Sunday, October 24, 2010

Perempuan Selembut Softlan~



Hey, perempuan sewangi dan selembut softlan!! Anda ada softlan?? Jika tak ada, sila beli cepat-cepat!! Sebab benda ini sangat penting dalam hidup anda sampai ke hari tua. Jeng jeng jeng..... Neway, sekarang cerita saya adalah mengenai si lelaki yang tak ada "Softlan" dan tak tahu cara nak guna "softlan" dengan betul...

"Softlan" sangat takut apabila tidak ada belaian daripada si pemakai~ Si pemakai dan pembelai saya ialah Si Boyot saya!!hohohooo..

Saya tak boleh hilang sehari. Tak boleh, saya dah cuba. Nanti saya kempunan. Memang saya sunyi if tak dapat tengok muka boyot saya! So, saya nak ikat dia kemas-kemas. Tak bagi dia lari. Tak bagi dia toleh pun!!! Tapi dia juga perlu ikat saya, sebab saya buas dan sangat degil. Bukan senang nak ikat perempuan walaupun sudah bercinta bertahun-tahun... JIKA ANDA LELAKI, perlulah belajar untuk memahami perempuan yang degil. Mungkin perempuan yang anda kenal sangat sopan dan lembut, tapi belum tentu dia seorang yang tak DEGIL cam saya! Hahahaa...Dats y lelaki kena belajar cara untuk ikat perempuan dengan kasih sayang...

Kasih sayang...
Seronok dapat puaskan diri dengan kasih sayang. Kasih sayang daripada mana haaa...?
Bagi saya, ada banyak cara untuk kita ikat seseorang dengan kasih sayang:

~Apabila perempuan menangis, sila belai rambut or jika bertudung gosok kepala. Sangat tenang bagi saya. Rasa cam seekor kucing. Hehehhheee..

~Apabila dengar cerita daripada perempuan, sila dengar even bosan. Buat-buat paham pun boleh... hahahaha... (^^,)

~Apabila perempuan memasak, sila puji dan ucap terima kasih. Kata-kata juga boleh buat perempuan tersenyum dan rasa dihargai.

~Apabila perempuan berjalan, sila hold tangan perempuan itu. Even anda sedang pilih barang sewaktu membeli, memandu, makan, membaca buku, sila hold saya kata! Umm, bagi yang dah kawin la ni. Kalau tak, cara ini salah... huhuhu

~Apabila perempuan merajuk, sila pujuk! Ini penting. Sebab kalau tak pujuk, perempuan akan kecil hati. Kalau dia seorang yang sabar pun, maybe dia akan simpan dalam hati. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! Pastu time gaduh mula ar nak ungkit apa yang dah pendam.

~Apabila perempuan marah, sila berundur sekejap. Layan jer perasaan dia, pastu yang penting minta maaf. Jangan ego if sayang dengan hubungan yang dah lama terjalin. Better mengalah. Apabila perempuan dah sejuk, baru betulkan apa yang salah. Masa ni, anda boleh tegur si perempuan apa yang salah dan apa yang betul. Tapi hati-hati, cara teguran juga penting... (*_*)

~Apabila perempuan sunyi, sila teman la. Kalau tak boleh berada di depan mata mungkin teman melalui mesej, call, dan sekarang ag canggih hanya guna facebook! Kat situ, chat boleh, balas kumen boleh...Hahahahaaaa...

Sebenar agak senang nak jaga seorang perempuan kalau anda sudah mengenalinya dan menyayanginya. Malah, hati perempuan sangat lembut even sekeras mana tingkah lakunya. Selembut SOFTLAN kot...Tak rugi berkongsi kasih sayang dengan perempuan sebab anda akan dijaga dengan dua kali ganda daripada si perempuan menjaga dirinya. Percayalah, adanya perempuan di sisi bukan satu beban, tapi satu anugerah daripada Allah S.W.T.

Lebiu wahai si pemakai yang menjaga si "softlan" degil....!!


2 comments:

AntiRasisSampaiMati said...

thanks...
sy akan gne kn tips ni utk jaga softlan sy...
=)

Kotak Hati said...

selamat mencuba...^^

Related Posts with Thumbnails