang sesuai untuk dua insan menikmati cinta~ huhuhuu... (teringin nk bercinta kat sane)


Cerita Aku dan Dia...

Liz terpaksa bergelut dengan kedegilan suami yang enggan menceraikannya.
AKU terpaksa bergelut dengan kedegilan Uncle yang enggan melepaskanku. (poy0 gile)

Liz menikmati makanan untuk kepuasan makanan yang best.
AKU x pernah nak menikmati makanan yang pelik2... janji ade budu..hahahhaaa..

Liz bercerai untuk mendapatkan sesuatu yang baru...
AKU berpisah untuk mendapatkan sesuatu yang 'lama'... (agak2 apa ya??)

Kesimpulan Muvie nii...
Perjalanan spiritual ini tidak dirasai melalui filem, kerana apa yang cuba dipaparkan oleh pengarah seolah-olah Elizabeth sedang berseronok saja. Hakikatnya, Elizabeth atau penulis novel filem ini, berikhtiar keras untuk survive dan mencari masa depannya.

Penonton diberikan sinematografi yang kemas, dengan frame pemandangan yang indah ibarat sekeping poskad. Filem ini juga bernasib baik kerana disokong barisan pelakon ternama.

Adegan dalam filem ini yang paling saya gemari adalah sewaktu dialog Liz: 'Mari menyeberang'... satu simbol kepada perjalanan hidup baru yang akan dilalui olehnya bersama orang tersayang~

so, x yah nk amik kisah sal org len...yg penting kau dan aku!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails